Bersempena acara K-Culture Festival di Malaysia pada tahun 2021, Golden Screen Cinemas (GSC) menawarkan tiket tayangan percuma bagi tiga buah filem keluaran Korea Selatan; masing-masing berjudul Seobok, Minari dan The Hypnosis.
Tayangan percuma ini bakal bertempat di pawagam GSC Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur dari 2 hingga 5 Disember 2021 dan tiket tayangan diberikan secara percuma kepada orang ramai ihsan kedutaan Korea di Malaysia!
Menurut paparan info oleh pihak GSC, penonton boleh mula menebus e-tiket percuma menerusi GSC e-Payment, GSC Mobile App atau GSC e-kiosk di GSC Mid Valley bermula 29 November (Isnin) dari jam 12 tengah hari; sementara tiket masih ada.
Ads
Ini bermakna penebusan tiket adalah berdasarkan cara first-come, first-served. Dua tiket akan diberikan bagi setiap penebusan.
Jom rebut dan redeem tiket yang ditawarkan ini selagi ia masih ada. Selain daripada menonton secara percuma, korang juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik apabila menyertai permainan mudah di tapak yang disediakan oleh GSC.
Ads
Ads
Jom lihat trailer bagi tiga buah filem yang bakal ditayangkan ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi berbakat besar, Aisha Retno menzahirkan rasa terkilan dan kecewa apabila wujud rakan selebriti yang kurang senang dengan pencapaian menerusi karier seninya.
Menurut penyanyi lagu popular Sutera itu, dia berbangga dengan setiap pencapaian yang diraih tetapi dalam masa sama kecewa kerana terasa dianiaya rakan seindustri.
“Memang rasa tekanan bila orang sudah meletakkan harapan yang tinggi. Perkara itu bukan sahaja saya rasa daripada netizen tetapi juga individu dalam industri muzik yang ada cubaan menunjukkan sisi kedengkian mereka.
“Lama-kelamaan perkara itu semakin ketara sedangkan saya hanya pamer kemampuan diri, tetapi rupa-rupanya ada pula yang tak puas hati,” katanya.
Tambah Aisha lagi, perkara tersebut sememangnya menganggu fikirannya termasuk sepanjang bertanding dalam rancangan realiti ini. Dia bagaimanapun enggan meletakkan sebarang justifikasi sama ada diganggu dengan ilmu hitam atau sebaliknya.
“Benda ini memang agak kacau mental saya sepanjang bertanding di THSS. Ganggu bukan secara terang-terangan tetapi mereka ada misi. Saya tak berani nak beritahu sama ada mereka cuba jatuhkan atau apa tetapi antara caranya ialah menjauhkan diri.
“Apabila ada benda begitu muncul, memang kacau. Saya pula memang jenis yang tak suka drama begini. Apa yang saya alami ialah kesakitan mental dan fizikal tetapi mungkin juga disebabkan keletihan tetapi memang ada berlaku perubahan dalam diri,” tuturnya lagi.
Katanya, sifat dengki sedemikian membuatkan dirinya berasa terkilan tetapi dalam masa sama terkejut kerana individu tersebut pernah menjadi idolanya sebelum ini.
“Saya terkilan dan kecewa sebab saya pernah mengidolakan mereka ketika mula masuk industri. Agak terkejut sebab tidak semua orang baik. Saya sedih bila berlaku begini sebab tak sangka industri muzik Malaysia yang kecil begini pun ada perkara sebegini.
“Syukur saya dipagari dengan ibu bapa yang ada ilmu agama, minta dijauhkan perkara sebegitu (sihir). Apa pun saya akan ‘jalan terus’ dan beri tenaga yang maksima untuk kerjaya seni sebab ini sumber pendapatab saya,” ujarnya lagi.
Menerusi THSS akhir semalam menyaksikan, Aisha salah seorang peserta yang diumumkan sebagai pemenang tempat keempat.
Kemenangan tersebut memberinya wang tunai RM5,000, pakej pelayaran dan trofi sumbangan Astro.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak tahun 2015, banyak perkara telah berlaku kepada Justin Bieber.
Hubungan cinta yang terjalin semula dengan Selena Gomez, #Jelena putus semula dan perkahwinan dengan Hailey Baldwin (sekarang Hailey Bieber). Macam-macam sudah berlaku kepada Justin; kecuali lagu baharu.
Selain 3 single kolaborasi iaitu Despacito bersama DJ Khaled, I Don’t Care bersama Ed Sheeran dan remix Bad Guy bersama Billie Eilish (we are going to pretend we have not listened to that), Justin seakan menjauhkan diri daripada dunia seni.
Hinggalah pada hari ini!
Justin secara rasmi telah melancarkan single pertama berjudul Yummy daripada albumnya yang bakal muncul pada tahun 2020. Dan ramai yang meramalkan dia akan mengulangi kejayaan album Purpose sebelum ini.
Yummy menceritakan hubungan istimewanya bersama isteri, Hailey Bieber di mana Justin menganggap Hailey sebagai insan nombor SATU dan yang terpenting untuknya.
Video muzik rasmi Yummy akan dilancarkan pada 1 pagi ini (5 Disember): jadi jangan ketinggalan untuk menyaksikannya.
Dengarkan Yummy di SINI dan komen sama ada ia sesedap tajuknya atau tidak.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perbuatan yang dianggap suka-suka. Konon mahu bergurau jika tak disenangi, anda boleh didakwa atas tuduhan mencabul.
Tak kisah dia rakan sekerja. Kawan satu sekolah. Kawan baru kenal atau berlaku di tempat awam. Asal ada aduan, polis terus bertindak selepas laporan dibuat.
Sabit kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, hukuman penjaranya 10 tahun, denda atau sebat atau kedua-duanya sekali.
Awas ya, kalau orang yang anda sentuh itu di bawah usia 18 tahun, selepas pindaan Julai lalu di bawah Akta Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, kesalahan ini terletak di bawah Seksyen 14 yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan juga sebat.
Baca perkongsian dari ASP Radhiah binti Mamat, 36 tahun dari Bahagian Siasatan Seksual Wanita & Kanak-Kanak Ibu Pejabat Kontijen Kuala Lumpur (IPK Kuala Lumpur) mengenai isu ini.
Tak kira, lelaki sama lelaki. Perempuan dengan perempuan atau berlainan jantina, asal aduan dibuat, anda boleh disiasat di bawah seksyen ini.
Menyedari ramai mangsa lebih suka mendiamkan diri, kata ASP Radhiah ia satu kerugian kerana suspek akan mencari mangsa lain seterusnya dan jenayah ini mungkin tidak terbendung.
Ditanya lokasi mana suspek selalunya aktif, katanya dalam pengangkutan awam seperti LRT, bas, komuter selain di pusat membeli-belah. Tak kurang juga kejadian kerap berlaku di sekolah, tempat kerja dan sebagainya.
“Kalau kejadian berlaku di tempat awam, jerit sekuat hati untuk menarik perhatian masyarakat yang boleh bersama-sama menangkap suspek. Kalau sempat ambil gambarnya dan datang terus ke balai polis.
“Jika berlaku di pejabat, datang ke balai dan kita akan memanggil suspek ke balai. Jika di sekolah atau asrama, adu kepada guru yang bertugas supaya hal ini dapat diselesaikan.
“Pihak polis tiada spesifik tentang masa laporan. Bila-bila pun boleh. Lagi cepat lagi bagus kerana cabul ini tiada kesan seperti air mani sebagaimana kes rogol. Asal ada laporan, pihak polis akan jalankan siasatan,” katanya memaklumi pihak polis menerima banyak aduan berkaitan kes-kes ganguan seksual dan berharap masyarakat menyedari hak mereka.
Ramai remaja sekolah tak sedar hal ini
Sepanjang mengendalikan kes di Unit D11 ini, rakan sekerjanya, Inspektor Nurul Akma memaklumkan ramai beranggapan perbuatan menepuk bahu, menyentuh payudara, meramas punggung dan memeluk dari belakang itu gurauan semata yang mana mereka akan sama-sama mentertawakan mangsa.
“Semua dianggap gurauan. Tapi jika pengadu membuat laporan kerana berasa tidak selesa dengan perlakuan itu, kita akan jalankan siasatan,’ katanya.
Dalam pada itu, beliau memaklumi kebanyak suspek kes ini tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
“Ada dua kemungkinan. Sama ada mangsa malu dan kedua lebih senang diamkan diri dan kerana itulah tiada tangkapan dibuat terhadap suspek,”katanya memaklumi tiada justifikasi “muka ganas” atau “muka baik” pelakunya tetapi perbuatan ini adalah satu jenayah yang tidak wajar dipandang remeh.
Ditanya dalam konteks remaja bercinta di mana sering kali berlaku sentuhan satu sama lain, perbuatan ini boleh dijurus kepada cabul jika salah seorang pasangan tidak menyukainya dan ada membuat aduan kepada pihak polis.
“Tak kisah mereka pasangan kekasih, kalau memang pada masa kejadian seperti dilaporkan, kita tetap akan siasat. Kalau terbukti, kita akan bawa suspek ke muka pengadilan.
“Samalah kalau mereka tinggal di asrama. Mungkin sekadar gurau-gurau tetapi perbuatan menyentuh mana-mana anggota tanpa kerelaan adalah satu jenayah iaitu cabul,”katanya menasihati remaja untuk memahami hak.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Persatuan Alumni Universiti Malaya (UM) malam tadi menyambut kehadiran bekas graduannya di Majlis Makan Makan Alumni Universiti Malaya secara gilang-gemilang.Bertempat di Dewan Tunku Canselor,...