Goblin bakal kembali untuk musim ke dua. Bestnyaaaaaa!!!!!!!!!!!
Berita ini disahkan oleh Dramacool.info di mana siri Goblin yang pernah viral 2 tahun lalu bakal menemui semua peminat K-Drama di kaca tv. Sebelum ini, pelakon utama Goong Yoo mengesahkan, bahawa kisah percintaan tuhan sepi ini masih belum tamat, dan bakal disambungkan. Namun, sehingga awal tahun ini masih belum terlihat hasilnya.
Sehinggalah baru-baru ini, kesemua pelakon-pelakon asal drama ini dan pihak produksi telah mengadakan sesi bacaan skrip dan dijangkakan bakal menemui semua peminat Disember tahun ini.
Ads
Goblin menceritakan tentang seorang pahlawan zaman Goryeo mati dibunuh oleh raja muda kerana dituduh mengkhianat raja dan negara sendiri. Oleh kerana dia tidak bersalah, dia merayu kepada tuhan agar tidak dilahirkan semula (menurut kepercayaan Buddha) sehingga dia berjaya membalas dendam terhadap orang yang memfitnahnya. Doanya diperkenan dewa untuk hidup selama-lamanya dan hanya akan mati jika dia berkahwin dengan ‘Pengantin Goblin’. Setelah sekian lama dia hidup sebagai dewa sepi, Goblin bertemu dengan seorang gadis muda yang juga merupakan bakal isterinya.
Ads
Drama yang disiarkan di TVN ini mendapat rating tertinggi bukan sahaja di Korea Selatan, malah seluruh dunia terutamanya Asia. Goblin The Lonely And Great God ini dibintangi oleh pelakon hebat Goong Yoo, Lee Dong Wook, Kim Go Eun, Yoo In Na, Yook Sungjae.
Ads
Tak sabarnya nak tunggu Disember. Nak tahu juga apa sambungan cinta Eun tak dan Kim Shin, Grim Reaper dan Sunny walaupun peminat Goblin dan dapat tengok adengan romantik Lee Dong Wook dan Yoo In Na dalam Touch Your Heart.
Walaupun ada mengatakan ianya hanya prank tahun lalu, tapi jika betul pun, why not kan? Kena doa banyak-banyak ni. Nak kami belanja klip drama Goblin sikit.
https://www.youtube.com/watch?v=4mTUUQ1qbsw
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pempengaruh, Ariz Ramli atau lebih dikenali dengan panggilan Caprice terpaksa akur dengan arahan pihak berkuasa untuk memadamkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang didakwa memaparkan kejadian pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim disimbah asid oleh dua orang pelaku pada 5 Mei lalu.
Menerusi hantaran di Instagram sebentar tadi, Caprice berkata dirinya perlu mengikut dan menghormati arahan berkenaan.
“Maaf. Dapat panggilan untuk padam rakaman CCTV dari The Star pagi tadi. (Platform-platform media) lain pun dinasihat untuk jangan muat naik atau kongsikan CCTV kes Faisal Halim.
“.. Kami perlu ikut dan hormati arahan mereka,” catat Caprice dalam bahagian kapsyen.
Pada pandangan Caprice, sebarang sedutan CCTV, rakaman kamera papan pemuka (dash cam) dan kelibat saksi boleh membantu pihak Polis Diraja Malaysia agar orang ramai yang mengesan jenis motosikal, topi keledar atau individu-individu yang berada dalam paparan video itu boleh tampil ke hadapan untuk membantu siasatan.
Begitupun, Caprice enggan mengeruhkan keadaan dan menghormati arahan yang diterimanya. Tinjauan REMAJA di media sosial juga mendapati beberapa platform media mula memadamkan rakaman CCTV itu daripada akaun masing-masing.
Menerusi video berdurasi 56 saat itu, kelihatan seorang lelaki bertopi sedang menunggu di sebuah kereta hitam sambil memerhatikan individu yang dipercayai merupakan Faisal sedang berjalan ke arah keretanya di sebuah pusat beli-belah.
Sebaik ingin membuka pintu kereta, lelaki bertopi kelihatan berulang kali menyimbah asid terhadapnya sebelum melarikan diri bersama seorang rakan komplot yang sedang menunggu bersama motosikal di tepi lokasi kejadian.
Sehingga lewat petang tadi, warganet tertanya-tanya sama ada video berkenaan adalah klip asli atau tidak sehinggalah Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengeluarkan kenyataannya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, video tersebut adalah bahan bukti yang masih dalam siasatan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan tidak wajar disebarkan bagi menjaga sensitiviti mangsa serta keluarga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa tidak kenal pelakon terkenal negara seberang ini, Putri Marino. Kini, nama baiknya dari hari ke hari semakin meniti dari ke bibir para peminatnya selepas memegang watak Kinan menerusi sebuah naskhah bersiri, Layangan Putus.
Kehandalannya menjiwai watak dalam siri tersebut telah menerima pujian yang luar biasa dari para pecinta drama. Malah, ramai yang menyifatkan Marino sangat padan melakonkan watak tersebut.
Terbaharu, pelakon ini membintangi filem aksi komedi Indonesia pertamanya berjudul The Big 4 arahan Timo Tjahjanto. Filem yang berkisarkan tentang seorang detektif yang mematuhi undang-udang yang menyiasat kematian bapanya dan mengikut jejak pembunuh ke sebuah pulau tropika itu sudah menemui penonton Netflix sejak 15 Disember 2022.
Berikut adalah beberapa fakta menarik Putri Marino:
Nama & Kelahiran Putri Marino
Nama panjang pelakon ini ialah Ni Luh Dharma Putri Marino dan merupakan kelahiran Denpasar, Bali, Indonesia pada tanggal 4 Ogos 1993.
Mula Karier Seni Sebagai Pengacara.
Putri Marino memulakan karier dalam industri seni tempatan menerusi rancangan kembara My Trip My Adventure. Dia telah berjaya mengisi program tersebut dengan menerokai beberapa lokasi yang indah di serata Indonesia. Ya, tidak hairanlah mengapa akaun Instagram miliknya dipenuhi dengan momen-momen perlancongan di negara tercintanya.
Heroin Siri Popular Layangan Putus
Naskhah tempatan yang berjaya meraih popularitinya tersendiri sekitar November tahun lalu, bukan sahaja ditonton masyarakat Indonesia, malah berjaya menarik perhatian penonton Malaysia. Sekaligus, bintang si cantik manis ini yang memegang watak sebagai Kinan dalam siri tersebut mampu membuatkan penonton turut sama terbawa-bawa dengan karakter ‘isteri tersakiti’ akibat kecurangan suaminya. Selain itu, Marino turut membawa watak berkenaan dengan sukses sehingga popularitinya semakin melonjak.
Isteri Kepada Pelakon Chicco Jerikho
Mungkin ada yang sudah mengetahui Putri Marino ini adalah salah seorang peminat pelakon kacak Indonesia, Chicco Jerikho. Siapa sangka, bak kata pepatah juga jodoh tidak ke mana, kini jejaka berketurunan Thai itu telah menjadi suami kepadanya. Putri Marino secara sah bergelar isteri kepada Chicco Jerikho pada Mac 2018, di Bali. Hasil perkahwinan, pasangan dua sejoli itu juga telah dikurniakan puteri tercinta, Surinala Carolina yang dilahirkan pada tanggal 24 September 2018.
Raih Pencapaian
Berkat lakonannya yang memukau dalam karya Posesif, pelakon ini berjaya dicalonkan dan menang dalam kategori Pelakon Utama Wanita Terbaik pada Anugerah Festival Filem Indonesia (FFI) 2017, yang diadakan pada November tahun lalu. Selain itu, Putri Marino juga berjaya mengenggam piala citra bagi Pelakon Pembantu Perempuan Terbaik menerusi filem Losmen Bu Broto.
Berdarah Kacukan Itali-Bali
Bintang ini merupakan anak pertama daripada tiga beradik dan dia juga merupakan anak kepada Francesco Marino dari Itali dan Marianna Rupadmi dari Bali, Indonesia. Dengan percampuran darah Itali-Bali ini membentuk figura Putri Marino yang sangat jelita seperti remaja walaupun kini sudah mempunyai cahaya mata. Sekadar informasi, salah seorang adiknya, Sitha Marino juga kini mengikut jejak langkahnya menceburi dunia hiburan tanah air.
Pereka Fesyen
Antara fakta menarik yang ramai tidak tahu mengenai wanita adalah sebelum menjejakkan kaki di layar skrin, Putri Marino pernah bekerja sebagai pereka fesyen di sebuah butik pakaian di Denpasar, Bali, Indonesia. Ia kerana, pelakon ini pernah belajar dalam bidang fesyen di Itali selama beberapa tahun.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Khabar angin mengenai rumah tangga penyanyi, Hafiz Suip bersama isteri, Nureffy Jasreel Abdullah selepas dilihat sudah lama tidak muncul bersama akhirnya terjawab apabila penyanyi itu mengesahkan sendiri bahawa mereka kini dalam proses perceraian.
Hafiz atau nama sebenar beliau Mohamad Hafiz Mohamad Suip (35) menjelaskan beliau dan Nureffy sedang berunding tentang hak penjagaan cahaya mata mereka jika ditakdirkan tidak bersama lagi selepas ini.
“Kami masih suami dan isteri cuma tidak sebumbung disebabkan dalam proses cerai. Kami sedang berunding hak penjagaan anak-anak,” katanya.
Hafiz Suip & Isterinya yang kini dalam proses cerai (Kredit: Media Hiburan)
Memetik laporan portal hiburan tempatan, Hafiz turut memaklumkan hasratnya untuk menyelesaikan masalah rumah tangganya itu dengan cara lebih baik tanpa ada campur tangan daripada mana-mana pihak.
Dalam pada itu, penyanyi yang berasal dari Kuching, Sarawak itu juga berkata beliau bersedia melepaskan isterinya jika sudah tiada persefahaman.
“Saya cuma nak selesaikan dengan cara yang baik tanpa ada gangguan daripada pihak-pihak yang lain. Cukup saya simpan sendiri perkara ini,” jelasnya.
Kredit: Viberate
“Kalau dah memang kami sudah tiada persefahaman, saya akan lepaskan dengan cara baik. Saya tak mahu rumitkan keadaan, biarlah semuanya selesai cara baik dan jangan anak-anak jadi mangsa keadaan,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, Hafiz pernah meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung rumah tangganya tanpa mengetahui cerita sebenar.
Sekadar info, pelantun lagu Awan Nano dan Bahagiamu Deritaku itu telah mendirikan rumah tangga bersama Nureffy pada 14 Mei 2016. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Riyadh Zafri (8) dan Muhammad Alkaf Zayne yang kini berusia 5 tahun.
Sumber: Sinarplus
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi bersuara lunak, Shila Amzah sekali lagi membanggakan Malaysia apabila wajah dan pencapaiannya dalam industri muzik terpampang di pameran berprestij World Expo Osaka 2025...