
Wow, nama Jungkook telah tersenarai sebagai 10 Lelaki Paling Kacak di Dunia 2018 menurut Gazette Review.
Anggota kumpulan BTS ini menjadi satu-satunya selebriti Asia yang dinobatkan sebagai lelaki paling kacak di dunia.
Perghh, patutlah ramai yang tergila-gila dengan mamat ni. Hiks!
Walau bagaimanapun, penilaian ini bukan saja dibuat berdasarkan paras rupa semata-mata, tetapi turut mengambil kira daripada aspek kekayaan, kejayaan yang diraih dalam industri dan juga mengikut survey yang telah dibuat.
Jungkook berada di tangga ke 9 dan apa yang membuatkan dia tersenarai adalah bukan hanya kerana berbakat dalam bidang nyanyian dan rapping, malah Jungkook juga seorang yang pandai memasak.
Hey, memang husband material dia ni!
Apa-apa pun mesti die hard fans BTS bangga kan?
Saranghaeyo, Jungkook. Eh! Hehe..
Sumber: Koreaboo
Cara “SENYAP” Nak Buat Aduan Ke Atas Peniaga Haram! Ini Step By Stepnya

Ada antara kita tahu khususnya di premis tempat kita kita tinggal, ada peniaga melakukan perniagaan haram. Sesetengah dari kita mengambil langkah selamat dengan mendiamkan diri hingga kegiatan sebegini menjadi berleluasa dan semakin berkembang.
Demi Malaysia yang tercinta, sempena bulan kemerdekaan yang ke 63 yang bakal kita sambut pada hujung bulan ini, apa kata kita bangkit berani mempertahankan negara dari terus dijajahi warga asing yang membuat perniagaan secara haram. Begitu juga kalau ada peniaga tempatan yang membuka perniagaan salah seperti perjudian, kita buat laporan.
Tapi nak buat aduan kenalah cara senyap agar identitiy kita tidak terdedah. Seorang peguam Nor Zabetha dari Tetuan Nor Zabetha Chinnai & Co berkongsi penulisannya cara untuk kita buat aduan ke Biro Pengaduan Awam (BPA) tanpa dedahkan identiti kita. Jadi lebih selamat dan kita juga tidak jadi tumpuan jenayah.
Kalau hendak buat aduan sebagai pemberi maklumat, apa cara yang sepatutnya diambil? Jujur saya katakan, saya sendiri takut menghadapi kesan sebagai pemberi maklumat. Manalah tahu ada yang mengugut, yang dendam dan mencari masa untuk membalas balik.
Saya faham perasaan apabila kita kena tetapi orang lain tidak. Misalnya, waktu sekatan jalan raya, kita ditahan kerana tiada lesen.
Kemudian, kita disaman tetapi tiba-tiba orang yang ditahan dengan kesalahan yang sama, tidak disaman. Paham perasaannya rasa tidak adil dan tidak patut. Kalau hendak saman biar dua-dua. Baru adil!
Perkara begini memang perlu diadukan. Saya kongsikan cara-cara membuat aduan yang betul Biro Pengaduan Awam (BPA). Sebenarnya BPA ini, merangkumi pelbagai aspek selain rasuah, aduan juga boleh dibuat kepada isu sikap anggota awam dan apabila gagal mematuhi garis panduan kerja:
Cara-caranya:
1) Kenal pasti jenis kesalahan misalnya bagi kes-kes yang melibatkan PDRM, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), JPJ dan lain-lain (rujuk dalam laman BPA). Misalnya gagal mengikut prosedur yang betul. Seperti, PBT tidak mengambil tindakan ke atas penjaja, JPJ tidak mengambil tindakan kepada pemandu yang salah laku.
Bukan itu sahaja kalau anggota awam kasar, jenis memaki, berkelakuan buruk tidak kiralah dalam telefon atau berdepan. Atau anggota di kaunter perkhidmatan, sombong dan kasar,tidak peramah. Pun boleh diadukan.
2) Kenal pasti hari kejadian, masa, tempat (misalnya dikaunter mana dan apa berlaku). Paling utama, kenal pasti nama anggota. Kalau anggota enggan beri kerjasama nama penuh, tanya pada anggota lain. Jika masih tiada kerjasama untuk mendapatkan nama penuh. Dapatkan nama singkat dan diberikan sekali dengan masa, tempat dan hari sudah cukup membantu.
3) Kalau ada bukti-bukti lain, misalnya sebelum membuat aduan di BPA ini, telah beberapa kali pergi buat aduan ke PBT tetapi tidak diendahkan. Simpan semua dokumen laporan ini dan segala bukti yang relevan.
4) Pergi ke Portal Rasmi Biro Pengaduan Awam, Pusat Gorvenans Intergriti dan Anti-Rasuah Nasional, di bawah Jabatan Perdana Menteri dan buat aduan di sini. Aduan boleh dibuat secara online atau di kaunter. Borang online seperti dalam gambar. Link ada diruang komen.
5) Isi borang aduan, masukkan tajuk sama ada aduan atau cadangan misalnya. Dibahagian butiran masukkan masa, tempat, tarikh dan nama anggota dan cerita sedikit kronologi cerita. Apa salah laku pegawai? Apa kejadiannya? Kemudian, masukkan juga lampiran bukti seperti dalam no.3 di atas (jika ada) dalam ruangan lampiran.
6) Tunggu maklum balas, jika tiada maklum balas. Sentiasa dapatkan status susulan atau ‘follow up’. Jika masih tiada juga maklum balas, hantar surat rasmi. ‘Follow up’ demi ‘follow up’. Perlu lebih agresif. Diruang komen juga ada Soalan Lazim dan langkah-langkah yang akan BPA ambil selepas menerima aduan.
Aduan ini adalah percuma dan tidak melibatkan kos. Ini salah satu cara yang boleh diambil. Hendak buat aduan banyak caranya. Kalau tidak melalui BPA, surat rasmi kepada pihak terlibat yang diberikan salinan kepada Ketua Pengarah, Jabatan atau lain-lain juga boleh.
Kalau tidak guna cara yang betul, seperti saya katakan, takut berdepan dengan ugutan dendam dan lain-lain. Hati-hati. Sama-sama kita banteras jenayah rasuah. Orang ambil rasuah memang tak boleh pakai!
Oleh Nor Zabetha
Race Malam Raya, 90 Remaja Rempit Bermalam Di Lokap

Bagai tiada kesudahan! Jika semasa Perintah Kawalan Pergerakan kita tidak disajikan dengan berita kemalangan atau perlumbaan haram tetapi sebaik kerajaan memberi kebenaran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), aksi-aksi ini dapat dilihat di media sosial. Bukan setakat perlumbaan haram tetapi aksi pemandu mabuk yang membuat onar juga kerap disajikan.
Namun aksi 90 orang remaja yang mengatur perlumbaan secara haram dan merempuh anggota polis yang bertugas membuat sekatan malam tadi menyaksikan kesemua remaja tersebut bermalam di lokap polis.
Laporan Harian Metro menyebut, anggota polis di cedera di lengan kiri, belakang dan kaki akibat dirempuh kira-kira 10 motosikal ketika melakukan sekatan jalan raya (SJR) melalui Ops Samseng Jalanan di Jalan Lingkaran Tengah, Kluang, 12 tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, kejadian berlaku ketika anggota terbabit bersama lima pegawai dan 25 anggota lain mengepung laluan di sekitar di Stadium Kluang selepas menerima laporan 90 remaja berusia 17 hingga 30 tahun menunjukkan aksi dengan menunggang motosikal secara merbahaya di sepanjang jalan berkenaan.
Beliau berkata, kehadiran polis disedari kumpulan remaja berkenaan menyebabkan mereka bertindak nekad melarikan diri daripada kawasan kepungan dan SJR dilakukan.
"Anggota berkenaan tidak sempat mengelak menyebabkan dilanggar penunggang motosikal sebelum cedera.
"Bagaimanapun, semua 90 remaja membabitkan 74 motosikal berjaya ditahan sebelum diarahkan menolak kenderaan masing-masing sejauh empat kilometer ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Mohd Abduh berkata, pihaknya turut menahan enam kereta digunakan oleh sebahagian remaja berkenaan yang datang ke Jalan Lingkaran Tengah untuk menjadi penonton aksi rakan sebaya mereka.
Beliau berkata, semua tangkapan disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 269 Kanun Keseksaan (KK) dan Peraturan 7 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 Dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987.
"Operasi bermula 12 tengah malam tadi itu berakhir 6 pagi selepas semua penunggang serta pembonceng motosikal yang ditahan sampai ke IPD Kluang.
"Sehubungan itu, ibu bapa diingatkan supaya bertanggungjawab memantau pergerakan anak masing-masing agar tidak melakukan perkara tidak diingini di luar rumah.
"Tindakan kumpulan remaja ini bukan hanya menyusahkan diri mereka sendiri, malah membabitkan keselamatan dan perasaan orang ramai," katanya.
Puteri Raja Jordan Selamat Berkahwin Dengan Kekasih Hati, Lelaki Yunani

Puteri Iman dari Jordan secara rasmi berkahwin dengan Jameel Alexander Thermiotis di Istana Beit Al-Urdun, Jordan.
Anak perempuan Raja Jordan Abdullah II, Puteri Iman ini melangsungkan perkahwinan dengan seorang akauntan berketurunan Yunani. Malah, majlis perkahwinan pasangan terbabit diadakan di istana di barat ibu kota Amman, pada semalam 12 March 2023.
ARTIKEL BERKAITAN : Bukan Sekadar Cantik, 5 Fakta Calon Ratu Jordan Yang Merupakan Anak…
Media tempatan menyiarkan upacara pernikahan itu yang menyaksikan Puteri Iman disatukan dengan Jameel Alexander Thermiotis. Upacara pernikahan itu turut dilangsungkan di hadapan raja, permaisuri dan ahli keluarga diraja serta keluarga pengantin lelaki.
Inilah rupa cantik sang puteri.
Untuk info, Puteri Iman ialah puteri sulung kepada Raja Abdullah dan Permaisuri Rania. Puteri Iman berkelulusan dari Universiti Georgetown di Washington, Amerika Syarikat. Sementara itu, Thermiotis dilahirkan pada 1994 di Venezuela dalam keluarga yang berasal dari Greece, dan bekerja sebagai akauntan di New York.
BACA LAGI : Kalahkan Kate Middleton, Lady Amelia Windsor Kerabat Diraja Britain Paling Cantik