Dominasi penyanyi K-pop di carta lagu hit antarabangsa diperkukuhkan dengan kejayaan single solo terbaru nyanyian ahli kumpulan BTS, Jungkook.
Menurut carta lagu Teratas Global Spotify, Jungkook yang baru sahaja menemui peminat menerusi lagu berjudul Seven dengan kolaborasi bersama Latto pada 14 Julai 2023 telah meraih sebanyak 15,995,378 juta penstriman di platform tersebut dalam masa sehari!
Jungkook sekaligus menjadi artis lelaki pertama dari mana-mana negara yang meraih jumlah penstriman sebanyak itu dalam tempoh 24 jam. Dia juga secara tidak langsung mengenepikan rekod yang pernah dicatatkan oleh Taylor Swift menerusi lagu Lavender Haze, tidak lama dahulu.
Spotify juga mengesahkan Jungkook sebagai penyanyi solo K-pop pertama yang berjaya menduduki tempat pertama pada hari pertama lagu diluncurkan dalam carta Lagu Teratas Global Spotify. Sebelum ini, rakan kumpulan BTS-nya, Jimin sekadar menduduki tempat kedua menerusi lagu solonya, Like Crazy sebelum ia naik ke tempat pertama sehari kemudian.
Ads
Hebat juga penangan lagu Seven ya!
Selain Seven, dua lagi lagu solo Jungkook yang telah diluncurkan tidak lama dahulu masih berada dalam carta Lagu Teratas Global Spotify. Still With You berada di kedudukan ke-54 manakala My You pula di tangga ke-113.
Ads
Dalam pada itu, di platform YouTube pula, video muzik bagi Seven telah meraih jumlah tonton tertinggi dalam masa 24 jam. Kegilaan para peminat BTS yang menggelar diri mereka sebagai ARMY membantu kejayaan luar biasa tersebut; disamping tarikan jelitawan, Han So Hee yang menjadi model dalam video muzik tersebut.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Melihatkan keadaan ekonomi negara sekarang ni memang boleh buat kita kemurungan seharian. Mana taknya, dengan harga petrol turun naik, kos sara diri pun makin meningkat.Tapi, ini bukan bermaksud korang langsung tak boleh pergi bercuti dan mengehadkan segala aktiviti liburan.
Bagi Yoon Hee, perkara pertama yang perlu dititik beratkan sebelum keluar melancong ke negara orang adalah rancang dan pilih lokasi mana yang korang ingin travel terlebih dahulu. Bila dah ada aim, baru senang nak kumpul duit dan terus buat persediaan awal. Gadis ini sudah melawat ke tujuh buah negara, antaranya Vietnam, Thailand, Kemboja, Indonesia, Jepun, Korea Selatan dan Australia.
Kongsi beliau, kalau tak nak menghadapi bebanan kewangan sebelum pergi melancong, ini perkara yang korang perlu ambil kira:
1. Beli tiket flight
Saya akan fokus beli tiket flight dulu. Duit tiket biasanya saya akan simpan lebih awal dan bila dapat harga paling okay, terus beli.
2. Simpan duit untuk accommodation
Biasanya, saya akan book hostel yang lebih murah tapi rating tak kurang daripada 7/10. Di Korea, boleh dapat bawah RM 50 untuk satu malam tapi kondisi hostel terbaik siap dengan, free breakfast.
Di Australia, harga hostel lebih mahal dalam RM80 ke atas untuk satu malam. Pilihan hostel boleh ikut keselesaan sendiri.
Saya akan selesaikan itinerary, kemudian baru fokus untuk simpan duit transportation. Contoh, saya beli online tiket train dari Sydney ke Melbourne dari website rasmi Australia NSW trainlink.
Boleh gunakan debit card mana-mana bank (aktifkan untuk penggunaan luar negara). Research juga harga public transport lain seperti, tram/bus/train.
4. Entrance fees atau tours
Saya akan research bayaran tiket masuk mana-mana tempat dan simpan duit khas untuk entrances fee. Saya jarang ambil tours sepanjang travel solo tetapi di Australia, saya ada guna tour ke Great Ocean Road dan Philips Island.
5. Makan dan souvenir
Walaupun dah cukup duit untuk flight, accommodation, entrance tickets dan transportation, digalakkan untuk bawa duit extra just in case ada emergency.
6. Air Asia Big Prepaid Card
Untuk mengelakkan bawa duit tunai berlebihan, saya akan topup duit ke dalam Air Asia Big Prepaid Card untuk kegunaan luar negara. Fungsi kad ini lebih kurang sama dengan kredit kad tapi kad ini menggunakan sistem reload. Dengan kad ini, saya boleh bayar duit hostel, beli makanan di 7 Eleven dan kebanyakan kedai di Australia.
Sekiranya perancangan awal telah dibuat dan korang tahu apa yang perlu atau tidak semasa melancong, rasanya tak mustahil walaupun dalam keadaan ekonomi yang tak stabil, korang masih mampu untuk berkunjung ke luar negara.
Paling penting, ukur baju di badan sendiri. Berbelanja ikut kemampuan. Jangan la sampai kalau hanya mampu bercuti di negara Asia tapi plan sampai nak ke bulan. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah tak anda terbayang, bagaimana rasanya kalau kita kehilangan orang yang paling kita sayang? Lebih lagi itu adalah seorang ibu? Nah! Kali ini Remaja bakal mahu pembaca merasakan perjalanan emosional yang mengharukan menerusi filem terbaru Indonesia ‘Bila Esok Ibu Tiada’ arahan pengarah hebat, Rudi Soedjarwo yang diterbitkan oleh Leo Pictures.
Filem drama keluarga ini telah pun ditayangkan di Indonesia November lalu dan kini ia bakal menemani hujung tahun anda di pawagam seluruh Malaysia. Sebelum menonton, jom lihat sinopsis dan beberapa fakta menarik yang sudah kami rangkumkan untuk anda!
NOVEL BEST SELLER!
Kalau nak tahu, filem ‘Bila Esok Ibu Tiada’ ini adalah diadaptasi daripada novel terlaris dengan tajuk yang sama karya penulis Nuy Nagiga yang telah memenangi hati ramai pembaca. Novel ini dikenali kerana kisahnya yang menyentuh hati dan sangat relevan dengan kehidupan keluarga dalam kalangan masyarakat.
Ditambah dengan latar belakang yang mendalam mengenai hubungan ibu dan anak, adaptasi ini juga mungkin dapat menghadirkan kehangatan dan emosi yang serupa menerusi layar perak. Filem Bila Esok Ibu Tiada juga membawa harapan untuk memberikan pengalaman sinematik seteguh novel asalnya.
PELAKON ‘PAPAN ATAS’
Semestinya filem hebat! Barisan pelakon pun mesti hebat! Filem ini dibintangi oleh barisan pelakon terkemuka Indonesia seperti Christine Hakim, Adinia Wirasti, Fedi Nuril, Amanda Manopo, Yasmin Napper, dan ramai lagi!
Penampilan mereka pastinya meningkatkan lagi keterujaan penonton terhadap filem Bila Esok Ibu Tiada ditambah lagi dengan kemampuan lakonan mereka yang sudah terbukti sampai ke jiwa penonton. Para pelakon ini diyakini mampu menghidupkan setiap watak dengan penuh emosi.
PERJALANAN CERITA YANG MENYENTUH HATI
Bila Esok Ibu Tiada menceritakan tentang kasih sayang seorang ibu kepada anak-anaknya dan bagaimana mereka menghadapi kehilangan. Filem ini akan membawa penonton dalam perjalanan emosional yang sangat mendalam, terutama dengan jalan cerita yang begitu relevan dengan kehidupan seharian.
Tema keluarga semestinya paling dekat di hati penonton, filem ini juga akan mengajak anda untuk merenungkan makna kehadiran ibu bapa dalam hidup. Kisah ini sarat dengan pesan moral tentang pentingnya menghargai waktu bersama orang yang kita cintai.
SINOPSIS
Ia mengisahkan tentang sebuah keluarga Papa Haryo (Slamet Rahardjo), yang terdiri daripada seorang ibu bernama Rahmi (Christine Hakim) dan keempat-empat anaknya, iaitu Ranika (Adinia Wirasti), Rangga (Fedi Nuril), Rania (Amanda Manopo), dan Hening (Yasmin Napper).
Setelah pemergian suaminya, Rahmi menjadi seorang ibu tunggal kuat dan penyayang terhadap anak-anaknya. Namun, di sebalik keharmonian mereka, terdapat konflik yang belum diselesaikan.
Disebabkan sikap suka memerintah Ranika sebagai anak sulung sering membuat hubungan antara adik-beradiknya menjadi renggang. Selain itu, setiap anak mempunyai masalah dan kehidupannya sendiri dan itu yang menyebabkan mereka jarang berkumpul bersama keluarga.
Suatu hari, apabila Rahmi jatuh sakit, anak-anaknya baru menyedari betapa pentingnya sosok seorang ibu dalam hidup mereka.
Secara perlahan, mereka mula membuka hati antara satu sama lain dan berusaha memperbaiki hubungan yang retak. Namun, masa terus berlalu dan mereka harus menghadapi kenyataan pahit bahawa satu hari nanti ibu kesayangan mereka akan pergi jua.
Filem Bila Esok Ibu Tiada akan membawa anda merasai pada perasaan emosi yang mendalam, serta sedar betapa pentingnya keluarga, kasih sayang, dan pengorbanan. Melalui kisah keluarga Papa Haryo ini juga, penonton akan diajak untuk merenung tentang kehidupan, kematian, cinta, keluarga, dan erti kebersamaan.
NAMUN jika korang ingin menontonnya lebih awal pada 9 Disember nanti, #WayangRemaja kembali memberikan tiket tayangan perdana menerusi peraduan yang kami jalankan di platform Instagram Majalah Remaja. Jom sertai!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai mengeluh kos sara hidup tinggi hari ini. Kata segelintir anak muda, susah untuk mereka membuat simpanan ditambah gaji juga kecil kerana ada banyak komitmen untuk dibayar.
Belum lagi bulanan kereta, minyak, makan dan minum atau keperluan membeli barang keperluan yang bukan murah harganya. Namun sebelum terus merungut tak mampu buat simpanan, belajarlah dulu teknik pengurusan kewangan dari pakar bertauliah iaitu Amir Syahir yang banyak membantu menguruskan kewangan baik dari segi ilmu hartanah, pengurusan kewangan, tips ASBF dan ilmu yang bermanfaat untuk kita semua.
Baca coretan yang ditulis oleh pakar kewangan ini seperti mana dia membuat catatan di fbnya atas nama Amir Syahir.
Amir Syahir seorang pakar perancang kewangan, hartanah, tips ASBF dan banyak lagi
Korang masih bujang? Baru bergelar graduan? Atau baru dapat kerja? Mungkin post ini boleh ubah cara pemikiran anda untuk mencipta masa depan yang gemilang.
Mesti korang habis belajar merancang nak beli rumah la, kahwinlah, beli kereta la kan. Kalau dalam tiga tahun ada simpanan RM27K best kan?
Jika korang masih bujang dan kurang komitmen, saya selalu sarankan supaya paksa diri untuk simpan 30% daripada pendapatan. Lagi tinggi lagi bagus.
Jika korang bergaji RM2000, tolak KWSP semua ada dalam RM1850. 30% daripada RM1850 = RM555. Korang sepatutnya kena simpan RM555.
Ini perkiraan yang Amir lakukan bagi membantu anak muda mengurus kewangan bagi tempoh 3 tahun
Sebelum buat hutang jahat ni elok korang buat ASBF. Tak lama pun. Untuk tiga tahun je. Tangguhkan kehendak sekejap. Masa saya bujang, saya boleh force saving simpan 50% daripada gaji.
Yang dah kahwin boleh simpan 10% pun okay lah. Takpun sama-sama menyimpan. 15% seorang. Gaji setiap tahun semakin naik kan. Jangan tambah hutang baru tetapi melaburlah untuk masa depan yang lebih terjamin.
Jadi, apa yang korang boleh buat:
Mohon ASBF RM100K tanpa takaful. Promo rate 4.9%. Bulanan RM531. Terminate selepas dapat dividen selepas tiga tahun.
Dividen yang dapat tu simpan dalam ASB. Dibiarkan compunding. Jangan usik dividen. Bayar ansuran bulanan setiap bulan guna gaji sendiri
Selepas tiga tahun, korang terminate ASBF akan dapat;
⏩ Dividen terkumpul 3 tahun @ 7% setahun = RM22,504
⏩Pulangan prinsipal @ 36 bulan = RM4737
Jumlah kasar simpanan tunai= RM27,241️Jika korang simpan sendiri RM531 X 36 bulan = RM19,116. Beza 8 ribu lebih tu. Sapa nak bagi kan. Berbaloi tak korbankan segala kehendak dalam tempoh tiga tahun, boleh ada simpanan lebih RM27K?
Selepas tiga tahun, gaji korang akan naikkan. Korbankan tiga tahun untuk buat ASBF untuk merancang masa depan yang cerah.
Pengurusan kewangan kena betul supaya orang muda boleh menyimpan duit untuk masa depan mereka
Dah nampak jalan? Korang boleh tanam azam untuk menyimpan 30% daripada pendapatan. Jika niat nak simpan deposit rumah ke nak kahwin ke boleh juga guna ASBF ni.
Dengan deposit RM27K anda mampu membeli rumah berharga RM200K.
Masa ini matlamat anda sudah jelas. Korang semakin bijak dan berilmu. Apa nak buat dengan duit ni? Antaranya;
-Buat deposit beli rumah.️
-Beli kereta terpakai.️
-Berkahwin tanpa pembiayaan peribadi.️
-Buat modal untuk beli rumah lelong.️
***
Jika mampu simpan bawah RM300, boleh buat ASBF RM50K dulu. Bulanan RM268. Jangan ikut orang. Korang je tahu kekuatan kewangan korang.
Nak terminate selepas dua tahun pun boleh, lima tahun pun boleh ataupun taknak terminate pun boleh. Semua ikut perancangan korang. Saya akan guide nanti.
Jangan sampai dah kerja 5-10 tahun tapi simpanan RM5K pun tak ada lagi. Jangan berlengah dan masih memberi alasan. Korang kena berubah, barulah masa depan korang berubah.
Sumber : FB Amir Syahir
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Misompuru yang membawa maksud keramaian menjadi judul yang dipilih bagi album terbaru juara Anugerah Juara Lagu ke-39, Marsha Milan!Marsha ketika ditemui REMAJA baru-baru ini...