Mempunyai ramai kawan memang menyeronokkan kerana kita bukan sahaja boleh melihat kepelbagaian ragam perangai kawan kita tetapi selain daripada itu, daripada berkawan juga kita boleh membuat ‘networking’ untuk melakukan banyak hal terutamanya dalam hal pekerjaan.
Akan tetapi, bagaimana pula dengan persahabatan di antara lelaki dan perempuan?
Terbaru, pelakon drama Korea ‘Love Next Door’, Jung Hae In, Jung So Min dan Kim Ji Eun telah pun tampil sebagai tetamu jemputan dalam rancangan Youtube ‘Salon Drip 2’.
Melalui episod terbaru rancangan itu, selain tujuan mempromosi drama terbaru mereka, pengacara Jeon Do Yeon bertanya dan meminta pendapat kedua pelakon berkenaan mengenai sama ada lelaki dan perempuan boleh berkawan atau pun tidak.
Ads
Menurut dua pelakon wanita drama ‘Love Next Door’, Jung So Min dan Kim Ji Eun, mereka berpendapat bahawa persahabatan lain jantina adalah normal dan boleh berkawan sama seperti hubungan bersahabat sesama jantina.
Walau bagaimanapun, berbeza buat Jung Hae In yang berpendapat lelaki dan perempuan tidak boleh berkawan atas beberapa alasan.
Ads
“Ia adalah sesuatu yang mustahil. Dalam persahabatan berlainan jantina, kedua-duanya mesti akan suka antara satu sama lain.”
“Saya hanya ada kenalan dan juga rakan sekerja yang perempuan. Kalau awak tiba-tiba suka pada satu sama lain dan kemudian berpisah, mereka tak boleh berkawan dah.”
“Jadi, saya rasa nanti akan sangat susah untuk mereka kekal sebagai kawan je,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, So Min juga turut menambah ‘Fun Fact’ bahawa Hae In memang tidak mempunyai kawan perempuan dalam hidupnya selain rakan sekerja.
Ads
Sekadar info, Jung Hae In memulakan kerjayanya sebagai pelakon pada tahun 2013. Antara drama terkenal yang dilakonkan oleh Hae In adalah menerusi D.P, D.P 2, Connect, Snowdrop, While You Were Sleeping dan Prison Playbook.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon negara jiran, Marshanda, 35 sebelum ini pernah berkongsi tentang pertambahan berat badannya akibat penyakit bipolar yang dialami sejak berusia 15 tahun . Katanya kenaikan yang mendadak itu berpunca daripada kesan sampingan ubat yang diambilnya.
Namun, penampilan terkini pelakon drama Benci Bilang Cinta ini dilihat lebih langsing dan nampak kurus betul!
Psst… Kalau korang nak tahu, berat badannya turun kerana Marshanda sedang menjalani program diet. Apa yang lagi mengejutkan, berat badannya turun sebanyak 20KG selepas itu.
Marshanda Turunkan Berat 20 Kilogram
“Alhamdulillah sihat, dulu 76 kilogram, sekarang 56 kilogram.
“Saya bersukan seperti bermain badminton, pergi gim dan buat pelbagai jenis sukan, selama setahun,” katanya.
Buat IF, Tak Makan Pagi
Dalam pada itu, selain bersukan Marshanda mendedahkan dia juga mengamalkan intermittent fasting (IF) bagi menurunkan berat badan.
Malah aktres itu memberitahu perjalanan IF dilakukan itu pada awalnya agak sukar namun selepas lama-kelamaan perkara itu sudah menjadi kebiasaan.
“Selain bersenam, saya juga lakukan IF dan tidak makan dari pagi sehingga tengah hari.
“Mula-mula agak sukar dan saya cuba makan pukul 12.00 tengah hari. Selepas sudah terbiasa sekarang saya mula makan pukul 5 petang sehingga 8 malam sahaja.
“Lama-kelamaan perut saya semakin kempis dan sudah biasa makan dalam kuantiti yang sedikit setiap hari,” jelasnya.
Tahun lalu, Marshanda terpaksa tambah berat badan sehingga memperlihatkan dirinya nampak lebih berisi bagi watak dalam drama bersiri Induk Gajah.
Jadi buat anda yang nekad nak kuruskan badan, mungkin boleh cuba berpuasa dan amalkan IF macam Marshanda. Kalau konsisten pasti akan dapat hasilnya!
Ramai pelajar universiti mengadu susah mencapai pointer 4.0 ketika peperiksaan akhir semester. Kata mereka, hanya pelajar benar-benar bijak saja yang boleh melakukannya. Pelajar di universiti amat maklum, penerima anugerah dekan adalah mereka yang memperoleh pointer yang tinggi sahaja.
Remaja berkongsi kisah kejayaan Salwa Mohd Azman, 21 tahun, pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Psikologi (Kepujian) Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bagaimana dia memperoleh 4.0 Flat bagi ujian semester 2 yang lalu. Bukan sekali tetapi sudah dua kali Salwa menerima anugerah dekan. Pada semester pertama, dia memperoleh pointer 3.7.
Salwa memperoleh kesemua gred A bagi 6 mata pelajaran diambilnya iaitu Study Circle 2 (Sister), Introduction To Political Science, Reflections On Prophetic History, Islam Aqidah, Islamic Ethics dan Introduction To Sociology . Memang lagend dan superb la pencapaiannya inikan.
Nak tahu apa rahsia belajarnya? Mana tahu caranya belajar boleh dijadikan perkongsian dan panduan buat rakan pelajar yang lain. Cara setiap orang memang tidak sama kerana manusia itu dilahirkan berbeza-beza. Tapi 6 teknik ini amat berkesan kepada dirinya semasa di tahun 1 pengajian.
Pertamanya, kata Salwa, dia TIDAK SALIN NOTA ketika pensyarah menyampaikan kuliah. Dia hanya mendengar dengan penuh tekun.
Salah satu sebab dia berbuat demikian kerana Salwa akui dia tidak boleh buat kerja 2 dalam 1. Maksudnya mendengar dan masa yang sama menulis. Katanya kalau dia menulis dia akan terlepas apa yang pensyarah cakapkan. Dia cuma tumpu pada satu perkara saja.
Mengakui sifat manusia itu pelupa, kata Salwa sebelah malam, biasanya dia akan refer buku rujukan tentang apa yang pensyarah ajarkan siang tadi. Ini menjadikannya lebih pengingat.
Keduanya, Salwa akui dia tidak akan mengulangkali pelajaran pada sebelah pagi dan petang. Dia hanya BELAJAR SELEPAS ISYAK.
“Biasanya kalau ada kuiz, saya akan salin nota lebih kurang setengah jam. Kalau tak ada kuiz, saya akan belajar dari jam 9-12 tengahmalam. Kalau memerlukan tulis nota yang banyak, biasa waktu belajar akan berubah sehingga jam 1 atau 2 pagi.
Tips ketiga darinya ialah LIHAT NOTA KAWAN. Biasanya dalam bilik ada empat pelajar, Salwa akan memastikan dia melihat ketiga-tiga nota kawan-kawannya.
“Jika kebanyakan nota mereka sama, kami berempat akan bersetuju. Tapi kalau ada yang tidak sama dan kurang, biasanya saya akan tulis selebihnya. Dengan ini nota belajar kami akan lengkap,” kata anak kedua dari tiga beradik ini memaklumkan, pembelajaran di UIA adalah 100 peratus dalam Bahasa Inggeris dan pelajar mesti mahir menguasai bahasa antarabangsa ini.
Tip ke empat ialah JIKA BELAJAR SAAT AKHIR, dia tak akan buka buku dah.
“Untuk lebih mengingati, kami buat kuiz soal jawap. Mencari apa yang berbeza atau kekurangan. Jadi masing-masing akan saling mengingati.
Tips ke lima darinya, BUAT NOTA PENDEK kerana itu adalah cara terbaik untuk mengingati.
Dan terakhir sekali, HORMAT PENSYARAH. Kalau cara pensyarah ajar tak best sekali pun, kalau pelajaran susah nak diingati, redhalah. Kata Salwa, bila kita hormatkan pensyarah, insya Allah ilmu yang diajar LEBIH BERKAT.
Hah, nampak mudahkan tips belajar darinya. Untuk makluman, sebelum memasuki UIA, Salwa bersekolah di SMK Danau Kota dan dia memperoleh 8 A dalam PMR. Masuk ke tingkatan 4 & 5, dia bersekolah di SMK Setapak Indah dan mendapat 8 A 1 C dalam SPMnya sebelum ditawarkan mengikuti Asasi di UIA.
Mengakui belajar bukan mudah tetapi sebagai pelajar, Salwa akui dia sama seperti pelajar lain.
“Paling utama, kalau tertekan, jangan teruskan lagi pembacaan atau mengulangkaji. Nanti kalau dipaksa, apa pun tak masuk. Biasanya saya akan main telefon bimbit, makan-makan, dengar lagu.
“Kita kena “enjoy” dengan dunia pelajar. Bila stres sudah hilang, sambunglah belajar kembali,” katanya yang turut aktif sebagai fasilitator pelajar di bawah pengajian diikutinya. Malah IIUM Comm tv pernah menjemputnya sebagai tetamu jemputan kerana dirinya merupakan bekas pelajar asasi UIA. Maklumlah, kampus di Petaling Jaya sudah ditutup sepenuhnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kamu kenal satu sama lain sejak berusia 10 tahun lagi. Boleh dikatakan dialah adik-beradik kamu yang berlainan ayah dan mak. Apa jua yang kamu buat pasti dia ada di sisi. Susah senang serta segala pahit manis pengalaman banyak berlingkar antara kamu berdua. Namun, akhir-akhir ini dia semakin renggang dengan kamu.
Bercakap pun sudah semakin jarang apatah lagi bertemu muka. Itulah perkara yang cukup memeritkan buat kita bila merasakan kehilangan kawan baik. Berbeza dengan hubungan romantik biasanya rasa kecewa itu tidak terlalu lama, namun putus kawan ia memang makan dalam. Betul ke putus kawan lebih perit dari putus cinta?
TAK JANGKAKAN HUBUNGAN BOLEH PUTUS
Bila kamu bercinta, sedikit sebanyak kamu akan mengjangkakan ia mungkin boleh workout atau tidak. Secara tidak langsung kamu sebenarnya mungkin bersedia hadapi sebarang kemungkinan. Berbeza dengan persahabatan, ia berlainan sekali. Bukan mudah untuk kita jadikan seseorang sebagai kawan baik. Dengan kepercayaan, persefahaman dan saling menghormati; ia bukan perkara mudah untuk diperolehi.
BILA BERSAMA MEREKA SENANG JADI DIRI SENDIRI
Ini bukanlah bermakna kamu seorang yang fake bila bergaul dengan orang lain. Maksudnya di sini kamu lebih senang dan selesa untuk bebas menjadi diri sendiri. Malah, kamu jauh sekali ada rasa segan dan malu bila bersama kawan baik. Perkara ini hanya boleh muncul bila kearaban itu terjalin.
RAPAT DENGAN KAWAN LEBIH CEPAT
Ya, kamu boleh hasilkan pelbgai memori indah bila bercinta. Tapi berbeza dengan persahabatan ia muncul dengan lebih cepat. Bila bercinta pada awalnya masih ada sempadan dan dinding yang kamu bina. Tapi dengan kawan baik ia berlaku dengan pantas tanpa disedari.
Kamu perkenalkan kawan baik kepada keluarga lebih cepat kerana kamu tiada sebarang halangan rasa awkward dan sebagainya. Kamu tak perlu fikir sama ada keluarga kamu suka dia atau tidak sebab yang penting dia adalah kawan baik kamu; berbeza kekasih hati yang mungkin perlu berdepan banyak soalan dari famili.
RAHSIA KAMU, RAHSIA DIA
Jika berdepan masalah, kawan baik kamu mesti jadi orang pertama yang dihubungi. Bukan senang untuk kita meluahkan serta berkongsi apa jua rahsia dengan seseorang. Lagipun, dia merupakan pendengar yang paling setia. Ada masalah? Call your best friend and have an ice cream together while sharing your problem. Ingatlah mereka akan sentiasa di sisi.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!