Juruterbang Remaja Termuda Mengelilingi Dunia Secara Solo, Kenali Zara Rutherford

Share

Serius respect dengan remaja yang berusia 19 tahun ini kerana berani mengelilingi dunia secara solo. Bakal menjadi juruterbang wanita pertama termuda yang terbang mengelilingi dunia secara solo apabila dia mendarat kembali di Belgium, dijangka pada minggu ini.

Tapi, sebelum itu mari kita kenali siapa Zara Rutherford ini :

Lahir dalam keluarga juruterbang, Zara Rutherford memulakan aktiviti penerbangan seawal usia 14 tahun, sebelum dia mendapat lesen penerbangan dua tahun lalu.

Beliau juga merupakan seorang juruterbang remaja yang baru berusia 19 tahun.

Zara Rutherford bakal mencipta rekod baru sebagai juruterbang wanita termuda yang terbang mengelilingi dunia secara solo apabila dia mendarat kembali di Belgium, dijangka pada minggu ini.

Remaja British-Belgium itu melakukan penerbangan solo sejauh 32,000 batu dengan menggunakan pesawat Shark Aero, merentasi 52 negara dalam tempoh 12 minggu.

Gadis berumur 19 tahun itu bakal memecahkan dua Guinness World Record iaitu menjadi juruterbang termuda terbang secara solo, dan wanita pertama mengelilingi dunia dengan pesawat ringan.

Pada masa ini, pemegang rekod sebagai wanita termuda yang melakukan penerbangan solo di seluruh dunia ialah Shaesta Waiz yang berusia 30 tahun ketika dia melengkapkan penerbangannya pada tahun 2017.

Untuk info, gadis kacukan ini dilaporkan telah menghabiskan 130 jam terbang solo sebagai persiapan untuk melakukan ekspedisi epiknya ini.

Zara memulakan penerbangannya lima bulan lalu pada 18 ogos di Bandar Belgian, Kortjik. Dia sudah terbang di lima benua dan melawat lebih 50 negara termasuk Amerika Syarikat, Greenland, Colombia dan Korea Selatan.

Zara dan keluarga (Foto Via BBC)

Pada perancangan awal, penerbangan Zara sebenarnya mampu dilengkapkan pada November tahun lalu lagi namun terkandas akibat COVID-19, masalah visa dan cuaca buruk.

Rancangannya untuk melengkapkan misi tersebut pada Hari Natal juga ditunda apabila dia perlu dikuarantin di sebuah hospital di Singapura selain tayar pesawatnya yang pancit. Remaja itu menyambut tahun baru 2022 di sebuah hotel di Mumbai, India kerana tidak boleh meneruskan penerbangan akibat cuaca yang buruk.

Hebat sungguh remaja ini. Korang pernah ke terfikir untuk mengelilingi dunia seorang diri? 

BACA LAGI : Bangunan Kedua Tertinggi Dunia Pun Jadi Mangsa Vandalisme, Nama ‘Johan’ & ‘Syafiq’ Antara Yang Diconteng

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber : BBC

Published by
Nana