Kemaraan dua buah negara Asia ke pusingan kalah mati di Piala Dunia FIFA 2022 telah menyamai kejayaan sama yang dicatatkan pada edisi 2002 di Korea Selatan-Jepun dan edisi 2010 di Afrika Selatan.
Sekali lagi, Jepun dan Korea Selatan membawa maruah dan sokongan peminat seluruh benua di atas bahu pemainnya apabila bersedia menentang lawan masing-masing dalam perlawanan pada 5 Disember (Isnin).
Jepun yang bakal menentang Croatia demi mara ke pusingan suku akhir enggan terlalu mendabik dada dengan kejayaan ke atas kuasa bola sepak seperti Sepanyol dan Jerman sebelum ini. Namun, mereka juga enggan tampil kerdil dan tidak berkeyakinan dalam perlawanan esok.
Cukuplah sekadar ‘Samurai Biru’ mengetahui detik menewaskan dua pasukan gergasi dunia, Sepanyol 2-1 dan Jerman 2-1 telah menyuntik keyakinan yang tinggi kepada seluruh pasukan.
Jurulatih Jepun, Hajime Moriyasu melihat kejayaan anak buahnya itu sebagai detik membanggakan; bukan sahaja kepada negara mereka tetapi juga buat arena bola sepak Asia.
“Banyak perkara yang boleh kita pelajari. Asia juga boleh menang di peringkat dunia.. Jepun boleh menang di peringkat dunia.
“Saya fikir semua orang di benua Asia akan berkongsi detik kegembiraan kita,” ulas Moriyasu.
Corak permainan ‘ultra defensive & passive’ Jepun di mana mereka bertahan dengan tekanan pada separuh masa pertama sebelum kembali mengejar dari belakang terbukti sebagai strategi berjaya.
Japan’s second goal in their 2-1 win over Spain was checked by VAR to determine if the ball had gone out of play.
The video match officials used the goal line camera images to check if the ball was still partially on the line or not. pic.twitter.com/RhN8meei6Q
— FIFA.com (@FIFAcom) December 2, 2022
Penguasaan bola Jepun sekadar mencapai peratusan 22% ketika menentang Sepanyol dan 35% ketika menentang Jerman. Ini bermakna Jepun tahu untuk membaca bila dan bagaimana cara terbaik untuk merobek gawang lawan.
Adakah mereka akan meneruskan kecemerlangan tersebut dalam perlawanan 16 pasukan terakhir esok? Sama-sama kita saksikan.
ARTIKEL BERKAITAN: Penyokong Jepun Tular Di Piala Dunia 2022, Kutip Sampah Sampai Stadium Bersih! – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.