Justin Bieber Diserang Sindrom Ramsay Hunt, Kenali Gejala & Punca Penyakit

Share

Baru-baru ini, penyanyi popular Justin Bieber telah berkongsi sebuah berita duka tentang tahap kesihatannya yang mengalami lumpuh separuh wajah akibat diserang virus yang dikenali sebagai Ramsay Hunt Syndrome.

BACA: Justin Bieber Tangguh Konsert, Muka Senget Sebelah Akibat Diserang Virus

Hal itu telah menyebabkan bintang pop itu terpaksa menangguhkan konsert jelajahnya yang terdekat, Justice World Tour ke satu tarikh yang baharu.

Mungkin ada peminat yang tertanya-tanya, apakah itu sindrom Ramsay Hunt?

Menurut Public Health Malaysia, sindrom ini adalah keadaan neurologi yang disebabkan oleh virus varicella zoster, virus yang sama menyebabkan cacar air pada kanak-kanak dan kayap pada orang dewasa. Virus ini boleh kekal di dalam badan sepanjang hayat dan kembali aktif menyebabkan radang pada saraf.

Foto: Mayo Clinic

Untuk info, saraf yang melalui muka korang melalui saluran tulang yang agak sempit dan apabila ia meradang, ia membengkak dan kehilangan keupayaan untuk berfungsi. Penyakit ini boleh mengakibatkan lumpuh pada sebelah muka dan ruam yang menyakitkan serta melepuh.

Sesetengah pesakit mengalami perubahan dalam pendengaran mereka, mungkin merasakan bunyi lebih kuat pada satu telinga daripada yang lain atau mengalami tinnitus (deringan kronik di telinga). Sakit telinga dan muka biasanya merupakan sebahagian daripada sindrom, dan sesetengah pesakit mungkin mengalami vertigo.

Hanya kira-kira lima hingga 10 daripada setiap 100,000 orang akan mengalami sindrom Ramsay Hunt setiap tahun. Penyakit Ramsay Hunt mempunyai simptom yang hampir serupa dengan Bell’s palsy, yang juga boleh menyebabkan kelumpuhan muka.

Foto: Expert Chikitsa

Berikut adalah simptom-simptom bagi penyakit ini:

  • Perubahan dalam pendengaran
  • Sakit telinga dan muka
  • Berpunca daripada varicella zoster (virus sama untuk chicken pox)
  • Vertigo
  • Ruam di telinga luar
  • Lumpuh sebahagian saraf muka
  • Hilang deria rasa di bahagian 2/3 lidah

Bagaimanakah sindrom ini dirawat?

Kebanyakan pesakit yang mempunyai Ramsay Hunt pulih sepenuhnya, walaupun tempoh penyakit itu berbeza-beza. Ada yang mengambil masa berminggu-minggu, ada juga kes yang jarang berlaku lumpuh muka atau kehilangan pendengaran yang kekal.

Rawatan untuk Ramsay Hunt biasanya melibatkan pengambilan ubat anti-virus. Sesetengah pesakit juga mungkin diberi steroid. Terapi fizikal biasanya tidak disyorkan untuk pesakit, tetapi tidak akan memudaratkan.

Apa-apa pun diharapkan agar Justin Bieber kembali pulih seperti biasa dan disebabkan apa yang melanda bintang terkenal ini juga kita semua dapat mempelajari sesuatu yang baru kan?

BACA: ‘Berhijab’ Ketika Konsert, Justin Bieber Dituduh Persendakan Islam

Sumber: (1)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Noor Ain Norman