Kumpulan hip hop yang berasal dari Sabah, Kclique telah pun mendapat pencalonan dalam kategori Best Southeast Asia Act mewakili rantau Asia Tenggara bagi Anugerah Muzik Eropah MTV (MTV EMA) 2020 yang akan berlangsung pada 8 November depan.
Turut dicalonkan dengan kumpulan hip hop itu adalah Agnes Monica (Indonesia), Ben&Ben (Filipina), Benjamin Kheng (Singapura), Violette Wautier (Thailand) dan Jack (Vietnam).
Kumpulan yang dianggotai oleh 8 orang termasuk MK, Noki, Tuju, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas sebelum ini popular dengan lagu Mimpi duet bersama Alif Sleeq. Memulakan kerjaya nyanyian mereka seawal tahun 2014, namun sekitar setahun yang lepas nama mereka semakin dikenali kerana sebelum ini Kclique hanya bergerak secara indie dan underground.
Undian telah pun dibuka sekarang di laman web mtvema.com dan akan ditutup pada 2 November nanti. Selain itu, pencalonan MTV EMA 2020 turut didominasi oleh Lady Gaga, kumpulan Kpop BTS dan diikuti oleh Justin Bieber.
Tahniah kami ucapkan kepada Kclique kerana telah berjaya dicalonkan dalam anugerah berprestij ini. Bagi peminat kumpulan hip hop ini, korang boleh mula mengundi sekarang.
Jumlah ‘Dislike’ 3 Kali Ganda Dari ‘Like’, Aisar Khaled Tak Kisah Dikecam Asalkan Viral?
Kecoh di media sosial apabila seorang instafamous, Aisar Khaled menyiarkan video eksperimen 1000 babi air yang melibatkan dua orang rakannya, Asad Motawh dan syasyarushdiena. Video yang telah dilancarkan pada dua hari lalu menerima kecaman hebat daripada netizen kerana menyifatkan ia adalah satu pembaziran.
Walau bagaimanapun, Aisar telah memohon maaf dan berjanji untuk lebih berjaga-jaga dalam memilih content selepas ini.
Video Experiment 1000 Babi Air ini telah menerima 32 ribu dislikes, berbanding hanya 10 ribu Likes.
Aisar juga turut memuat naik video permohonan maaf di laman Instagram sebentar tadi. Anak muda ini mengakui kesilapannya dan menjelaskan bahawa dia akan lebih berhati-hati serta berfikir baik-buruk sebelum menyiarkan sesuatu content itu.
Nak buat macam mana, nasi sudah menjadi bubur. Diharap selepas ini Aisar lebih sensitif untuk memilih content videonya di YouTube.
Sumber: Aisar Khaled
“Tersepit” Antara Mahu Bersedekah Atau Membayar Hutang? Dengar Perkongsian Ustaz Ini
Sejak berlakunya banjir besar di beberapa negeri di Malaysia, dapat dilihat orang awam tanpa mengira bangsa, agama dan warganegara telah tampil memberikan bantuan dan sedekah untuk mangsa-mangsa banjir.
Ramai yang tahu kebaikan bersedekah.
Di dalam surah al-Baqarah ayat 261 membawa maksud, “perumpamaan orang-orang yang mendermakan (sedekah) harta bendanya di jalan Allah, seperti (orang yang menanam) sebutir biji yang menumbuhkan tujuh untai dan tiap-tiap untai terdapat seratus biji dan Allah melipat gandakan (balasan) kepada orang yang dikehendaki, dan Allah Maha Luas (anugerahNya) lagi Maha Mengetahui.”
ARTIKEL BERKAITAN : Wajah Ustaz Kazim Berubah 70% Dari Rupa Asal Gara-gara Penyakit ‘Ain
Tidak hairanlah, ramai berkongsi sidikit wang dan harta benda yang ada untuk diberikan kepada orang lain dengan harapan dan doa, agar sedekah itu membantu kita di akhirat nanti.
Masa yang sama, ramai terbelenggu dengan hutang. Meminjam dari kawan, membuat pinjaman bank untuk membeli rumah, kereta, kad kredit dan banyak lagi. Hinggakan apabila dapat gaji selepas di tolak hutang piutang yang ada, hanya tinggal suku saja dan nyawa-nyawa ikan untuk sampai ke gaji semula.
Hal ini membuatkan kita “tersepit” antara mahu bersedekah sedikit atau menyimpannya untuk sisa-sisa menunggu gaji baru.
Jadi dalam hal ini, mana patut kita utamakan dahulu? Memberi sedekah yang sedikit atau mendahulukan hutang yang kita ada terutama meminjam dari kawan-kawan, saudara mara dan sebagainya.
Apa yang perlu korang faham ialah, dahulukanlah HUTANG korang tu berbanding bersedekah kerana ibadah sedekah itu sunat sahaja. Dalam erti kata lain, buat dapat pahala, tak buat tak mengapa.
REMAJA kongsikan video Tik Tok dari Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani dalam hal ini.
Kenapa perlu utamakan hutang dahulu?
Dari Anas bin Malik berkata: “Kami pernah bersama Rasulullah SAW, lalu baginda mendatangi seseorang yang sedang disolatkan. Baginda pun bertanya, “Apakah sahabat kalian ada memiliki hutang?” Mereka menjawab, “Ya.”
Lalu baginda bersabda: “Lalu apa manfaatnya bagi kalian jika aku mensolatkan orang yang rohnya pun tidak naik ke langit? Jika ada orang yang menjamin hutangnya, aku akan mengerjakan solat untuknya kerana sesungguhnya solatku akan bermanfaat baginya.” (Riwayat at-Tabarani)
Dalam satu hadis lain, Rasulullah SAW pernah bersabda: “Diampunkan semua dosa bagi orang mati terkorban syahid, kecuali jika dia mempunyai hutang (kepada manusia).” (HR Muslim).
Begitu juga hadis lain menyebut, “Jiwa seorang Mukmin tergantung kerana hutangnya hingga hutangnya dilangsaikan.” (HR Tirmizi, Ibnu Majah dan Baihaqi)
Doa tolak hutang
Tidak dinafikan, ada kala kita terbelenggu dengan hutang dan buntu bagaimana nak atasinya. Janganlah rasa gusar kerana selagi kita tekad membayarnya, Allah lebih mengetahui niat kita. Jangan pula buat tak reti hal berhutang kerana roh orang yang berhutang tergantung di akhirat kelak.
Masa yang sama, bacalah ayat jauhi hutang ini agar kita bebas dari belenggu hutang.
Doa itu dianjurkan Nabi Muhammad SAW kepada Mu’az bin Jabal:
‘Allahumma inni a’uzubika minal hammi walhazan wa’a’uzubuki minal ajzi walkasal, wa’a’uzubika minal jubni wal buhl, wa’a’uzubika min ghalabatid daini waqahrir rijal’
(Ya ALLAH Ya Tuhan, aku berlindung kepada kamu daripada sifat dukacita dan sedih, daripada lemah dan malas, daripada takut dan bakhil, dan daripada berhutang dan tekanan manusia).
Sedekah bukan sekadar duit tapi pengertian sedekah itu luas
Ramai berfikir, ada duit baru boleh sedekah. Untuk pengetahuan korang, sedekah itu luas pengertiannya, bukan pada duit saja. Sesuai dengan satu hadis ini.
Abu Hurairah r.a berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Setiap ruas tulang manusia harus disedekahi setiap hari di saat terbitnya matahari: berbuat adil terhadap dua orang (mendamaikan) adalah sedekah; menumpangkan seseorang naik kenderaan, membimbingnya dan mengangkat barang bawaannya adalah sedekah, ucapan yang baik adalah sedekah; Berkata yang baik juga termasuk sedekah. Begitu pula setiap langkah berjalan untuk menunaikan soolat adalah sedekah. Serta menyingkirkan suatu rintangan dari jalan adalah sedekah.” (HR. Bukhari dan Muslim).
Dalam hal sedekah ini dalam surah Ali Imran ayat 92 menyebut, “kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan (sebagian harta) yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
Semoga Allah mengampuni dosa kita dan memberikan rahmat buat kita di dunia mahu pun akhirat.
**
BACA LAGI : Pertikai Status Halal Masakan Gurdwara Untuk Mangsa Banjir, Dr Zulkifli Tampil Beri Penjelasan
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dua Staff Rapid Rail Positif COVID-19, Perkhidmatan Dijamin Masih Selamat
Dengan kecanggihan teknologi sekarang, sudah tentu ramai diantara kita mengunakan kemudahan awam seperti LRT untuk pergi ke kampus atau ke tempat kerja.
Namun, angka kes positif pandemik COVID-19 di negara kita yang kekal di empat angka, pasti merisaukan pengguna kemudahan awam ini yang semestinya terdedah dengan ramai orang.
Terbaru, Rapid Rail Sdn Bhd memberi tahu bahawa dua staff operasi mereka disahkan positif COVID-19
“Dua staf operasi LRT laluan Kelana Jaya yang bertugas sebagai pegawai stesen, disahkan positif COVID-19 dan kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Memberi jaminan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) Kelana Jaya dan rangkaian-rangkaian rel lain kendalian Rapid Rail adalah selamat meskipun dua kakitangan operasi laluan Kelana Jaya didapati positif COVID-19.
Dalam satu kenyataan, syarikat itu memaklumkan, tren-tren berkenaan telah ditetapkan untuk menjalani kerja-kerja pembasmian kuman dan pembersihan setiap hari semasa waktu puncak dan selepas operasi.
“Dua staf operasi LRT laluan Kelana Jaya yang bertugas sebagai pegawai stesen, disahkan positif COVID-19 dan kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Bagaimanapun, korang diingatkan sentiasa mematuhi SOP ditetapkan, khususnya memakai pelitup muka dengan kemas sepanjang masa, sentiasa mencuci tangan dengan cecair pembasmi kuman serta mengambil suhu badan dan mendaftar dengan aplikasi MySejahtera atau di buku log sebelum memasuki tren.
Take care guys!
Sumber : Bernama