Selaku salah seorang juri yang mengadili 2 minggu berturut-turut sewaktu proses ujibakat pencarian Dewi Remaja 2018/2019, Datuk Aznil Hj. Nawawi turut merasa terkilan dengan insiden yang berlaku sejurus kemenangan disandang oleh Haneesya Hanee pada hari Ahad lalu.
Bagi korang yang menonton siaran langsung program tersebut, pastinya korang juga tahu bahawa Pak Nil merupakan salah seorang juri jemputan yang hadir bagi mengadili persembahan setiap peserta pada malam finale.
Sejak peringkat ujibakat lagi, Pak Nil sudah terang-terangan menyatakan yang rupa paras bukanlah kayu pengukur utama dalam pencarian seperti ini tetapi potensi, bakat, keinginan dan kebolehan yang diambil kiran daripada diri peserta. Beliau juga sempat untuk mengucapkan tahniah kepada juara, Haneesya Hanee sejurus selepas namanya diumumkan selaku Dewi Remaja 2018/2019.
Bagaimanapun, berikutan insiden video kontroversi yang tersebar sekaligus mengakibatkan gelaran tersebut ditarik semula daripada Haneesya, Pak Nil tampil untuk memberikan respon beliau berkenaan isu ini melalui sesi Insta Live di Instagram, petang tadi.
BACA: Gelaran Dewi Remaja 2018/2019 Haneesya Hanee Ditarik Semula
“Ramai yang bertanya kepada Pak Nil untuk berkongsi pendapat mengenai isu ini sejak hari pertama ia tersebar lagi, kira-kira 3 hari lalu. Tapi Pak Nil enggan ulas lanjut kerana kita tak tahu kesahihan berita tersebut.
“Namun selepas pihak Majalah Remaja mengadakan sidang media sebentar tadi, nampaknya jelaslah kesalahan tersebut telah dilakukan oleh pemenangnya dan 2 orang finalis lain.
“Bagi Pak Nil, tiada siapa yang sempurna pun. Kita semua manusia yang lakukan kesalahan, cuma sama ada orang lain tahu atau tidak je. Syukurlah kesalahan kita masih ditutupi olehNya. Tetapi sempat tak untuk kita bertaubat? Korang puas selepas mencaci semua?
BACA: Pegang Status 72 Jam Saja, Gelaran Dewi Remaja Tersingkat Dalam Sejarah
“Hanee, awak masih terlalu muda. Kesilapan pasti akan berlaku, cuma bagaimana kita bangun. Dan memperbetulkan kesilapan lalu adalah langkah seterusnya.
“Allah uji Hanee bukan pengajaran buat awak seorang, tetapi orang lain juga belajar daripada kesilapan itu. Awak membesar tanpa ayah di sisi, mungkin tiada figura ayah untuk menegur. Tetapi pengalaman adalah bapa kepada pengajaran. Learn and move on
,” tuntas beliau di dalam sebuah posting Instagram Story.Seperti kata juri kita ini, kami di Majalah Remaja juga percaya kepada kebangkitan semula seseorang itu selepas dirinya dilanda ujian. Baik Haneesya, Fazreen mahupun Ernisha, perkara yang lalu itu seharusnya dijadikan pengajaran agar menjadi seorang yang lebih baik bukan saja di mata manusia, tetapi kepada Sang Pencipta yang Esa insyaAllah.
BACA: “Penarikan Kerana Melanggar Kontrak Perjanjian.” Bukan Haneesya Saja Dikenakan Tindakan