Drama Taylor Swift bermula lagi! Kali ini melibatkan bekas pengurus muzik, Scooter Braun dan Justin Bieber.
Semalam, memetik laporan E News! penyanyi lagu Me! itu meluahkan kesedihan apabila keseluruhan katalog lagu-lagunya sepanjang berada di bawah label Big Machine Record akan menjadi milik Scooter.
Berkongsi di laman Tumblr miliknya, Taylor berasa sedih kerana keringatnya sepanjang menjadi anak seni akan menjadi milik orang lain.
Untuk pengetahuan, Taylor memulakan kariernya sebagai anak seni di bawah label tersebut hinggalah pada November tahun lalu apabila dia menamatkan kontrak dan masuk pula label Universal Music.
Justin Bieber Marah
Susulan itu, penyanyi, Justin Bieber yang juga turut diurus oleh Scooter mengecam tindakan Taylor yang dilihat tidak matang apabila mengunakan media sebagai platform untuk mendapatkan simpati orang ramai.
“Selama ini Scooter banyak membantu kamu, jadi untuk kamu menggunakan media sosial untuk menyerang dia adalah tidak adil.
Ads
“Apa yang kamu dapat dengan berkongsi perkara ini? Pada saya, kamu macam meminta simpati orang ramai dan dengan berkongsi perkara seperti ini, peminat kamu akan memberikan sokongan pada kamu seterusnya menyerang Scooter.
“Satu perkara yang saya tahu, baik saya dan juga Scooter sayangkan kamu. Jadi, saya rasa Scooter akan boleh berbincang secara baik dengan kamu mengenai isu ini,” kata penyanyi What Do You Mean itu.
Isteri Scooter Turut Pertahan Suami
Dalam pada itu, isteri kepada Scooter iaitu Yael Cohen turut mempertahankan suaminya itu menerusi laman Instagram.
Ads
“Scooter dah pernah bagi peluang untuk kamu menjadi pemilik lagu-lagu kamu tapi kamu yang tak ambil peluang itu. Dan apa maksud kamu yang suami saya seorang pembuli?
“Sepanjang hidupnya, dia sering mempertahankan dan membantu orang lain yang dia percaya,” tulisnya.
Bagaimanapun, para peminat penyanyi itu yang dipanggil Swifties mempertahankan penyanyi kesayangan mereka dan mengecam tindakan Scooter. Malah, tanda pagar #WeStandWithTaylor turut trending di laman Twitter.
Thank You to those who are standing with us! • Katy • Selena • Miley • Nicki • Lana • Rihanna • Adele • Ariana • Halsey • Harry • Iggy • Joe Jonas and so many more stand with taylor#WeStandWithTaylor
Baru-baru ini, salah seorang anggota Dolla, Sabronzo menepis dakwaan mengenai dirinya menjalin hubungan dengan seorang ahli politik Malaysia.
Sabronzo atau nama sebenar, Wan Sabrina Wan Rusli (29) berkata, tuduhan yang tular di media sosial memaparkan seorang wanita mirip dirinya memasuki sebuah premis dengan individu terbabit adalah tidak benar.
Menurut Sabronzo, dia tidak pernah kenal atau mendekati mana-mana individu bergelar ahli politik di negara ini.
“Maaf, saya tak kenal siapa individu yang dimaksudkan itu. Saya pun tak tengok video yang viral itu”
Katanya yang ditemui oleh media selepas Konsert Jiwa Malaysia 2024 di Stadium Hoki, Bukit Jalil pada 8 September, “Itu bukan saya, saya tidak ada hubungan dengan mana-mana ahli politik di Malaysia. 100% itu bukan saya.”
Dalam pada itu, jejaka yang didakwa ahli politik dikatakan pernah mengikat tali pertunangan dengan seorang selebriti popular, namun berakhir dengan perpisahan.
Sabronzo juga berkata dirinya terkait mungkin disebabkan wanita dalam rakaman video berkenaan mirip dirinya.
“Saya tidak tahu nak respons apa. Mungkin orang kaitkan sebab perempuan dalam video itu seperti saya, sama gaya tetapi memang bukan saya. Lagipun pengguna internet sekarang kreatif,” tambahnya lagi.
Sementara itu, Sabronzo menjelaskan bahawa kini dia hanya memberi tumpuan terhadap kerjaya nyanyian. Namun, dirinya turut bersedia untuk memberi pengumuman rasmi kepada peminat sekiranya dia sudah menjalin hubungan cinta dengan mana-mana lelaki pilihan pada masa akan datang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Belia aset penting negara, harus diberi perhatian sewajarnya…
Golongan belia merupakan aset penting negara dan harus diberi perhatian sewajarnya. Oleh sebab itu Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan anugerah kepada tujuh belia cemerlang sempena Sambutan Gala Ulang Tahun Kelima Selangor Youth Community (SAY).
Pengurniaan anugerah itu juga adalah bersempena sambutan pencapaian lima tahun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu sejak penubuhannya pada 2017, bertemakan “Celebrating Achievements, Shaping Champions” (meraikan pencapaian, melahirkan juara).
Bekas Presiden Majlis Belia Malaysia Mohammad Syafiq Ridzwan Jamaluddin menerima Anugerah Belia Raja Muda Selangor yang julung kali diberikan manakala Adab Youth Garage memenangi Anugerah Organisasi Belia Terbaik atas usaha mereka menyediakan akses kepada pendidikan dan peluang kepada belia kurang berkemampuan di kawasan perumahan kos rendah.
Sementara itu, Anugerah Kepimpinan SAY diberikan kepada Dhiyaul M. Asyraf bagi kategori kesenian dan kreatif, Daphne Ng Chiew Yen (sukan dan kesejahteraan), Jason Fung (keusahawanan) dan Hairul Abdullah (khidmat masyarakat), manakala Izzah Ezureen Mohamed Yusoff muncul Peserta Pasukan Terbaik.
Turut hadir dalam majlis yang berlangsung malam tadi ialah Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor Dr Siti Mariah Mahmud dan Ketua Pegawai Eksekutif SAY Nurul Azwa Rodzi.
Tahniah kami ucapkan buat kesemua penerima anugerah ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kanta lekap mungkin kelihatan mudah pakai dan glamor.
Tetapi salah langkah, boleh buat mata sakit atau kurang daya penglihatan tau. Semakin ramai pemakai kanta lekap remaja yang mengalami masalah penglihatan akibat kesalahan yang mereka lakukan semasa pemakaian.
Baru-baru ini seorang pelajar kolej yang tertidur dengan kanta lekap menjadi buta sebelah mata selepas dijangkiti parasit yang jarang ditemui.
Remaja yang dimaksudkan ialah Mike Krumholz, 21 tahun tinggal di Florida memberitahu bahawa dia hanya tertidur seketika dalam 40 minit dengan memakai kanta lekap selepas membuat kerja sambilan di pusat jagaan kanak-kanak pada Disember lalu.
Apabila tersedar dari tidurnya, Mike mendapati matanya rasa tidak selesa dan berwarna merah jambu. Tambahnya lagi, keadaan matanya mengambil masa lebih sebulan untuk mendapatkan diagnosis yang betul selepas beberapa temu janji dengan doktor.
Tidak lama kemudian, doktor mendiagnosis Mike dengan jangkitan mata hingga boleh menyebabkan buta dan penyakit itu dipanggil sebagai Keratitis Acanthamoeba. Penyakit ini jarang ditemui dan gejala yang terdapat dalam penyakit tersebut adalah sakit mata, kemerahan, penglihatan kabur, kepekaan terhadap cahaya, sensasi sesuatu pada mata, dan koyakan yang berlebihan.
Kejadian yang menimpa Mike Krumholz menyebabkan dia tidak boleh lagi bekerja dan sukar menyambung pengajian di universiti.
Untuk pengetahuan korang, bukan hanya tidur, memakai kanta lekap terlalu lama sahaja sudah boleh berisiko 7 kali lebih tinggi mengalami keradangan pada kornea (keratitis).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sepasang sudah anak Song Joong Ki pasangannya Katy Louise Saunders.Katy Louise Saunders selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Rom, Itali...