Justin Bieber Digelar Hero Selepas Selamatkan Seorang Wanita Yang Dibelasah

Share

Nama Justin Bieber sering menjadi tajuk utama surat khabar dan laman web gosip popular di seluruh dunia sama ada dek kenakalannya atau pun kejayaan karier muzik.

Bila bercakap tentang kenakalan, nama Justin Bieber tidak pernah dapat lari apatah sebelum ini dia pernah terlibat dalam pergaduhan besar terutamanya di festival muzik. Namun kali ini cukup berbeza apabila namanya diangkat sebagai wira yang tidak didendang.

Walaupun terpaksa bertindak menggunakan kekerasan namun Justin Bieber dianggap netizen sebagai seorang yang mengambil berat terhadap kaum wanita.

Ini berikutan sebuah kejadian semasa berlangsungnya Festival Coachella di California. Menurut TMZ, Justin dan rakan-rakannya tiba di sebuah lokasi untuk bertemu dengan Patrick Schwarzenegger. Ketika sedang bersantai dengan rakan-rakannya, seorang lelaki yang tiba-tiba muncul mendekati seorang wanita di parti tersebut dan terus naik angin.

Sumber mengatakan lelaki tersebut berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol dan wanita tersebut berkemungkinan merupakan bekas kekasihnya.

Selepas mendekati wanita tersebut, lelaki berkenaan dikatakan mencekik lehernya dan enggan melepaskannya. Justin yang berada berdekatan segera menghampiri lelaki tersebut dan memintanya untuk dia melepaskan wanita itu. Akan tetapi, lelaki itu telah menengking dan memaki-hamun Justin dan memberi amaran agar tidak masuk campur.

ARTIKEL BERKAITAN: 7 Sebab Utama Kenapa Peminat Selena Gomez Menyayanginya

Melihatkan keadaan wanita tersebut yang dalam bahawa, Justin segera masuk campur dan ia sekali gus melibatkan pergelutan fizikal. Justin dikatakan telah memukul lelaki tersebut di bahagian muka dan menolaknya ke dinding.

Lelaki tersebut selepas itu ditedang keluar daripada parti tersebut. Dan menurut laporan lagi, dia kemudian mengejar sebuah kereta dan memukulnya kereta itu kerana menyangka Justin berada di dalamnya. Beberapa jam kemudian dia dilaporkan telah ditahan oleh pihak berkuasa.

Tahniah Justin kerana berani untuk step up dan bertindak apabila melihat keganasan terhadap wanita berlaku di depan mata. Tiada ruang untuk mereka yang bersikap ganas seperti itu dan semua orang harus memainkan peranan seperti yang dilakukan oleh Justin.

Namun apa yang Remaja boleh nasihatkan elakkan daripada memilih kekerasan sebagai pilihan pertama untuk menyelesaikan malasah. Hubungi pihak berkuasa kerana ia mungkin boleh membahayakan diri kamu juga. Jika sudah tiada pilihan lain, maka bertindaklah sewajarnya.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim