Hiburan

Jung Hae In ‘Reward’ Pengurus Dengan Kereta Mewah. Nilai Kesetiaan Sejak Hari Pertama Bergelar Pelakon

Share

Pengurus atau pembantu peribadi (PA) memainkan peranan amat penting dalam mengatur jadual dan merencanakan karier seni seseorang selebriti itu.

Malah, hubungan pengurus dan PA dengan artis juga sangat rapat kerana mereka boleh dilabelkan sebagai mastermind di sebalik tabir karier artis terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN : “Fazura Sedih, Hampir Setiap Malam Menangis..” -Pengurus, Iman Tang

Pengurus Jung Hae In

Justeru, tidak hairanlah, selebri Korea Selatan, Jung Hae In sanggup menunaikan impian pengurusnya dengan menghadiahkannya sebuah kereta mewah.

Hae In, 36, memberitahu hadiah sebagai tanda penghargaan kerana menjaganya dengan baik sepanjang bergelar pengurusnya.

Pelakon drama While You Were Sleeping itu juga memberitahu kenderaan dibeli itu juga adalah hadiah paling mahal pernah diberikan kepada seseorang.

“Kami telah mengharungi banyak perkara bersama dan dialah yang menjaga semua perkara berkaitan karier saya.

“Pengurus saya antara individu bersama dengan saya sejak awal kemunculan saya dalam industri seni,” katanya ketika muncul dalam program You Quiz on the Block.

Tidak hanya kereta mewah, Hae In juga turut memberi pengurusnya seutas jam tangan mewah.

Dalam pada itu, Hae In memberitahu dia memang sudah lama menyimpan hasrat memberi hadiah berkenaan kepada pengurusnya.

Malah dia pernah berazam pengurusnya menjadi orang pertama akan menerima hadiah daripadanya apabila dia sudah berjaya sebagai pelakon.

“Masa mula-mula saya bergelar pelakon, saya tiada wang dalam simpanan. Apabila dia mendapat gaji, dia akan belikan saya makanan kegemaran saya.

“Bertahun-tahun dia buat perkara sama terhadap saya malah dia banyak berkorban untuk saya.

“Saya memang berazam dia akan jadi orang pertama saya mahu belikan hadiah jika saya sudah berjaya sebagai pelakon,” katanya.

Bagus Hae In, tak lupa jasa dan kerja keras pengurusnya.

BACA LAGI : Wanita Maut Selepas Bertindik, Elak 5 Bahagian Tubuh Badan Ini Untuk Ditindik

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

 

 

Published by
Nana