Berita

Jung Hae In Hadiahkan Jam Tangan Dan Kereta Mewah Untuk Pengurus, Tanda Terima Kasih Setia Bersama Sejak Awal Kerjaya

Share

Baru-baru ini, pelakon popular Korea Selatan, Jung Hae In meraih perhatian apabila beliau dikatakan menghadiahkan barangan mewah istimewa untuk pengurus yang setia bekerja sepanjang kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Menerusi rancangan temu bual terkenal tvN ‘You Quiz On The Block’ yang ditayangkan pada 9 Oktober lalu, pengacara terkenal Yoo Jae Suk mengundang pelakon drama ‘Love Next Door’ itu dalam episod terbaru.

Jung Hae In (36) yang juga bakal menjadi pemain sekuel filem hits ‘Veteran’ ini difahamkan telah memulakan ‘debut’ pada usia 27 tahun menerusi drama bersiri terkenal iaitu ‘Reply 1988’ seterusnya ‘Goblin’.

Beliau mula mendapat nama dan meningkat popular selepas membintangi pelbagai drama seperti Prison Playbook, While You Were Sleeping, Something In The Rain, Snowdrop, D.P, dan sebagainya.

Dalam pada itu, dalam temubual tersebut, Jae Suk cuba ‘memancing’ Hae In dengan bertanya soalan yang berbunyi, “Saya dengar awak hadiahkan jam mewah dan kereta jenama luar negara kepada pengurus awak selepas menjadi terkenal’.

Di kesempatan itu, Hae In menjelaskan bahawa dia amat bersyukur dan berterima kasih kerana pengurus yang bekerja dengannya sangat membantu dirinya.

“Kami telah lalui banyak hal bersama dan dia (pengurus) yang banyak menguruskan semua tugas untuk saya. Pengurus juga telah bersama saya sejak debut sehingga hari ini. Jadi saya belikan dia jam tangan sebagai hadiah”

“Dia juga ada bersama saya sejak ‘rookie’ dan ada suatu masa itu saya tiada duit dan dalam bank pun akaun tinggal negatif. Jadi bila pengurus saya dapat gaji, dia selalu belikan saya ayam dan minuman, benda itu dia kerap buat sampailah bertahun-tahun,” jelas Hae In.

Tambah pelakon itu, dia terlalu bersyukur dan apabila dia sudah mula menghasilkan pendapatan lumayan dan menabung setiap hasil titik peluh, dia mahu orang pertama yang menerima hadiah darinya adalah pengurus yang setia menjaganya.

“Dia adalah orang pertama yang ingin saya berikan hadiah, bahkan sebelum ibu bapa saya. Tapi malangnya pengurus saya tolak hadiah saya dengan tegas,” kata Hae In.

Wah! Memang baik dan sangat menghargai jasa orang ya Hae In ini!

Sekadar info, Jung Hae In memulakan kerjayanya pada tahun 2013 sebagai model dalam muzik video lagu kumpulan AOA Black berjudul ‘MOYA’, kemudian bakatnya mula dikenali menerusi drama ‘Bride of the Century’.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE