Hiburan

Kacukan Malaysia-Indonesia, Urut Muka Setiap Pagi Rahsia Kulit Cantik AISHA RETNO!

Share

Penyanyi muda, Sharifah Aishah Retno atau lebih dikenali sebagai Aisha Retno tidak perlu disangkal lagi mempunyai bakat dan vokal yang mantap. Terbaru, Aisha Retno selangkah kehadapan apabila memenangi tempat kedua Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL 38).

ARTIKEL BERKAITAN : Giliran Aisha Retno Pula Hiasi ‘Digital Billboard’ New York Times Square

Aishah Retno tampil dengan persembahan memukau dan mengejutkan penonton apabila ‘terbang’ setinggi 30 kaki di tengah gelanggang Axiata Arena sebelum mengakhiri lagu Sutera di pertandingan berprestaj tersebut.

Pernah mengakui terpaksa melalui pelbagai onak dan duri demi mencipta namanya.

Walaupun empat tahun dilihat seperti tempoh yang singkat, namun ia bukanlah suatu perjalanan mudah buat wanita berusia 23 tahun itu. Mengenang kembali momen dirinya baru bertatih dalam industri ini, Aisha yang mula dikenali selepas program realiti televisyen, Big Stage 2022 tidak dapat menahan sebak ketika berkongsi tentang perjalanan kariernya.

Dia mengakui, banyak onak liku yang perlu ditempuhinya sebelum berjaya melakar nama di pentas antarabangsa.

Rahsia Kecantikan Kulit

Berkongsi rahsia penjagaan kulit wajahnya, gadis kacukan Malaysia-Indonesia ini memberi tahu dia mempraktikkan pemakaian makeup remover walaupun tidak bersolek! Katanya, walaupun kita hanya berada di rumah terutamanya  ini, masih ada kotoran yang mungkin menutup liang pori pada wajah kita.

Bagi mengelakkan kulit berjerawat pula, Aisha mengamalkan rutin penjagaan wajah seperti biasa iaitu dengan memastikan kulit sentiasa dibersihkan selepas mengenakan solekan. Malah, seboleh-bolehnya tidak akan menyentuh kulit muka dengan tangan. Jika masalah kulit berlaku, akan minum banyak air dan tidak mengambil pengambilan makanan berminyak.

Petua Dari Ibu!

Aisha juga kongsikan rutinnya pada setiap pagi. Biasanya, dia akan mengurut muka terutamanya pada bahagian rahang pipi dengan menolak ke atas untuk menegangkan kulit wajah secara semualajadi. Yang ini merupakan petua dari ibu Aisha sendiri tau!

Untuk info, Ibunya, Jean Retno Aryani yang berasal dari Indonesia merupakan bekas penyanyi era 1980-an.

So lepas ni, korang bolehlah cuba tip yang dikongsikan oleh Aisha Retno.

BACA LAGI : Timang Anak Usia 25 Tahun, Selebriti Berduyun Ucap Tahniah Pada Elfira Loy

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: Harian Metro Instagram Elfira Loy



Published by
Nana