Sejak beberapa hari lalu ramai yang memperkatakan tentang kad Touch ‘n Go baharu dengan sokongan NFC dan apa yang menariknya kad ini boleh ditambah nilai menerusi aplikasi TNG eWallet.
Kad ini dilengkapi dengan teknologi “Near Field Communication” untuk menambah nilai kad dengan Touch ‘n Go eWallet melalui teknologi NFC. Manakala kad versi lama tidak mempunyai teknologi ini.
Kad ini kini telah dijual secara rasmi melalui harga yang sama dengan kad TNG biasa iaitu RM10 di aplikasi TNG eWallet dan dikenakan caj sebanyak RM5 bagi kos penghantaran. Selain itu juga, korang boleh mendapatkan kad yang telah dinaik taraf ini di stesen Petronas dan Shell terpilih seluruh negara. Namun begitu, kad ini masih belum dijual di stesen-stesen LRT.
Ads
Berdasarkan senarai di laman web TNG, sebanyak 153 stesen minyak (klik sini) di seluruh negara telah menjual kad berkenaan dan dikatakan ia mempunyai tempoh hayat penggunaan selama tujuh tahun. Pengguna boleh merujuk pada tarikh luput yang tertera pada kad tersebut.
Untuk pengetahuan korang, kad ini juga ada waranti 30 hari selepas pembelian. Korang hanya perlu mengemukakan bukti resit pembelian jika terdapat sebarang masalah ketika menggunakannya. Kad Touch ‘n Go baharu ini pastinya akan mendapat permintaan yang tinggi dan sekiranya korang berminat, boleh mendaftar untuk mendapatkan notifikasi apabila stok ditambah semula.
Dengarnya memang kad ini ‘laku keras’. Mana tidaknya, ia lebih mudah kerana boleh ditambah nilai menerusi aplikasi TNG eWallet sahaja. Namun diingatkan telefon pintar korang perlulah mempunyai sistem NFC okay?
**
Ads
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Semakin lama, semakin banyak pelan data yang menawarkan macam-macam pakej exciting kepada kita.
Beli pelan data je, ada kelebihan ekstra yang kita dapat seperti pakej media sosial, mesej sosial, muzik dan video tanpa had data.
Nampaknya sekarang dengan populariti permainan Player Unknown’s BattleGrounds (PUBG) di kalangan remaja, servis mobil digital iaitu Yoodo (di bawah pengurasan Celcom Axiata Berhad) semalam memperkenalkan pakej eksklusif PUBG Mobile Add-On.
Lepas ni, makin sakanlah korang main PUBG!
Pakej Add-On yang ditawarkan bermula 26 Januari sehingga 30 April ini sebenarnya memberi kelebihan kepada pemain PUBG tegar seperti korang kerana permainan ini kan menggunakan data selular yang banyak tanpa WiFi. Lepas ni, senanglah korang bila ada kuota data tertentu untuk PUBG Mobile je.
Pakej Add-On ini adalah khas untuk kesemua pengguna Yoodo, sesuai dengan kehendak Yoodo sendiri untuk menjadikan jenama mereka itu istimewa untuk para gamers. Di samping menggunakan coverage 4G mereka, pemain tak lagi perlu risau untuk berbelanja lebih ketika bermain game.
Untuk menikmatinya, ini yang korang perlu lakukan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rata-rata pengguna telefon bimbit di Malaysia akan menggunakan aplikasi Whatsapp sebagai medium untuk berinteraksi dengan rakan. Malah dikatakan sebanyak 51 peratus pengguna memilih menggunakan Whatsapp berbanding aplikasi lain.
Tapi nampaknya perkongsian dari seorang rakan fb atas nama Nur Aliah Mohd Nor pasti akan menukar persepsi korang mengenai kelebihan yang ada pada aplikasi Telegram berbanding Whatsapp yang ramai tidak tahu.
Nur Aliah menyenaraikan 10 kelebihan Telegram dan ianya sangat baik untuk mereka yang menjalankan perniagaan selain penggunaan user name bagi menggantikan nombor telefon yang biasa pada Whatsapp.
1.Penggunaan username
2. File transfer yang sangat laju
3. Group chat maximum up to 100,000
4. Backup chat / uninstall
5. Ada fungsi search yang mudah
6. Touch ID / Password
7. Channel Telegram
8. Boleh baca previous mesej dalam group
9. Sticker comel-comel
10. Ada night-mode
Berikut adalah fungsi Telegram:
Penggunaan Username
Telegram menggunakan username sebagai ganti nombor telefon kita. Melalui cara ini, pengguna tidak perlu dedahkan nombor telefon.
Dan username berkenaan dapat dicari melalui fungsi search yang terdapat dalam aplikasi Telegram.
File Transfer
Telegram boleh menghantar apa sahaja jenis fail, dan telegram tak menetapkan saiz fail yang boleh dihantar.
Malah, sesiapa yang pentingkan kualiti imej gambar atau video, telegram tempat paling mudah dan cepat.
Group Chat
Group chat boleh masukkan 1000 orang ahli, namun kalau lebih dari 1000 orang ahli maka perlu upgrade ke Supergroup yang boleh masuk sehingga 5000-100,000 orang ahli.
Lebih menarik lagi tentang Group Chat ni selain boleh jadikan semua ahli group sebagai admin dan fungsi reply adalah,
i) Mention
Boleh mention kawan-kawan dalam group hanya dengan meletakkan simbol @ dan akan keluar senarai username ahli-ahli group.
.
ii) Hashtag
Hashtag boleh digunakan dalam mesej. Tujuan hashtag ni apabila kita ingin cari sesuatu perkara, kita boleh cari melalui search dan mulakan dengan #.
4. Uninstall Telegram
Katakan tiba-tiba handphone ‘jam’, dan nak uninstall beberapa apps, antaranya Telegram.
Boleh je uninstall telegram dengan senang hati sebab semua mesej, nota penting, dalam tu tak akan hilang!
Bila install balik, masukkan nombor telefon yang sama, masih boleh lihat 100% sama macam sebelum kita uninstall.
Kalau whatsapp ter-uninstall? Selamat hari raya lah. Kan.
5. Ada fungsi ‘search’ yang mudah untuk dapatkan sesuatu
Best nya Telegram ni, korang boleh search apa sahaja yang korang minat, nanti akan keluar list yang korang search tu.
Contoh nak tengok movie secara percuma je, search movie, akan keluar channel movie yang dah set sebagai public. Kalau private kena join ikut link.
Contoh lain nak tengok drama melayu, keluar semua list channel dan berapa orang ahli channel yang dah join channel tersebut. Pendapat Lia, join channel yang mempunyai ahli yang ramai. Confirm channel tu mesti best!
6. Ada Touch ID / Password
Untuk setengah orang, maklumat dalam telegram dia tu sangat privasi. Mungkin dia ada simpan banyak maklumat dalam telegram, jadi dia boleh set password hanya untuk apps Telegram sahaja.
Caranya mudah, pergi ke Setting – Privacy and Security. Boleh set password korang kat situ.
Lepas ni segala maklumat penting dalam telegram akan lebih selamat dengan adanya password. Menarik bukan?
7. Channel Telegram
Apa beza Channel dengan Group Chat?
Bezanya adalah Channel untuk medium penyiaran maklumat dengan cara ‘one way communication’, manakala Group Chat tujuan untuk berkomunikasi beramai-ramai dalam group.
Channel Telegram terbahagi kepada 2 iaitu:
i) Public – Boleh sebar luas dan tiada had keahlian
ii) Private – Ahli channel perlu mendapat jemputan daripada admin sendiri
Step untuk buat Channel Telegram,
Step 1: Pada senarai menu, klik pada New Channel dan masukkan maklumat channel anda
Step 2: Tetapkan sama ada nak buat Public Channel atau Private Channel
Step 3: Masukkan link
Step 4: Done!
Apa kelebihan Channel Telegram ni?
1. Ahli dalam channel unlimited, contoh ahli channel Lia sekarang dah lebih 15,000.
2. Ahli yang baru join dapat lihat semua post yang terdapat di dalam channel termasuk post paling awal.
3. Hanya admin sahaja yang boleh post dalam channel.
4. Ahli dalam channel cuma boleh ikuti perkembangan pada berita yang dipost.
5. Ahli hanya dapat lihat butang mute dan unmute sahaja.
6.Kalau 1 post admin delete, semua ahli takkan nampak lagi post tersebut.
7. Jumlah views bagi setiap mesej yang buka dan baca akan ditunjukkan di bahagian bawah kanan bersebelahan dengan masa.
Apa MENARIK Channel Telegram ni?
1. Menarik sebab maklumat yang kita hantar 100% berjaya sampai ke setiap ahli yang join channel tersebut.
2.Ahli hanya boleh melihat jumlah berapa orang yang telah join channel tersebut (Boleh wujudkan kredibiliti).
3. Ahli takkan dapat curi prospek atau phone number dalam channel tersebut walaupun dalam channel itu ada 50,000 subscribers sebab ahli tak akan nampak siapa ahli yang join dalam channel itu.
4. Kebarangkalian 78% ahli akan buka dan baca mesej apabila setiap kali admin hantar mesej dalam channel itu.
5. Mendapat respon 3 kali ganda lebih cepat berbanding buat FBADS apabila admin promosi atau iklankan sesuatu.
Nota tambahan : Lia nak jemput anda semua join channel telegram Lia yang dah mempunyai lebih 15,000 orang dalam tu. Dalam channel Lia, Lia banyak kongsikan ilmu tentang perniagaan, kewangan dan tips.
Boleh baca previously punya mesej dalam group
Semua tahu, kalau join group di whatsapp, korang akan rasa betul-betul NEW gila dalam group tu. Tak tahu cerita apa-apa dalam group tersebut. Rasa krik-krik je.
Namun best nya di Telegram, kalau ada yang invite korang masuk group, korang tak rasa krik-krik sangat. Korang boleh baca segala previously punya chatting dalam group.
Jadi tak ada la korang blur blur je dalam group. Orang Malaysia ni kan rajin scroll-scroll ni.
Sticker comel-comel
Lia suka dengan telegram sebab ada banyak sticker yang comel-comel korang boleh dapat. Nak dapatkan semua sticker tu percuma je.
Lebih menarik lagi, korang boleh buat sticker muka sendiri! Yela, orang yang jenis peacock ni mesti nak sticker ada muka dia tengah senyum-senyum manis. Kan.
Cara nak buat sticker tu, korang search je @stickerbot . Dekat situ telegram akan guide korang untuk buat sticker sendiri.
Nightmode
Appearance dalam telegram ni boleh tukar ke nighmode. Maknanya, waktu malam kalau buka telegram, akan bertukar warna di screen handphone ke night blue. Sedap sikit mata memandangkan.
Jadi sebelum tidur tu, boleh la scroll-scroll channel telegram yang penuh dengan informasi dan motivasi ni kan. Banyak sangat sekarang ni channel telegram yang best-best.
Tinggal rajin tak rajin je nak join. Kalau nak Lia suggest kan pon boleh, channel telegram yang best-best untuk korang baca sebelum tidur ni.
Okay jadi itu sahaja 10 kelebihan menggunakan aplikasi Telegram ni. Semoga bermanfaat! ❤️
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kelmarin, pengguna perkhidmatan jalur UMobile telah menjadikan gangguan servis syarikat tersebut sebagai topik trending di Twitter. They really brought the house (or rather, the country) down.
Hari ini, satu lagi syarikat telekomunikasi utama Malaysia iaitu Digi mengalami gangguan servis sekaligus menggangu kelancaran urusan pengguna mereka.
Sedari pagi tadi, ramai pengguna yang mengutarakan masalah tersebut melalui media sosial. Tindakan Digi yang segera menyuarakan kenyataan rasmi untuk meredakan ketegangan pengguna amatlah dihargai. Sekurang-kurangnya, Digi tidak membiarkan pengguna terpinga-pinga apa yang sedang berlaku kepada line masing-masing.
Bagaimanapun, sebahagian besar netizen (termasuklah kami) terpaksa menunggu sehingga 4 jam sebelum kerja baik pulih selesai dijalankan.
Like guys, kami perlu cari WiFi di tengah jalan ke sekarang? Bagaimana nak guna Waze? Bagaimana nak melakukan update secara LIVE? Terlalu banyak urusan yang tergendala.
Menurut seorang pengguna akuan Twitter bernama @Soundtrepreneur, pengguna sebenarnya boleh je menukar kepada servis lagi menggunakan dual sim card.
Cuma, tak semua orang mempunyai telefon pintar dengan dual sim card dan tak semua orang mempunyai sim card kedua.
Dalam pada itu, Digi juga mencadangkan penggunanya untuk cuba mematikan dan menghidupkan semula telefon mereka. Haih, susahlah kalau nak refresh selalu.
Tabah sajalah korang. Sekurang-kurangnya kita tahu ia memakan masa 4 jam, daripada kita dibiarkan saja tanpa info semasa.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Malaysia sekali lagi kehilangan seorang tokoh besar negara.
Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, dilaporkan telah meninggal dunia pada malam ini di Institut...