Dua peratus lagi sehingga kadar vaksinasi populasi dewasa mencapai 90 peratus setakat 4 Oktober 2021, manakala kadar vaksinasi penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) yang telah mengambil dua dos vaksin COVID-19 pula telah mencapai 82 peratus.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad berkata beliau yakin IPT kini selamat, dan menyarankan penuntut yang belum mengambil vaksin untuk segera berbuat demikian.
Jika masih ada yang belum divaksin, mereka bukannya tidak memohon tetapi mungkin disebabkan sistem yang memaksa mereka untuk menunggu giliran.
Surat tawaran kemasukan IPT sangat penting kerana ia membolehkan penuntut IPT mempercepatkan pengambilan vaksin mereka dengan hanya pergi ke mana-mana pusat pemberian vaksin atau pusat kesihatan bagi membolehkan mereka mendapatkan vaksin.
Semoga dengan ikhtiar pengambilan vaksin oleh masyarakat ini dapat mengurangkan penularan wabak COVID-19.
Sumber: (1)
Ini Pesanan Tuan Guru Maulana Juhari Kepada Ebit Lew, “Orang Penyayang Dikasihi Allah”
Sejak semalam tular di media sosial “kata-kata bersifat sindiran” dimuat turun oleh individu mengenai usaha dakwah seorang individu lain. Walau tidak menyatakan nama tetapi ramai sedar ia seakan ditujukan kepada pendakwah Ustaz Ebit Lew oleh individu berkenaan. Demi sayangnya orang ramai kepada Ustaz Ebit Lew, wujud sebuah page Ebit Lew Supporters yang mana begitu ramai terinspirasi dalam usaha dakwah dan penyampaian bantuan yang Ustaz Ebit Lew lakukan bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sudah pun memasuki fasa ke tiga minggu ini. Dapat dilihat usaha Ustaz Ebit Lew membantu banyak pihak baik di barisan hadapan hospital mahukan golongan tidak berkemampuan termasuk bukan beragama Islam hingga gayanya boleh diterima ramai.
Namun seperti biasa, ada orang senang dan tidak kerana manusia itu berbeza-beza sikapnya.
Namun percaya apa dilakukannnya semuanya kerana Allah, lagi berlaku tekanan dan sindiran terhadapnya semakin ramai yang sayang kepada Ustaz Ebit Lew. Bukan saja orang ramai tetapi tuan guru dan sebagainya.
Kalau korang masih ingat, buat baik ramai orang sayang seperti pernah berlaku pada arwah Abam yang pastinya kita disarankan berbuat baik kepada semua insan tanpa mengira apa warna kulit dan kedudukannnya.
Bacalah perkongsian dari Tuan Guru Maulana Juhari kepada Ustaz Ebit Lew ini.
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Buat anakanda Ebit Lew..
Semoga Allah sentiasa merahmatimu dan diberikan kekuatan untuk sentiasa istiqomah, teruskanlah perjuanganmu itu membantu ummat kesayangan Rasulullah SAW. Alangkah gembiranya Baginda bila ummatnya disantuni dan betapa redhonya Allah bila kekasihnya redho.
Sahabat2 dari kalangan ulamak
Tuan2 dari kalangan umarak
Teman2 dari kalanga hartawan
Kenalan2 dari kalangan duaat
Syeikh2 dari kalangan ahli doa dan ibadat
Ini adalah masanya untuk kita berganding bahu bersama wira-wira kita di barisan hadapan.
Dengan kita semua juga jadi barisan hadapan, natijahnya kita akan kuat dan pertolongan Allah juga akan bersama kita.
Diriwayatkan oleh Imam Assuddi Kabir (lahir 127H.) Satu ketika berlaku kemarau yang begitu dahsyat di zaman baginda Sulaiman AS lalu baginda telah keluar bersama rakyat jelatanya ke satu padang untuk melakukan istisqa (munajat untuk memohon hujan)
Dalam perjalanan, baginda terpandang seekor semut menadah tangan ke langit sambil berdoa agar Allah turunkan hujan.Lantas baginda Sulaiman AS memerintahkan rakyat jelatanya supaya pulang. Dan segala hajat akan dipenuhkan dengan doa semut tersebut.
Jika kita bukan frontliner, pemimpin, dermawan atau petugas, tapi kita masih hamba Allah yang disuruh untuk betaubat, bermunajat serta bermohon kepadanya dan itulah bahagian kita sebagai frontliner.
Buangkan lah keegoan, kebencian, iri hati, dendam dan tak puas hati terhadap orang lain
Belajarlah untuk menyalahkan diri sendiri bukan hanya mencari kesalahan orang lain dan ambillah kebaikan orang lain untuk diteladani.
Apa kata Ebit Lew bila melihat orang tua lumpuh terbaring di rumah usang. ” Allah maafkan saya kenapa baru sekarang saya jumpa pakcik, apa saya nak jawab di hadapan Allah nanti.
Sifat dan perasaan yang sangat mahal. Kasih sayang terhadap ummat kerana itu ia ada di dalam hati setiap Nabi-Nabi.
الراحمون يرحمهم الرحمن
(.. عن عبد الله بن عمرو
اخرجه ابو داود و الترمذي)
Orang-orang penyayang mereka dikasihi Allah
Bila mana Allah sayang Allah beri hidayat, bila Allah sayang Allah beri taufik untuk melakukan kebaikan, kelazatan dan kemanisan di dalam ibadat.
من لم يرحم لا يرحم
( عن ابي هريرة متفق عليه
Barang siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.
Dengan asas ubudiah ia itu tauhid serta keimanaan dan asas ijtimaiah ia itu, kasih sayang maka ketika kebanyakan bangsa dan negara sedang runtuh sekarang.
Atas dua asas ini kita bina kekuatan kita,insya-Allah bantuannya akan bersama kita, keberkatannya akan turun pada kita.
lah terimalah doa kami dan doa2 saudara kami…
Beberapa Taman Tema Akan Dibuka Selepas Pandemik COVID-19 Bermula Julai Ini
Sedikit demi sedikit pusat pelancongan di beberapa buah negara sudah pun dibuka untuk kunjungan orang awam. Terbaru, Universal Studios Singpura (USS) juga sudah pun memulakan operasinya bermula 1 Julai 2020.
Malah, segala informasi tentang pusat taman teman itu juga turut dikongsi dalam laman web rasmi rwsentosa.
Pembelian tiket hanya boleh didapati secara dalam talian dan tiket masuk adalah untuk semua tarikan yang ada di dalam USS, kecuali bagi acara-acara khas seperti Halloween Horror Nights. Resorts World Sentosa (RWS) juga menjelaskan bahawa kebanyakan daripada permainan di USS sudah pun dibuka termasuklah sesi meet & greet. Namun begitu, difahamkan semua persembahan di USS akan ditangguhkan buat sementara waktu.
Taman tema ini antara yang menjadi pilihan bagi masyarakat Malaysia, namun dek kerana negara kita masih belum membuka pintu sempadan untuk ke luar negara, maka diharapnya agar korang sabar dahulu ya. Hiks!
Di negara kita pula, taman tema Sunway Lagoon dan Genting Highlands Skypolis juga sudah memulakan operasinya pada Julai ini.
Apa yang menariknya, jika korang beli tiket masuk ke Sunway Lagoon ke secara online, korang bakal mendapatkan FREE QUACK EXPRESS pada 4 dan 5 Julai 2020. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web rasmi Sunway Lagoon.
Bagi yang mahukan cuaca lebih dingin, korang boleh ke Genting Highlands dan nikmati indoor theme park Skypolis yang turut dijadual beroperasi bermula bulan ini. Antara tarikan yang ada disini adalah The VOID, Sky Towers, Spin Crazy dan banyak lagi.
Selepas penat bersuka ria di taman tema tersebut, bolehlah singgah sebentar di Genting Highlands Premium Outlets untuk ‘cuci-cuci mata’ sikit. Hiks!
Sementara menunggu sempadan ke luar negara dibuka, eloklah sekiranya kira ‘Cuti-Cuti Malaysia’ terlebih dahulu. Khabarnya, banyak promosi harga yang akan ditawarkan bagi menarik pelancong tempatan untuk berkunjung ke taman tema tersebut.
Sama-sama kita nantikan..
Sumber: Resorts World Sentosa (RWS)
Tol Lebuh Raya Percuma Sempena Deepavali Bermula Esok!
Berita baik buat pengguna lebuh raya yang sudah mula teruja untuk ‘berdesup’ pulang ke kampung halaman masing-masing! Maklumlah orang Malaysia kan pantang ada cuti, hiks…
Pengguna lebuh raya bakal diberikan kemudahan tol percuma selama dua hari bermula esok sempena cuti sambutan Deepavali.
ARTIKEL BERKAITAN : Diserang Anxiety Ketika Memandu? Ini Beberapa Cara Untuk Atasi Gejala Ini
Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi mengumumkan pengguna lebuh raya di seluruh negara akan menikmati tol percuma sempena sambutan Deepavali.
Beliau berkata, tol percuma bermula 12.01 tengah malam ini dan akan berakhir pada 11.59 malam, 30 Okt itu akan dinikmati oleh pengguna kenderaan kelas persendirian.
Tetapi katanya, pengecualian itu tidak termasuk Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Lebuhraya Linkedua) di Johor.
Menurutnya, kos pemberian tol percuma yang dianggarkan RM38 juta akan ditanggung oleh kerajaan dengan bayaran pampasan dibuat kepada semua syarikat konsesi tol yang terlibat.
“Pemberian tol percuma ini selaras dengan teras utama kerajaan Malaysia Madani iaitu kesejahteraan dan ihsan dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat disamping mengukuhkan budaya perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
“Semoga pengguna lebuh raya memanfaatkan peluang ini sebaiknya dan dinasihatkan supaya merancang perjalanan dengan sewajarnya untuk melancarkan perjalanan,” katanya dalam kenyataan.
REMAJA ucapkan selamat pulang ke kampung halaman masing-masing. Moga anda semua selamat pergi dan kembali. Pastikan kekal selamat dan memandu di bawah had limit yang ditetapkan okayyy!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.