
Kejadian malang yang cukup menyayat hati ini mungkin boleh dijadikan pengajaran yang berguna terutamanya buat korang yang suka bergambar di lokasi tinggi dan merbahaya.
Seorang jurulatih kecergasan dari Hong Kong telah meninggal dunia akibat terjatuh ketika sedang mengikuti penggambaran di sebuah bangunan. Kejadian tersebut berlaku di tingkat 12 Li Dong Yuen Street East ketuka mangsa, Will Kong Wai berdiri di atas railing atau pagar bangunan untuk sesi fotografi.
Menurut laporan, sesi fotografi tersebut meurpakan penggambaran promosi untuk dua orang jurulatih kecergasan dan mangsa membantu mereka berdua. Polis mendapati tiada sebarang unsur-unsur jenayah di sebalik kejadian cukup malang ini. Ketika kejadian, mangsa telah hilang keseimbangan badan dan terjatuh di atas podium yang terletak di tingkat empat. Mangsa disahkan paramedik meninggal dunia serta merta di tempat kejadian.
Sumber : South China Morning Post
Ubat Batuk Tercemar Buatan India, Punca Puluhan Kanak-kanak Meninggal Dunia

Biasanya, bila korang mengalami batuk, mungkin kita tidak terus pergi klinik dan hanya dapatkan ubat di farmasi atau kedai serbaneka sebab kalau jumpa doktor pun mesti mereka beri ubat batuk yang kita oleh dapatkan diluar.
Tapi awas ya!
ARTIKEL BERKAITAN : Doktor Ini Kongsi 15 Jenis Ubat Yang Wajib Korang Simpan Di Rumah

Baru-baru ini, puluhan kanak-kanak di Gambia meninggal dunia disebabkan kecederaan buah pinggang berkemungkinan dikaitkan dengan ubat batuk dan selesema tercemar yang dihasilkan oleh pengeluar ubat di India.
Ubat Batuk Tercemar
Masih dalam siasatan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut sedang menjalankan siasatan bersama pengawal selia India dan pembuat ubat, Maiden Pharmaceuticals yang berpangkalan di New Delhi.
Menurut Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, WHO juga mengeluarkan amaran produk perubatan dan meminta pengawal selia mengeluarkan barangan Maiden Pharma daripada pasaran.
Jadi Toksik Bila Dimakan
Jelasnya, produk itu mungkin telah diedarkan ke tempat lain melalui pasaran tidak rasmi namun setakat ini hanya dikenal pasti di Gambia. Amaran dikeluarkan WHO meliputi empat produk ubat batuk jenis sirap.
Kata WHO, analisis makmal mengesahkan dietilena glikol dan etilena glikol dijumpai dalam kuantiti yang tidak boleh diterima dan boleh menjadi toksik apabila dimakan.
Bulan lalu, kerajaan Gambia menjalankan siasatan punca kematia.n dan peningkatan kes kecederaan buah pinggang dalam kalangan kanak-kanak di bawah umur lima tahun yang dikesan sejak akhir Julai.
Seramai 66 kanak-kanak yang mengambil ubat batuk itu dilaporkan WHO telah meninggal dunia akibat masalah buah pinggang. Maiden Pharmaceuticals mengeluarkan ubat-ubatan di kemudahannya di India yang kemudiannya dijual di dalam negara serta mengeksportnya ke negara-negara di Asia, Afrika dan Amerika Latin.
Alamak, katanya dieksport di Asia juga . Jadi korang hati-hati bila membeli ubat batuk okay?
Sumber : ( 1 )
BACA : Kenali Jenis-Jenis Batuk Dan Ubat Yang Sesuai Untuk Korang Cari
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tidak Pernah Daftar i-Akaun, Pengeluaran RM500 Tidak Boleh Dibuat! Scammer Pun Dah Wujud

Tengahari tadi Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pencarum KWSP di bawah usia 55 tahun boleh mengeluarkan wang dari Akaun 2 masing-masing selama 12 bulan bagi menangani COVID-19 yang belum menunjukkan tanda-tanda akan reda.
Berita ini disambut baik oleh masyarakat yang menganggap ianya rezeki di saat sesetengah syarikat tidak membayar gaji kepada pekerja kerana cuti dua minggu sempena Perintah Kawalan Pergerakan yang dimulakan pada 18 hb lalu sehingga 31 Mac ini bagi memutuskan rantaian wabak ini.
Ramai menyambut gembira berita ini namun pengeluaran RM500 ini mudah jika anda sudah pun mendaftar i-Akaun iaitu satu inisiatif oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk ahli menyemak baki terkini akaun mereka, membuat pengeluaran secara dalam talian bagi pengurangan baki pinjaman perumahan, kesihatan, pendidikan, simpanan melebihi 1 juta selain berumur 50 tahun ke atas dan lain-lain lagi.
Bagi mereka yang sudah mendaftarnya, berita ini akan disambut dengan gembira. Tapi bagaimana pula bagi yang belum berdaftar?
Carian REMAJA di laman web KWSP mendapati, buat masa ini pendaftaran i-AKAUN ini hanya boleh dilakukan di pejabat KWSP dan bukan dari rumah korang ya. Tapi tak tahulah kalau pihak KWSP ada cara untuk memudahkan orang ramai disebabkan ada perintah kawalan pergerakan ini (setakat berita ini ditulis, beginlah prosedurnya).
Bacalah syarat-syarat seperti tertera di lawan web rasmi KWSP ini. Baru korang akan faham akan amanat PM sebentar tadi.





Lagi satu diharap kita akan memasuki lawab WEB KWSP yang sah sahaja kerana telah tular ada scammer yang cuba mengambil kesempatan atas pengeluaran RM500 ini. Ini duit kita, jangan sampai orang lain kaut hasilnya (kalau jumpa scammer nie, jangan lupa seret ke balai polis guys)
Nak diingatkan juga, jangan serbu KWSP sekarang ya untuk daftar i-Akaun sebab pejabat mereka ditutup sehingga 31 Mac ini.
Jadi doakanlah agar Perintah Kawalan Pergerakan ini tidak memakan masa la. So duduk rumah, stay at home.
Penghibur Dan Pelakon Veteran Hong Kong, Richard Ng Hembuskan Nafas Terakhir

Sebelum masyarakat Malaysia ‘menggilai’ k-drama, drama Hong Kong pernah mendapat tempat di hati penonton negara kita. Kecantikan dan kekacakan pelakonnya sering kali mendapat perhatian. Malah, jalan cerita dengan episod yang agak panjang membuatkan peminat sering ternanti-nanti.
Kalau korang pecinta filem Hong Kong, mesti korang mengenali pelakon dan pelawak, Richard Ng.
ARTIKEL BERKAITAN : Bergaya Dan ‘Hot’ Di Usia 50, Wajah Terkini Pelakon Popular Drama Rosalinda
Namun, satu berita sedih diterima apabila, Richard Ng dilaporkan meninggal dunia pada usia 83 tahun akibat kegagalan jantung, lapor CNA.
Mendiang Richard dilaporkan menghidap pelbagai penyakit termasuk penyakit buah pinggang dan tahap pendengarannya semakin merosot. Pada 2019, dia mendedahkan bahawa hanya 10 peratus buah pinggangnya yang masih berfungsi dan terpaksa menjalani dialisis empat kali sehari. Dia juga turut menjalani pembedahan pada jantungnya.
Menurut laporan Dim Sum Daily, kematian mendiang disahkan oleh ahli keluarganya selepas dimaklumkan oleh doktor. Mereka telah diminta hadir ke hospital bagi mengucapkan selamat tinggal.
Mendiang meninggalkan seorang balu, Susan dan empat anak, Alex Ng, Zoe Ng, Louise Ng dan Carl Ng.
Tercalon Dua Kali Anugerah Filem Hong Kong
Untuk info, Richard Ng atau Richard Woo terkenal dalam industri televisyen tempatan suatu ketika dahulu. Namanya semakin dikenali ramai dalam siri komedi francais Lucky Stars.
Menurut media tempatan HK01 dan South China Morning Post (SCMP), figura itu popular dalam drama Hong Kong sewaktu era 1980-an dan 90-an.
Beliau pernah tercalon sebanyak dua kali dalam Anugerah Filem Hong Kong bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Winners and Sinners and Beyond the Sunset.
Antara nama-nama pelakon yang pernah bergandingan bersamanya termasuklah Jackie Chan, Michelle Yeoh, Andy Lau, dan Jet Li.
Richard juga merupakan seorang anak seni yang terpelajar apabila menyambung pelajaran di London, England dan kembali semula ke Hong Kong pada tahun 1997.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: CNA, Dim Sum Daily