Juri MasterChef Australia, Jock Zonfrillo Meninggal Dunia Pada Usia 46 Tahun

Share

Juri dan hos rancangan popular MasterChef Australia, Jock Zonfrillo ditemui meninggal dunia pada usia 46 tahun di kediamannya, pada Isnin lalu.

Zonfrillo yang merupakan bapa kepada empat orang cahaya mata itu dilaporkan ditemui mati oleh polis di Melbourne.

ARTIKEL BERKAITAN:

Bintang Popular ‘Eight Is Enough’, Adam Rich Meninggal Dunia Pada Usia 54 Tahun

Berita menyedihkan mengenai kematian cef berdarah kacukan Scotland-Australia itu disahkan oleh keluarga mendiang dalam satu kenyataan di media sosial.

Sekadar informasi, Zonfrillo dilahirkan di Glasgow, Scotland pada 4 Ogos 1976 berpindah ke Australia pada awal 2000 selepas mendapatkan latihan sebagai cef di United Kingdom (UK).

Mendiang kemudiannya tersenarai sebagai salah seorang cef terkemuka di Australia selepas membuat sebuah restoran bernama Restoran Orana yang terkenal pada 2020 dan telah berjaya memenangi pelbagai anugerah.

Selepas itu, mendiang kemudiannya beralih arah ke bidang pengacaraan dengan menjadi hos serta juri tetap bagi rancangan MasterChef Australia untuk musim ke-12.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram Jock Zonfrillo & The Straits Time


Published by
Fath