Suami kepada Hailey Bieber ini mencapai kemuncak jaya di dalam dunia hiburan sejak dari kecil lagi. Bermula dengan ‘One Time’ sehingga kepada lagu yang menjadi fenomena dalam lipatan kerjayanya, ‘Baby’, tenyata selebriti asal Kanada ini berada dalam kelasnya yang tersendiri.
Walaupun bergelar seorang penyanyi dan penulis lagu, Justin juga mempunyai minat yang tinggi dalam fesyen sehinggga memiliki jenama fesyennya sendiri yang dikenali sebagai Drew House.
Selain itu banyak kolaborasi bersama jenama terkenal sudah dia miliki. Yang terbaru menerusi kolaborasi bersama Crocs!
Mungkin ada di kalangan korang yang tidak gemar rekaan sepatu jenama ini, namun Justin selama ini memang setia mengenakan sepatu ini tidak kira di mana sahaja.
Menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya kira-kira seminggu lalu dia memuat naik sepasang sepatu Crocs rona kuning dan akhirnya berita itu disahkan oleh jenama itu sendiri.
Kolaborasi menerusi Drew House milik Justin ini menampilkan rekaan sepatu klasik Crocs unisex yang boleh digayakan semua orang. Paling comel ia turut hadir bersama Jibbitz yang diinspirasikan oleh Justin sendiri.
“Terima Kasih Untuk 35 Tahun,” Padam Foto Di IG, ELLA Beri Bayangan Tinggalkan Dunia Muzik
Siapa tak kenal dengan insan disebalik lagu ‘Standing In The Eyes Of The World’.
Norzila Aminudin atau lebih dikenali dengan Ella mula menjejak kaki dalam industri muzik tanah air pada sekitar tahun 1983, nama Ella kian menyinar dan masih teguh sehingga kini dengan sinonim dengan gelaran Ratu Rock .
ARTIKEL BERKAITAN : “Saya Takkan Tanya Bella OK Ke Tak, Tapi..” Wani Kayrie Dedah Caranya ‘Handle Drama’ Dalam Famili Duo 2
Namun, beberapa jam lepas menerusi hantaran di laman Instagram milik Ella, 57 beliau menulis kaption penghargaan kepada orang ramai seolah-olah memberi bayangan mahu bersara dan berhenti dalam perjalanan karier seninya.
“Terima Kasih untuk 35 tahun”, tulisnya ringkas.
Wakil Pengurusan Juga Tidak Pasti
Menurut laporan Mstar melalui wakil pengurusannya yang dikenali sebagai Peah. Dia memalklumkan bahawa pihaknya juga tidak dapat memastikan perkara tersebut disebabkan apa yang dilakukan itu datang dari hati ratu rock tersebut.
Peah bagaimanapun yakin Ella tidak mungkin akan berundur daripada industri muzik tanah air dalam masa terdekat.
“Saya pun tidak boleh nak beri komen panjang tentang tindakan memadam semua gambar di IG itu kerana ia adalah dari hati Ella sendiri. Rasanya lebih baik dia sendiri yang memberi jawapan.
“Saya tidak pasti apa yang terbuku dihatinya sekarang ini. Namun, sebagai pihak pengurusan rasanya tidak mungkin dia akan mengundurkan diri kerana nama Ella sudah cukup sinonim dalam industri muzik,”
Tambahnya lagi, Kapsyen yang ditulis Ella itu merupakan tanda penghargaan atas sokongan peminat termasuk generasi baharu yang meminati lagu-lagu nyanyiannya.
Kata-Kata Semangat
Rata-rata rakan-rakan selebriti dan peminat memberikan kata-kata semangat di ruangan komen.
Sedikit info mengenai Ella, dia dilahirkan pada 31 Julai 1966 di Gelugor, Pulau Pinang dan telah dibesarkan di Klang, Selangor.
Ella bukan saja berjaya mencipta populariti di Malaysia, malah namanya juga telah berjaya menembusi industri muzik di Indonesia apabila album duet beliau bersama penyanyi terkenal Indonesia, Deddy Dores telah berjaya dijual 100,000 unit di negara tersebut. Ramai yang berpendapat, keunikan uara dan bakat yang dimiliki Ella adalah faktor yang mampu menarik perhatian peminat.
BACA LAGI : Pentas Istana Budaya ‘Panas’ dengan Aksi Lincah Ratu Rock Malaysia
Sumber : Instagram Ella, Mstar
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pekerja Kedai Kek Ini Hasilkan Lukisan Tangan Kreatif, Hasilnya Sangat WOW
Bukan semua individu dikurniakan bakat seni seperti melukis. Jadi, bagi mereka yang mempunyai kebolehan melukis sudah tentu ini menjadikan satu kelebihan buat mereka.
Seorang pengguna di laman Twitter yang dikenali sebagai @wafanorsyazana telah pun berkongsi tentang seorang rakannya yang bekerja di Secret Recipe yang mempunyai bakat melukis yang luar biasa.
Biasanya jika membeli kek, hanya ucapan seperti Happy Birthday sahaja yang akan ditulis dengan tulisan berangkai seumpamanya. Namun, rakannya Aina ini mampu untuk melukis di atas kek dan dia juga telah merealisasikan permintaan adik Wapa yang meminta gambar Unicorn di kek hari lahirnya.
Perkongsian ini telah pun mendapat hampir 13 ribu tanda suka dan 9 ribu retweets di laman sosial tersebut.
Wapa juga turut berkongsi antara hasil seni lukisan atas kek yang dihasilkan oleh rakannya itu.
Memang terbaik dan sangat kreatif!
Bagi korang yang tertanya-tanya bagaimana kek itu boleh dipegang secara menegak, Wapa juga menerangkan bahawa kek itu sebenarnya fake cake atau lebih dikenali sebagai dummy cake. Kebiasaannya, dummy cake ini digunakan oleh staff untuk belajar menulis di atas cake. Aina mencurahkan bakatnya atas kek tersebut dan icing cream yang berwarna itu juga disediakan sendiri oleh Aina kerana ingin saja-saja melukis.
Walau bagaimanapun, tidak semua cawangan Secret Recipe menawarkan servis lukisan kek seperti ini. Khabarnya, Aina bekerja di cawangan Star Avenue, Subang. Sama ada caj tambahan dikenakan atau pun tidak, korang kenalah tanya sendiri okay. Hiks!
Hm, selepas ini kami pun nak singgah ke Secret Recipe Star Avenue jugalah. Hehe!
Sumber: wafanorsyazana
Kai Exo Bakal Jalani Latihan Ketenteraan Mulai Esok, Ini 5 Fakta Menarik Mengenainya!
“Kebahagiaan kami telah dirampas….”
Itulah yang dikatakan oleh peminat tegar ahli kumpulan kumpulan K-Pop terkenal, Kai apabila agensinya mengumumkan bahawa penyanyi tersebut akan memulakan perkhidmatan tenteranya mulai esok (11 Mei).
ARTIKEL BERKAITAN: Ahli BTS Sah Jalani Latihan Ketenteraan, Bermula Dengan Jin
Menurut agensi penyanyi tersebut, SM Entertainment mengumumkan bahawa Kai akan menerima latihan asas ketenteraan, dan kemudian berkhidmat sebagai pekerja perkhidmatan awam.
Bagi mereka yang kurang mengenali Kai atau mahu tahu lebih lagi mengenainya, berikut merupakan 5 fakta menarik berkaitan penyanyi lagu Rover ini:
Kai ialah duta Gucci global pertama Korea
Pada tahun 2019, Kai EXO telah dilatik sebagai Duta Global Korea pertama bagi jenama fesyen mewah global Gucci. Bahkan beliau pernah berkerjasama dengan jenama itu untuk mengeluarkan koleksi kapsul edisi terhad yang menjadikannya selebriti Korea pertama yang pernah berbuat demikian. Koleksi Kai x Gucci berkisar tentang obsesinya terhadap anak patung beruang (teddy bear), maka motif tersebut dicopkan pada beg tangan bermonogram, barangan kulit, kasut dan pakaian.
Sebaik sahaja koleksi itu dilancarkan, ianya terjual hampir serta-merta. Memang sold out terus! Menurut Lyst, ianya juga menyumbang kepada peningkatan dalam carian untuk Gucci sebanyak 264 peratus, sekaligus membuktikan lagi kuasa pengaruh Kai terhadap industri fesyen.
Merupakan BFF kepada Shinee Taemin
Persahabatan akrab dua penyanyi terkenal ini bermula dari zaman remaja lagi, ketika mereka masih lagi bergelar pelatih (trainee) di syarikat tersebut. Dari awal persahabatan lagi, mereka dikenali sebagai duo yang pakar menari dan sering berlatih menari bersama-sama apabila ada masa lapang.
Selama bertahun-tahun, Kai dan Taemin sering dilihat keluar makan bersama dan berjalan-jalan lewat malam oleh Dispatch dan peminat.
Mempunyai latar belakang tarian Balet & Jazz
Penyanyi berusia 29 tahun itu sering dilabelkan sebagai salah seorang penari terbaik dalam sejarah Industri Pop Korea. Namun tahukah anda, beliau telah dilatih dengan elemen tarian Balet dan Jazz dari usia semuda 8 tahun lagi.
Maka, tidak hairanlah apabila penonton yang menyaksikan persembahannya sentiasa terpaku dengan lenggok tariannya yang ‘soft but impactful’.
Mempunyai kulit sawo matang yang menawan
Berbeza dengan majoriti penyanyi K-Pop yang berkulit cerah, beliau memiliki kulit sawo matang yang cukup menawan sekali.
Meskipun industri hiburan Korea terkenal dengan ‘beauty standard’ yang sangat rigid, kehadirannya sebagai idola K-Pop berkulit sawo matang berjaya membuktikan bahawa warna kulit bukan penentu kecantikan dan bakat seseorang itu.
Sering disamakan dengan beruang
Dek kerana similariti fizikal dan wajahnya yang menyerupai beruang, peminat mula memanggilnya dengan nama haiwan tersebut dan akhirnya dia sendiri menerima hakikat tersebut.
Kini dia sering dilihat memakai pakaian yang mempunyai logo beruang, memanggil dirinya beruang dan sebagainya. Bahkan nama kelab peminatnya ialah erigoms, di mana ‘gom’ bermaksud ‘beruang’.
BACA LAGI: Angkara Obses Dengan Jimin BTS, Pelakon Kanada Meninggal Dunia Selepas Jalani 12 Pembedahan
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Kosmo, Berita Harian