Bahang pilihanraya yang lalu kini semakin pudar dan kerajaan baharu yang dibentuk pula dilihat semakin memberi pembaharuan yang agak progresif.

Sebelum ini isu tentang penurunan had umur bagi kelayakan mengundi telah pun diuar-uarkan oleh beberapa individu dan antara yang paling lantang ialah pemimpin termuda dalam kabinet kerajaan iaitu Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dengan bermula sebagai cadangan kini ia telah pun dipersetujui oleh kabinet untuk diturunkan daripada usia 21 tahun kepada 18 tahun. Pengumuman tersebut yang dilakukan oleh Syed Saddiq semalam menerusi laman media Instagram dilihat sebagai satu lagi pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan baru negara.

Ads

BACA: 6 Perkara Yang Korang Mungkin Tak Tahu Tentang Syed Saddiq 

Dalam posting yang cukup membawa erti besar kepada golongan remaja dan belia tanah air, Syed Saddiq berkata, “anak muda kini bukan sahaja pemerhati politik. Kini, mereka di hadapan. Penggerak dan pencorak masa hadapan negara tercinta. I have been waiting for this moment. Program ilmiah, pendidikan politik akan dirancakkan. Saya komited dalam melahirkan lebih banyak beli berwawasan”. Dan diakhiri dengan hashtag #YouthPower.

Difahamkan kabinet kerajaan telahpun meluluskan cadangan ini akan tetap ia akan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang. Ramai yang yakin pindaan tersebut dapat dilaksanakan sebelum pilihan raya yang seterusnya.

Ads

Kabinet Setuju Had Umur Mengundi Diturunkan Kepada 18 Tahun, Apa Kata Korang?

Bagi REMAJA, ini merupakan satu langkah yang sangat baik dan memberi belia lebih banyak suara dalam menentukan hala tuju serta masa depan negara. Sebagai pewaris yang akan mewarisi Malaysia, orang-orang muda haruslah diberi pendedahan dan kepercayaan pada usia muda.

Ads

Kalau pada usia 17 tahun boleh dibenarkan mengambil lesen memandu kereta kenapa tidak untuk mengundi pada usia 18 tahun.

Isu ini juga hangat diperkatakan oleh netizen di laman media sosial. Seperti biasa pasti ada yang bersetuju dan tidak bersetuju. Tetapi REMAJA melihat tidak ada sebarang sebab untuk menghalang cadangan menurunkan had usia mengundi kepada 18 tahun.

Semoga suara anak muda akan menjadi terus lantang dan didengari!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI