Jurutera Malaysia Antara Orang Kuat Cipta Teknologi ‘Gacha’, Bas Tanpa Pemandu Di Finland

Share

Rasanya rakyat Malaysia boleh dah ‘move on’ dengan kereta terbang, kan? Almaklumlah, dah masuk tahun 2020 dan sejak Wawasan 2020 mula disebut oleh Tun M dulu lagi kita dah terbayang tahun ini mesti negara kita dah maju sampai tahap kereta pun boleh terbang.

Kalau korang nak tahu, negara Finland dah pun melancarkan ujian percubaan sejak Mac tahun lalu dan turut berhasrat memperkenal bas tanpa pemandu yang dikenali sebagai “Gacha” di Asia Tenggara tahun ini.

Dan paling menariknya, salah seorang orang kuat yang dipertanggungjawab mencipta teknologi ini merupakan pemuda dan jurutera kelahiran Malaysia. Bangga tak uolls…?

Memetik sumber Malay Mail, Umar Zakir merupakan jurutera utama pasukan perancangan dan kawalan pembangunan algoritma bersama syarikat teknologi tanpa pemandu di sana iaitu Sensible 4 yang turut bekerjasama dengan Muji Japan.

“Pasukan kami bertanggungjawab membangunkan algoritma yang membantu kenderaan autonomi (AV) bergerak dan merancang semula destinasi dalam insiden yang tidak diingini,” katanya.

Sedikit perkongsian tentang Umar, beliau merupakan graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam panduan, sistem navigasi dan kawalan AV. Semasa pengajian doktor falsafah (PHD), Umar adalah ahli pasukan ‘Intelligent Drive’ pusat pengajian tinggi tersebut yang berjaya mempamerkan prototaip kenderaan tanpa pemandu di Pusat Inovasi & Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) di Cyberjaya pada 2018.

Beliau mempunyai enam tahun pengalaman dalam bidang AV dengan menyertai lebih 10 projek di Malaysia, Singapura dan Jepun.

Wah hebat anak Malaysia di mata dunia, Hal ini membuktikan graduan universiti tempatan pun tak kurang hebatnya. Betul tak?

Sumber: Malay Mail

Published by
Nana