Jurugambar Minta Gambar Tidak Senonoh Dari Remaja Lelaki Di Denda RM3’500

Share

Sebelum ini tular di laman twitter tentang kisah seorang jurugambar lelaki yang berstatus influencer meminta gambar bogel dari seorang remaja lelaki dengan tujuan kononnya untuk melihat bentuk tubuh terlebih dahulu sebelum sesi penggambaran sebenar yang dikatakan berkonsep kesihatan dilakukan.

Hari ini dalam laporan Bernama, jurugambar lelaki tersebut, Hishamudin Hashim, 32, telah mengaku melakukan kesalahan itu dengan niat untuk menghina kesopanan mangsa yang berusia 21 tahun. Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman selepas mendengar pengakuan dan dia didenda RM3’500 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah majistret Selayang di sini hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisak Hassni memohon hukuman ini dikenakan hukuman berbentuk pengajaran walaupun mangsa dalam kes ini adalah lelaki. Sementara itu penguam yang tetuduh, Ariff Amirul Abdul Jani merayu agar hukuman ringan dikenakan atas alas an ini kesalahan pertama anak guamnya dan tertuduh menghidap penyakit jantung.

Isu ini sebelum ini tular di laman Twitter apabila mangsa memuat naik tangkap layar perbualan jurugambar tersebut yang memintanya gambar bogel dari sudut depan dan belakang. Mangsa memuat naik tangkap layar perbualan tersebut untuk dijadikan satu mesej menasihati orang ramai supaya tidak terjebak dan behati-hati kerana ada beberapa individu lain menyatakan yang mereka juga menerima perkara yang sama.

RULES TO BE A MODEL
Boys and girls! Untuk menjadi seorang model tidak perlu menghantar gambar yang tidak senonoh permintaan jurugambar ataupun orang tengah yang mahu membawa anda ke lokasi uji bakat. Berbogel tiada kena mengena dengan profesion sebagai seorang model lagi pula kita berada di Malaysia yang mana kandungan-kandungan tidak senonoh akan ditapis.

Finalis Dewi Remaja 2019, Nina Amin antara peragawati yang bernaung bawah agensi model tempatan, The Models Lab KL. Berketinggian 170cm, dia laris menjadi wajah jenama fesyen lokal.

Jenis model boleh dibahagikan kepada model peragaan ataupun model komersial. Kedua-duanya memiliki ciri-ciri yang berbeza.

Untuk menjadi model pentas peragaan yang profesional bagi perempuan anda perlulah memiliki ketinggian sekurang-kurangnya 170cm dan bagi lelaki pula 180cm. Namun ini bergantung kepasda pemilihan sewaktu pemilihan diadakan.

Haziq yang merupakan pemenang tempat ke-5 Hero Remaja 2020 memiliki fizik seorang model peragaan. Baru-baru in dia merupakan The Face of Kuala Lumpur Fashion Week 2020.

Bagi model komersial pula sesiapa sahaja boleh menhadiri ujibakat tidak kiralah tinggi ataupun berat anda kerana pemilihan bergantung kepada keperluan watak untuk mengisi sesebuah iklan.

***P/S- Kalau ada agensi ataupun orang tengah yang meminta gambar tidak senonoh, anda boleh melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa. Jangan pernah melayan kehendak begini demi memenuhi nafsu mereka yang tidak bertanggungjawab. Jagalah kehormatan diri.

Published by
Fiezreen