Tidak terlambat lagi untuk Remaja ucapkan tahniah buat pengantin baharu, MK K-Clique dan isteri tercinta!
Tanggal 16 Jun lepas, penyanyi rap terkenal, MK K-Clique akhirnya telah menamatkan zaman bujangnya apabila sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Siti Hajaar Syeikh Nordin,dengan sekali lafaz.
Hingga hari ini, pasangan merpati dua sejoli itu masih menerima perhatian ramai selain menjadi bualan ramai di media sosial.
Terbaharu, sekali lagi pasangan tersebut meraih perhatian warganet apabila jurusolek isteri penyanyi itu yang dikenali sebagai Nurul MF tampil mendedahkan MK memintanya untuk melabuhkan sedikit tudung yang digayakan isterinya sewaktu melangsungkan majlis resepsi.
Ads
Perkara tersebut dikongsikan jurusolek tersebut menerusi sebuah perkongsian klip video di platform Instagram miliknya.
“Kak, minta tolong labuh kan lagi tudung isteri saya’- MK K-CLIQUE. Alhamdulillah, you are in the right hand Hajaar. Semoga Allah terus pelihara kalian berdua @hairiwhuut @hajaarsiti,” coretnya ringkas.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan komen murni selain memuji peribadi serta akhlak Siti Hajaar yang disifatkan sebagai seorang wanita yang sopan. Malah, ada juga segelintir yang memuji tindakan MK yang berusaha menjaga aurat isteri tercinta.
Ads
“Tak jemu lihat wajah isterinya si MK ini.. manis, lembut… kita yang perempuan pun jadi terpegun tengok,” komen seorang pengguna.
“Alhamdulillah, suami yang menjaga aurat isteri,” komen juga pengguna lain.
“Walau rappers.. tetap utamakan Allah.. utamakan aurat isteri… Salute,” tulis warganet lain.
Ads
Terdahulu, spekulasi penyanyi lagu popular Peluang Kedua itu bakal mendirikan rumah tangga mula diperkatakan selepas dia memuat naik foto saiz pasport lengkap memakai songkok dalam media sosial.
Mengukuhkan lagi spekulasi itu, ada yang mendakwa MK sudah bertunang dengan Siti Hajaar selepas foto mereka berpakaian sedondon bersama keluarga dengan gadis itu menunjukkan cincin di jari, tersebar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Status Shahrukh Amin Zulkifli sebagai seorang pelajar yang baru tamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada bulan lalu langsung tidak menghalangnya daripada memenangi kejohanan boling antarabangsa, yang berlangsung petang tadi.
Pemain boling Sekolah Sukan Tunku Magkota Ismail (SSTMI) itu melakukan kejutan apabila berjaya menewaskan pemain Korea Selatan, Jeong Tae Hwa yang berusia 50 tahun dengan keputusan 226-219 jatuhan pin dalam pusingan stepladder final The Masters.
Ia adalah sempena Kejohanan Boling All-Stars Remaja Antarabangsa MILO kali ke-18 yang berlangsung di Sunway Megalanes, Petaling Jaya.
Menurut kenyataan Shahrukh Amin kepada rakan media, “Saya pun tak sangka saya boleh menang. Saya cuma nikmati permainan tadi. Mungki tanpa adanya tekanan, saya rasa semakin yakin apabila menunjukkan permainan yang baik tadi.”
Shahrukh Amin juga berkata dirinya akan menyertai skuad pelapis kebangsaan pada Mac, tahun hadapan.
Remaja yang berasal dari Kuantan Pahang itu menunjukkan prestasi mengagumkan apabila dia mendahului saingan The Masters dengan catatn 2,321 jatuhan pin dalam 10 permainan.
Sekaligus, dia meninggalkan pemain profesional lain seperti Parker Bohn III dari Amerika Syarikat dan pemain senior negara, Rafiq Ismail dan Esther Cheah.
A post shared by Shahrukh Amin Zulkifli (@_aminsaz) on
“Saya berharap kejayaan pada hari ini akan menjadi titik permulaan kepada lebih banyak kejayaan lain selepas ini. Ini juga adalah atas sokongan keluarga, jurulatih iaitu Lamjah Khalil dan kawan-kawan saya yang sentiasa memberi sokongan, tambah anak keenam daripada tujuh adik-beradik itu.
Sebagai persediaan untuk menyertai kejohanan ini, Shahrukh Amin berkata dia terpaksa menjalani latihan intensif pada waktu pagi dan malam selepas tamat menduduki peperiksaan. Hasilnya, remaja itu membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi.
Semalam, seorang lagi atlet pelapis boling negara, Qistina Zainal berjaya memenangi kategori wanita, juga si Sunway Megalanes.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Minggu ini menandakan masuknya minggu ketiga warga negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya menjalani rutin harian di bawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Situasi ini telah mengubah norma rakyat memandangkan jumlah kes positif Covid-19 baharu yang secara konsistennya mencatatkan 3 angka pada setiap hari.
Terbaru, Menteri Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada petang tadi mengumumkan bahawa daerah Seremban di Negeri Sembilan pula kini diletakkan di bawah arahan PKPB selepas kes baharu di kawasan tersebut menunjukkan peningkatan beberapa hari kebelakangan ini.
Arahan PKPB akan mula dilaksanakan pada 5 November sehingga 18 November ini di 9 mukim berbeza. Ini termasuklah Ampangan, Seremban, Bandar Seremban, Labu, Rantau, Rasah, Setul, Pantai dan Lenggeng.
Ini bermakna penduduk di 9 buah mukim ini perlu mematuhi arahan yang dilaksanakan di Lembah Klang seperti penutupan sekolah, penurunan jadual perjalanan merentah daerah dan larangan untuk menjalani upacara keagamaan di rumah ibadah.
Menurut tinjauan REMAJA di media sosial, ramai netizen yang menetap di daerah Seremban tertanya-tanya sama ada pergerakan dari Negeri Sembilan ke negeri bersebelahan seperti Selangor dan Putrajaya dibenarkan.
Ini memandangkan jumlah penduduknya yang ramai bekerja di Lembah Klang dan berulang-alik dari kediaman ke tempat kerja masing-masing.
Menurut Datuk Seri Ismail, kerajaan akan membenarkan perjalanan rentas negeri tersebut untuk tujuan bekerja dengan surat perlepasan yang disahkan oleh pihak berkuasa.
“Saya sedar ramai penduduk di Seremban yang bertugas di Putrajaya dan Lembah Klang. Anda hanya perlu mendapatkan surat perlepas daripada majikan,” jelasnya.
Apa agaknya aktiviti yang dibenarkan dan tak dibenarkan dalam musim PKPB? Klik pautan di bawah.
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...