Drone kini bukan hanya diguna pakai oleh jurufoto dan juruvideo profesional saja. Malah ramai yang boleh korang beli walaupun tidak pernah mengendalikannya sebelum ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Ibarat Bom Jangka! Gambar Drone Buktikan Hakisan Bukit Cameron Highlands Menggerikan
Terbaru, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dianugerahkan sebagai juruvideo dron termuda di dunia dalam anugerah Festival Filem Antarabangsa AZSDroneFest baru-baru ini, lapor portal UPI.com.
Pengiktirafan Louisa Royer, juga seorang pelajar di Evansville Day School, yang membawa dronnya semasa melakukan percutian di Eropah, Jepun, Australia, dan Korea Selatan oleh Guiness World Record (GWR) selepas gurunya menggalakkan dia menghantar rakamannya ke festival filem tersebut.
“Saya meminta hadiah dron sebagai hadiah hari jadi kerana amat menyukai mata pelajaran sains dan minat meneroka dunia dari sudut pandangan yang berbeza,” kata Royer kepada GWR.
Rakaman dron itu melayakkan dia dianugerahkan sebagai Juruterbang Dron Baharu Terbaik semasa di festival itu. “Memahami cara menerbangkan dron dengan selamat di negara dan lokasi berbeza adalah sukar. Anda perlu peka dengan persekitaran untuk mengelakkan lapangan terbang dan halangan seperti talian elektrik atau pokok,” ujarnya.
Atas sebab itu, Royer dinobatkan sebagai juruvideo dron termuda (kategori wanita) pada usia lapan tahun 268 hari.
“Ia sangat menakjubkan dan sangat mengujakan apabila rakan dan keluarga berbangga dengan pencapaian ini,” tambahnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.