Akhirnya, K-drama popular di saluran tvN iaitu True Beauty telahpun melabuhkan tirai semalam dengan episod terakhir.

Menurut laporan Nielsen Korea, episod finale tersebut masih mengekalkan True Beauty dengan rating siaran paling tinggi di Korea Selatan pada angka 4.458 peratus. Ternyatalah ia telah memberikan penangan yang dasyat kepada peminat di Korea mahupun di seluruh dunia.

K-Drama ‘True Beauty’ Kekal Paling Popular Untuk Episod Terakhir, Ini Pesanan Pelakonnya

Di Malaysia umpamanya, True Beauty telah menjadi di antara drama ikutan ramai jika meninjau kepada respon penonton di laman Twitter. Saban episod, ia akan mendaki tangga trending menewaskan topik-topik tular lain.

Sempena episod terakhir True Beauty semalam, para pelakonnya telahpun berkongsi kata-kata akhir kepada peminat yang menyokong mereka sedari episod awal hinggalah semalam. Drama yang mengisahkan seorang pelajar perempuan yang bersifat insecure terhadap rupa parasnya dan menemui seorang pelajar lelaki popila yang turut insecure dengan emosinya ini telah menemukan gandingan Moon Ga Young dan Cha Eun Woo.

Ads
K-Drama ‘True Beauty’ Kekal Paling Popular Untuk Episod Terakhir, Ini Pesanan Pelakonnya

Kongsi Moon Ga Young, mereka sebenarnya telahpun berada di set penggambaran True Beauty untuk tempoh 7 bulan sehingga mereka tidak menyedari siri itu akan berakhir semalam.

“Saya telah bertemu ramai pelakon senior yang menjadi tenaga pengajar dan rakan saya. Terima kasih kepada penonton setia yang menggemari True Beauty. Saya memperolehi sokongan menerusi watak Ju Gyeong ini dan berharap kita dapat bertemu pada masa akan datang.”

Ads
K-Drama ‘True Beauty’ Kekal Paling Popular Untuk Episod Terakhir, Ini Pesanan Pelakonnya

Sementara itu Cha Eun Woo yang membawakan watak Lee Su Ho juga tidak percaya dia sudah perlu meninggalkan wataknya yang digemari ramai penonton itu. “Ramai pihak telah bekerja keras sejak musim panas tahun lepas hingga musim sejuk sekarang demi drama True Beauty. Saya sekali lagi ingin berterima kasih kepada pengarah dan penulis skrip, kepada semua pelakon dan staf di belakang tabir – saya gembira dapat bekerja dengan anda semua.

Ads

“Saya juga menghargai penonton yang mengikuti True Beauty dan terus menyukai watak Su Ho.”

Sementara itu, beberapa lagi pelakon True Beauty lain seperti Hwang In Yeop (Han Seo Jun), Park Yoo Na (Kang Su Jin), Kang Min Ah (Lim Yu Gyeong) dan Im Se Mi (Lim Hee Gyeong) berkongsi sentimen yang sama dan tidak percaya siri ini telahpun tamat.

K-Drama ‘True Beauty’ Kekal Paling Popular Untuk Episod Terakhir, Ini Pesanan Pelakonnya K-Drama ‘True Beauty’ Kekal Paling Popular Untuk Episod Terakhir, Ini Pesanan Pelakonnya

“Saya berharap drama ini akan diingati ramai pada masa akan datang sebagai drama yang membawakan banyak memori indah kepada penonton,” kata In Yeop. Mereka semua juga teruja untuk membawakan lebih banyak watak yang berkesan bagi projek drama seterusnya.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI