Mempunyai ramai kawan memang menyeronokkan kerana kita bukan sahaja boleh melihat kepelbagaian ragam perangai kawan kita tetapi selain daripada itu, daripada berkawan juga kita boleh membuat ‘networking’ untuk melakukan banyak hal terutamanya dalam hal pekerjaan.
Akan tetapi, bagaimana pula dengan persahabatan di antara lelaki dan perempuan?
Terbaru, pelakon drama Korea ‘Love Next Door’, Jung Hae In, Jung So Min dan Kim Ji Eun telah pun tampil sebagai tetamu jemputan dalam rancangan Youtube ‘Salon Drip 2’.
Melalui episod terbaru rancangan itu, selain tujuan mempromosi drama terbaru mereka, pengacara Jeon Do Yeon bertanya dan meminta pendapat kedua pelakon berkenaan mengenai sama ada lelaki dan perempuan boleh berkawan atau pun tidak.
Menurut dua pelakon wanita drama ‘Love Next Door’, Jung So Min dan Kim Ji Eun, mereka berpendapat bahawa persahabatan lain jantina adalah normal dan boleh berkawan sama seperti hubungan bersahabat sesama jantina.
Walau bagaimanapun, berbeza buat Jung Hae In yang berpendapat lelaki dan perempuan tidak boleh berkawan atas beberapa alasan.
“Ia adalah sesuatu yang mustahil. Dalam persahabatan berlainan jantina, kedua-duanya mesti akan suka antara satu sama lain.”
“Saya hanya ada kenalan dan juga rakan sekerja yang perempuan. Kalau awak tiba-tiba suka pada satu sama lain dan kemudian berpisah, mereka tak boleh berkawan dah.”
“Jadi, saya rasa nanti akan sangat susah untuk mereka kekal sebagai kawan je,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, So Min juga turut menambah ‘Fun Fact’ bahawa Hae In memang tidak mempunyai kawan perempuan dalam hidupnya selain rakan sekerja.
Sekadar info, Jung Hae In memulakan kerjayanya sebagai pelakon pada tahun 2013. Antara drama terkenal yang dilakonkan oleh Hae In adalah menerusi
D.P, D.P 2, Connect, Snowdrop, While You Were Sleeping dan Prison Playbook.Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.