Jurugambar Ini Ucap Terima Kasih Kepada Bekas MB Perak & Netizen Sebak Dengar Luahannya

Share

 

Bukan semua yang lama itu ditolak rakyat.

 

Kita harus akui, terdapat beberapa pemimpin menerusi parti Barisan Nasional yang sebenarnya begitu dekat dengan hati rakyat. Mereka disayangi bukan kerana memberi ‘gula-gula’ setiap kali perlu meraih sokongan rakyat.

Namun mereka benar-benar melakukan tugasan mereka sebaik mungkin demi melihat negeri serta kementerian yang dikelolakan oleh mereka itu berkembang dalam tempoh tampuk pemerintahan.

Antara pemimpin yang selalu disebut-sebut termasuklah YB Khairy Jamaluddin, Dato’ Seri Utama Mohamad Hassan (Menteri Besar Negeri Sembilan ke-10), Datuk Seri Ir. Idris Haron (Ketua Menteri Melaka ke-10) dan tentunya, Dato Seri DiRaja Dr. Zambry Abdul Kadir iaitu Menteri Besar Perak ke-11.

 

(Dari Kiri): Khairy Jamaluddin, Idris Haron dan Mohamad Hassan.

 

Dato Seri Zambry umpamanya disifatkan sebagai seorang Menteri Besar yang mudah memberi inspirasi kepada rakyat Perak, terutamanya. Perubahan tampuk kepimpinan negeri Perak pada kali ini sedikit sebanyak memberi kesan emosi kepada rakyat Perak yang menyenangi cara Dato Seri Zambry bekerja, termasuklah jurugambar beliau, Airil Ezuan.

 

* * * * *

 

Menerusi dua perkongsian di Instagram miliknya, Airil menceritakan bagaimana cara dia melihat Dato’ Seri Zambry sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat:

Sumber: @airilezuan

 

Sepanjang hampir 5 tahun aku ada di depan, kanan, kiri dan belakang dia.

2014, aku ditugaskan sebagai seorang jurugambar YAB Menteri Besar Perak. Aku sendiri macam tak percaya yang aku akan nampak dunia politik. Sedangkan aku tak ambil tahu pasal politik dan tak percaya dengannya.

Biasalah fasa umur anak muda, semua benda nak memberontak dengan kerajaan atas sebab terikut-ikut ataupun sifat benci pada sesuatu.

Tak lama lepas itu, aku slow-slow terima semua yang ada depan aku iaitu dunia politik. Aku ni tak lah power politik but aku tau mana yang baik dan mana yang buruk. Aku rasa cukup bertuah dapat kerja yang aku sendiri tak pernah terfikir. Walaupun kerjanya berisiko. Hilang jawatan, hilanglah aku.

Dalam tempoh aku berkhidmat untuk dia, banyak benda aku belajar. Apa yang dia selalu pesan pada rakyat, aku dengar dan aku fikir untuk diri aku. Lagi-lagi bab untuk terus berjaya walaupun peluang itu kecil. Tengok pada diri dia seorang anak nelayan sampai dia jadi seorang pembela nasib rakyat.

Aku sendiri tak tahu struggle dia nak hadapi macam-macam dalam hidup dia macam mana. Hati dia aku rasa cukup rapat untuk rakyat. Cuma sesetengah pihak saja yang tak nampak. Dalam diam aku kerja, ada sesuatu aku belajar.

 

* * * * *

 

 

Sumber: @airilezuan

 

Dalam tempoh aku berkhidmat sampailah hari Pilihan Raya Umum 14 (PRU14).

Tiba masa pengumuman keputusan PRU14 sampai tengahari semalam, dah 3 hari aku tak nampak dia. Aku risau. Risau yang aku terfikir, macam mana dia hadapi semua ini? Sebabnya dia mungkin kecewa dan terlalu kecewa dengan apa yang berlaku. Siapa tahu? Ibarat dia hilang dari radar mata aku yang selalu ada depan kamera aku.

Tadi (kelmarin) aku sendiri tak sangka boleh jumpa dia dalam kediaman rasmi, aku nampak dia, dia nampak aku. Dia panggil aku. Aku letak kamera, aku terus peluk dia. Aku tak tahu nak cakap perasaan masa itu macam mana. Dalam pelukan hanya air mata saja yang keluar.

Dari raut wajah dia aku tau dia tahan mcam-macam. Lain dari biasa aku tengok. Itu pun salah sebab aku tak tahan sebak. –

“ …you’re a good photographer. Don’t worry. Ini hari baru untuk you.”

Terima kasih untuk 5 tahun yang cukup bermakna bagi saya. Saya tahu siapa Zambry Abd Kadir. Semoga perjuangan Dato’ Seri terus dan menerus untuk rakyat dan Malaysia. Keep me and everyone else inspired, always. May Allah bless you sir.

 

InsyaAllah.

Published by
FZ