Bagi korang yang menonton siaran langsung program tersebut, pastinya korang juga tahu bahawa Izara Aishah merupakan salah seorang juri jemputan yang hadir bagi mengadili persembahan setiap peserta pada malam finale.
Mengimbas kembali 12 tahun lalu, Izara Aishah pernah menyertai Pencarian Dewi Remaja 2009/2010 yang pada ketika itu menemukan antara finalis Glamazon paling berjaya pernah dikumpulkan di dalam satu kumpulan.
Wanita jelita kacukan Melayu-Pakistan ini bertanding bersama rakan finalis lain yang berada di kalangan Top 5 terpilih seperti Noor Neelofa, Shangkharee, Iraa dan Ramona Zam-Zam. Beberapa lagi finalis lain yang menyertai mereka ialah Anzalna Nasir, Syatilla Melvin, Mia Ali dan ramai lagi.
Pada edisi tersebut, Izara turut menempah sejarah apabila meraih tempat kedua daripada 10 orang finalis.
Selaku salah seorang bekas Dewi Remaja, Izara Aishah diberikan tanggungjawab untuk mengadili 10 orang finalis Dewi Remaja 2022 di pentas final.
Ads
Tatkala ditemui pada malam finale, Sabtu lalu, Izara menzahirkan perasaan gembira dan berpuas hati dengan kemenangan Tracie Sinidol sebagai Juara Dewi Remaja 2022 pada edisi ke-12 ini.
Kesemua finalis bagi Izara telah memberikan prestasi yang bagus. Jika tak, tak adalah mereka di gelanggang akhir. Namun, adat pertandingan; finalis yang lebih outstanding, berpotensi dan paling bersedia untuk menghadapi cabaran industri seni punya kelebihan sebagai juara.
“Alhamdulillah, Izara rasa mereka semua pun telah lakukan yang terbaik. Namun, ada lah sedikit tersalah cakap, targagap, tapi itu biasalah bila dia atas stage.”
” I was amaze myself, ianya bukan senang kerana soalan-soalan yang diberikan malam ini agak mencabar namun mereka dapat menjawap secara spontan dan saya bangga dengan semua top 10 finalis malam ini”
Ads
“ Tracie nampak begitu selesa dan yakin walaupun peserta lain memberikan tentangan yang hebat terutamanya dari Bee Aishah (Naib Juara) dan Kimberly Chuah ( tempat ketiga). Cuma mungkin dari segi permarkahan sebelum ini, Tracie berada lebih hadapan dengan kelebihan tersebut.”
Pengalaman Tak Boleh Dilupakan
Rentetan, insiden Naib Juara Dewi Remaja 2022, Bee Aishah yang ‘tumbang’ ketika dibelakang pentas sewaktu acara kemuncak program itu sedang berlansung disebabkan kekurangan oksigen. Izara Aisyah berkata beliau terimbau pengalaman yang sama.
Foto: KOLEKSI MAJALAH REMAJA ( Izara ditempat kedua, Neelofa Juara, dan Shangkharee Nadarajan tempat ke tiga)
Izara berkongsi kisah throwback ketika beliau di pentas final 2010. Meski tugas seorang peserta nampak mudah di atas pentas, namun tekanan yang dihadapi mereka demi mengejar impian menjadi pemenang amatlah besar.
Sama macam Izara sebelum ini, Izara pun pernah pengsan selepas menjawap soalan ketika dalam Pertandingan Dewi Remaja 2010.
Ads
“Izara pernah pitam dekat pentas semasa rehearsal kerana Izara berdepan isu stage fright. Bila perlu bercakap di atas pentas, mulalah datang rasa anxiety.
“Tapi Alhamdulillah, rezeki berpihak pada Izara juga pada malam tersebut. Jadi apa yang terjadi pada Bee tadi membuatkan Izara teringat kembali momen tersebut.” Ujar Izara
Izara turut berharap agar batch Dewi Remaja 2022 akan terus memberikan inspirasi kepada remaja di luar sana. Menjadi seorang yang bertanggung jawab, ada class tersendiri dan menjadi contoh sebaik mungkin untuk masyarakat.
Izara Aishah turut ditemani juri lain yang terdiri daripada Datuk Aznil Nawawi dan Didie Alias.
Untuk info, peserta dari Tambunan, Sabah, Tracie Sinidol, 21, dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2022. Manakala tempat kedua menjadi milik Bee Aishah diikuti Kimberly dan Alyssa masing-masing meraih tempat ketiga dan keempat.
Kami di REMAJA cukup berbangga mempunyai alumni secantik Izara Aishah – in and out .
Sesi uji bakat pencarian Dewi Remaja 2022 kini berada di Pulau Pinang, dan sejak pagi tadi kami menerima ramai peserta yang bersemangat demi mengejar impian mereka untuk bergelar finalis Dewi Remaja tahun ini.
Untuk pengetahuan korang, kami tidak menghadkan penyertaan kepada peserta yang pernah menghadiri sesi uji bakat, malah kami berbesar hati untuk menerima finalis top 20 yang pernah disenarai pendek sebelum ini.
Naina Zalee merupakan Top 20 Dewi Remaja 2018/19 yang sekali lagi hadir pada sesi uji bakat di Pulau Pinang kali ini dengan semangat baharu dan tampil lebih yakin. Sebelum ini, Naina juga pernah menghadiri uji bakat Dewi Remaja 2019 dan agaknya apa yang membuatkan gadis berusia 24 tahun ini tidak berputus asa untuk menyertai buat kali ketiga?
“Saya memilih untuk datang ke casting dewi remaja pada kali ini adalah kerana saya ingin terus mencuba selagi tiada had yang menghalang progress sebagai anak seni. Persediaan saya untuk penyertaan saya sangat tinggi kerana saya memilih untuk menyertai program ini untuk kesekian kalinya di mana ianya memerlukan banyak praktikal dan juga mental yang kuat,”
“Kelainan yang saya pilih untuk menyertai ujibakat dewi remaja kali ini bukan sahaja dalam bidang peragaan yang ingin ditonjolkan, malah dalam bidang pengacaraan dan juga lakonan. Selain itu, ujibakat yang bertempat di Pulau Pinang memberi saya kelebihan untuk menyertai ujibakat pada musim kali ini di mana tempat yang diadakan adalah berdekatan dengan kediaman saya,” jelasnya.
Namun begitu, nasib tidak menyebelahi Naina apabila dia hanya berjaya ke peringkat ketiga namun tidak berjaya untuk disenarai pendek menjadi finalis tahun ini.
“Juri berpendapat bahawa saya perlu perbaiki cara/gaya pengacaraan saya dengan lebih baik lagi kerana banyak kekurangan dari segi persediaan yang kurang memberangsangkan pihak juri. Perancangan saya selepas ini adalah untuk teruskan lagi langkah percubaan seterusnya di dalam bidang ini. Saya ingin memperluaskan bakat saya dalam bidang-bidang baru seperti lakonan dan pengacaraan,”
“Oleh itu, saya juga berpendapat bahawa menimba ilmu dalam bidang tersebut adalah persiapan terbaik sebelum memulakan karier tersebut. Saya percaya atas usaha yang berterusan, rezeki akan datang sama ada lambat atau cepat,”
“Terima kasih kepada juri-juri ujibakat dewi remaja pada kali ini atas perkongsian ilmu dan peluang yang diberikan kepada saya pada kali jni. Tak lupa juga kepada petugas ujibakat dewi remaja yang tak lekang dengan senyuman dan sokongan sepanjang ujibakat berlangsung. Mereka juga banyak memberi kata sokongan dan bantuan kepada saya dan peserta yang lain sepanjang ujibakat berlangsung pada hari ini,” tambah Naina lagi.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Finalis Top 5 Dewi Remaja 2014/2015 dan pempengaruh, Deeba Halil selamat melahirkan bayi sulungnya bersama suami, Amirul Fahd pada pagi Khamis.
Bayi lelaki seberat 3.43 kilogram itu dilahirkan di sebuah hospital swasta di ibu negara pada jam 8.49 pagi tadi dengan kehadiran suaminya di sisi.
Tambah manis apabila bayi mereka lahir pada tarikh kelahiran Deeba sendiri yang jatuh pada tanggal 23 Januari.
Finalis Top 5 Dewi Remaja 2014/2015, Deeba Halil.
“Alhamdulillah, syukur ya Allah. Selamat hari lahir untuk kita berdua,” catat Dewi berkenaan dalam hantaran Instagram story.
Ketika pertemuan REMAJA dengan Deeba baru-baru ini, beliau yang kini berkhidmat untuk sebuah bank yang terletak di Kuala Lumpur berkata, beliau dan suami tidak merancang pun untuk memiliki cahaya mata sulung mereka dalam tempoh tertentu.
Justeru apabila beliau dikurniakan rezeki berbadan dua, tentunya mereka menerima perkhabaran istimewa ini dengan hati terbuka dan penuh rasa syukur ke hadrat Ilahi.
Deeba Halil dan suaminya, Amirul Fahd.
“Lucunya selepas saya mengetahui sudah hamil, kebetulan suami yang bertugas di Singapura pulang pada hujung minggu itu. Saya berseloroh dengannya, konon teringin makan malam di tempat ‘sedap’. Baru dapat gaji kan? (ketawa).
“Sewaktu duduk di restoran, saya terus hulurkan kotak berisi peranti ujian kehamilan. Pada awalnya, suami saya merasa cemas kerana dia sudah memikirkan perihal masa hadapan bayi ini nanti.
“Tanggungjawab sepenuhnya terhadap isteri kini sudah beralih sedikit kepada bayi kami. Lagi pula, kami baru berkahwin selama sebulan pada waktu itu. Saya berkata kepadanya, tak mengapa. We will take one step at a time. Tidak perlu cemas.
“Cuma saya pesan, kek hari lahir kena dua! Hadiah pun kena dua,” katanya.
Sebagai rekod, Amirul Fahd dan Deeba Halil mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2023 di ISTAC UIAM, Kuala Lumpur yang dibuat secara tertutup dan dihadiri oleh rakan media dari REMAJA, ahli keluarga serta kenalan rapat mereka berdua.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak dapat disangkal lagi, Dewi Remaja 2005/06, Scha Alyahya merupakan salah seorang selebriti yang boleh menggayakan apa juga pakaian, solekan dan gaya rambut.
Buatlah macam mana pun, sarungkanlah apa juga pakaian. Pastinya Scha boleh pull off!
Pada tahun lalu, Scha pernah mendapat kritikan nakal netizen yang menggelar gaya rambutnya sebagai ‘potongan kubis’.
Pada bulan lalu sewaktu menghadiri minggu fesyen New York Spring/Summer 2020, Scha mengejutkan ramai peminatnya apabila memotong rambutnya yang sudah ‘dibela’ panjang untuk menjadi potongan sleek lob (long bob).
Seperti biasa, Scha kelihatan chic dan elegan dengan gaya rambut pendek. Cuma penulis tertanya-tanya, mengapa Scha ingin potong di New York dan bukan di Kuala Lumpur saja?
“Sebenarnya sebelum ke New York, Scha dah cakap kepada Awal (Ashaari) yang Scha ingin potong rambut, tapi Awal nasihatkan tak perlu.
“Bila berada di sana untuk 2 minggu, dia cakap ‘Potonglah rambut’ pula..
“I was like, huh, boleh potong rambut? Betul ke? Jadi selepas mendapat persetujuan Awal, Scha pun terus ke salun di sana. Kalau dah setuju lebih Awal, boleh je potong di KL. Bukan Scha saja-saja nak potong di sana,” katanya yang mengakui tak sabar menantikan musim terbaru pencarian Dewi Remaja 2019.
Sambungnya lagi mengenai pengalaman di sana, Scha sendiri mendandan yang menyiapkan solekan ketika di New York. Hanya selepas ‘terbang’ ke Milan, Scha dibantu oleh jurusolek dan jurudandan tempatan.
*
“Pereka fesyen di sana akan mengadakan pertunjukan fesyen masing-masing di lokasi berbeza. Itu berbeza dengan situasi KLFW di sini yang selalu diadakan di satu lokasi tetap.
“Ia menjadikan suasana di sana amat sibuk dan chaotic. Semua tetamu, kru, model dan sebagainya akan ke hulu-hilir untuk bergegas ke lokasi seterusnya,” imbasnya.
Di sana, Scha berpeluang untuk menyaksikan shows oleh pereka fesyen terkenal seperti Michael Kors, Tory Burch, Bvlgari dan Fendi. Katanya, dia merasa overwhelmed dan kadangkala ‘seriau’ atau takut kerana dirinya dikelilingan oleh warga fesyen terkenal dunia seperti Olivia Palermo dan Anna Wintour.
Namun itulah yang menjadikan pengalaman di sana sesuatu yang istimewa. Bukan senang nak berjumpa dengan nama-nama besar itu.
“Scha kagum dengan mereka. Bila dapat tengok sendiri betapa yakinnya mereka di hadapan crowd yang mengharapkan sebuah koleksi fesyen hebat, Scha belajar daripada mereka untuk menjadi kreatif dan tak malu.”
*
Seronok penulis lihat Scha bila berada di New York dan Milan, such an amazing fashion darling! Nak tahu sama ada dia akan terlibat dalam pencarian Dewi Remaja 2019?
Sama-sama kita nantikan 15 Oktober ini, live di Facebook dan Instagram Majalah Remaja okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Ini bukan pengakhiran tetapi ia adalah permulaan untuk perjalanan seni saya.”Begitulah pandangan peserta pertandingan realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) iaitu Ashmirul yang baru-baru...