Kacaknya…Sampai Ibu Sendiri Tak Kenal

Share

Rupa seorang lelaki yang dahulu agak hodoh bertukar kacak sehingga dia tidak dikenali ibunya sendiri. Perubahan paras rupa buruh binaan, Nopajit Monlin seakan-akan bintang K-Pop Korea menyebabkan jejaka ini menjadi gilaan ramai gadis di Thailand.

Selepas melakukan pembedahan plastik di Korea Selatan, ternyata wajah pemuda ini berubah 100 peratus, jauh lebih kacak berbanding wajah asalnya. Pembedahan plastik memang sangat popular di negara tersebut malah susah untuk mencari wajah asli kerana kebanyakan anak muda memilih melakukan pembedahan di wajah mereka.

Tapi sebelum mengutuknya, ada sebab mengapa pemuda ini melakukan tranformasi  pada wajahnya. Sejak lahir, Nopajit Monlin dilahirkan dengan rahang bengkok dan sulit mengunyah makanan.

Kisah hidupnya mulai diperkatakan apabila dia muncul dalam rancangan Let Me In Thailand – Versi Thailand dari sebuah rancangan TV popular di Korea Selatan. Melihat kesukaran dirinya menjamah makanan serta rasa rendah diri yang sentiasa wujud, dirinya terpilih memasuki rancangan tv itu untuk make over wajah.

 

Di musim ke-3 program popular itu, Nopajit  terpilih untuk menjalani pembedahan plastik di Korea Selatan. Disebabkan kelainan paras, wajahnya diubah 100 peratus. Bermula dari rahang, dahi hingga kelopak mata. Kelenjar lidahnya juga disuntik botok untuk membaiki air liur yang keluar berlebihan. Malah noda-noda di wajahnya juga hilang selepas menjalani perawatan.

Untuk memulihkan keseluruhan wajahnya, memerlukan masa tiga bulan. “Drama tangisan” bermula saat ibunya tidak lagi mengenali anak yang dilahirkan kerana perubahan ketara pada wajahnya.

Mereka duduk bersebelahan di dalam sebuah restoran kesukaan mereka tetapi saling tidak bertegur sapa. Saat kamera dihalakan ke arah ibunya, ibunya memaklumkan dia sangat merindui anaknya itu kerana sudah berbulan tidak bertemu.

“Saya sangat merinduinya,” katanya sambil menangis di depan kamera saat ditanya tentang anaknya.

Nopajit kemudian dilihat berjalan menghampiri ibunya dan memperkenalkan dirinya. “Ibu, ingat tak saya, cuba lihat diri saya sekarang,” kata pemuda ini.

Selepas itu, drama tangisan berlangsung lama kerana ibunya seperti tidak mempercayai jejaka kacak itu adalah anaknya. Berkali-kali dia nafikan  sehinggalah bekas luka di tangan ditunjukkan dan selepas itu baru dia akuinya.

Dalam program tv tersebut, Nopajit melahirkan rasa syukurnya kerana perubahan atas penampilannya itu. Katanya lagi, tiada lagi orang memandangnya dengan satu pandangan sinis.

“Saya berasa jauh lebih baik. Dahulu masyarakat melihat saya dengan kelainan dan tidak dapat menerima kecacatan ini. Tapi sekarang, saya dapat banyak kenalan baru. Sumber Pos Kota News.

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros