PEMAIN perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao bergelar naib juara dalam perlawanan akhir Masters Kumamoto di Jepun.
ARTIKEL BERKAITAN : Datuk Lee Chong Wei Bukan Sekadar Main Badminton, Pandai Cari Duit & Hidup Mewah Kini!
Jun Hao yang berada di ranking ke-31 dunia, yang dalam misi untuk meraih gelaran pertama Jelajah Dunia BWF Super 500 tidak berupaya untuk menafikan permainan kemas dipamerkan Shi Feng yang berada di ranking kesembilan dunia apabila tewas 10-21,13-21.
Namun, pencapaian dipamerkan Jun Hao harus dipuji selepas perjalanan penuh cemerlang menumpaskan beberapa pemain ternama untuk mara ke perlawanan akhir.
Dia menumpaskan semi finalis Olimpik Paris 2024 dari India, Lakshya Sen pada pusingan pertama sebelum meneruskan rentak cemerlangnya menundukkan ranking ke-11 dunia dari Jepun, Hoki Watanabe dalam aksi pusingan kedua.
Persembahan sepanjang kejohanan berlangsung buat wakil tunggal negara itu turut menarik perhatian legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, yang menyaksikan pertembungan dua pemain handalan itu.
“Saya menyaksikan perjalanan luar biasa Jun Hao di Jepun dengan rasa bangga yang luar biasa. Usaha serta semangat juang yang tinggi dan keazaman penuh kamu benar-benar memberi inspirasi kepada ramai orang, termasuk saya sendiri.
“Teruskan percaya pada diri sendiri, kekal kuat dan jangan berhenti mengejar impian. Malaysia sentiasa berada di belakang sepanjang perjalanan kamu.
“Tahniah Jun Hao! Kami di sini akan sentiasa menyokong awak. Cara awak terbang atas gelanggang memang terbaik.
“Percaya pada diri sendiri bahawa awak boleh!
Untuk info, Jun Hao membawa pulang wang tunai sebanyak AS$15,960 (RM71,484).
Sumber : 1
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.