Hiburan

Juri THSS Anggap ‘Vibe’ Persembahan Juara Tidak Boleh Dibeli, “Paling Hardest Adalah Untuk Beli Hati Penonton…”

Share

Di mata juri program nyanyian, The Hardest Singing Show (THSS) yang baru sahaja melabuhkan tirainya malam tadi; keenam-enam peserta telahpun melakukan sehabis baik dengan idea-idea di luar kotak demi merealisasikan konsep ‘Kreativiti Luar Limitasi’ yang dibawakan program berkenaan.

Namun, di sebalik stun-stun yang sukar dilakukan itu, pihak juri mengakui mereka mencari momen istimewa dalam setiap persembahan peserta yang mampu memukau hati mereka, peminat serta penonton.

Bercakap di sidang media THSS, Zizan Razak berkata kebolehan setiap peserta tidak pernah disangkal oleh para juri sepanjang sepuluh minggu program tersebut berlangsung. Cuma tidak semua peserta yang berjaya memberikan faktor ‘wow’ yang diinginkan setiap kali menjayakan persembahan.

“Semua peserta adalah profesional, kesemuanya boleh menyanyi dan membuat persembahan.

“Tapi yang paling hardest bukanlah kesusahan fizikal. Yang paling hardest adalah untuk beli hati penonton, peminat dan juri yang memberi markah.

“Kadangkala kalau seseorang buat hardest melalui (stun) fizikal pun, kita sebagai juri dan penonton melihat persembahan itu dengan tidak selesa. Kami pun tidak enjoy.

“Tapi kalau dia buat persembahan yang cukup latihannya, cukup dari sudut vokal dan sebagainya, dia berjaya hypnotized juri; mudah untuk kita memberi markah dan kita juga merasa selesa.

“Penonton juga memainkan peranan kerana sorokan dan sokongan tidak perlu dipaksa. Kita (juri) pun dapat rasa vibe itu dan vibe tidak boleh dibeli,” katanya.

Juri tetap program The Hardest Singing Show (dari kiri) Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.

Juri, Edry Abdul Halim berkongsi sentimen yang disampaikan oleh Zizan dengan menjadikan persembahan duet Aepul Roza dan Putera Muhammad menerusi lagu Melangkah Lebih Tinggi sebagai contoh terbaik bagi menggambarkan vibe

yang dicari-cari oleh pihak juri.

“Persembahan terakhir ‘dua budak jahat’ itu buat (memang) gila-gila. Kita enjoy dan tergerak hati untuk tepuk tangan berdiri dan sebagainya. Itulah yang Zizan maksudkan dengan (vibe persembahan) tidak boleh dibeli.

“Kamu boleh berikan pentas yang cantik, letak 50 orang penari tetapi untuk menaikkan bulu roma orang itu tiada nilainya. Kamu bagilah seseorang lighting cantik (dan) baju RM100,000 letak berlian pun; kalau bulu roma tak naik tak jadi juga,” simpulnya dengan perumpaan mudah tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Aepul Roza Juara Musim Pertama THSS, “Tak Pernah Menang Apa-Apa… Walaupun Cabutan Bertuah!” – REMAJA

@remaja.my [LIVE] AFTER 10 weeks!!! Juara program ‘The Hardest Singing Show’ berteraskan konsep ‘Kreativiti Luar Limitasi’ Musim Pertama ini akhirnya milik Aepul Roza! CONGRATS!!!!✨👏🏻 #TheHardestSingingShow #remaja #majalahremaja #remajamalaysia ♬ original sound – Remaja

The Hardest Singing Show musim pertama mengangkat Aepul Roza sebagai juara sulungnya dengan kutipan markah sebanyak 83.2 peratus diikuti naib juara, Ayda Jebat (80.81 peratus) dan Stacy (75.09 peratus) di tempat ketiga.

Sementara itu, tempat keempat menjadi milik Aisha Retno dengan markah sebanyak 74.69 peratus. Putera Muhammad terpaksa berpuas hati dengan 73.51 peratus untuk menduduki tempat kelima manakala Zizi Kira di tempat keenam dengan 63.69 peratus.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ