
Isi Kandungan
ToggleKalau korang perasan, sekarang ni bila mandi, air mandian pun jadi panas mungkin disebabkan cuaca panas terik yang melanda negara kita.
Kadang-kadang rasa bestnya kalau dapat mandi ais. Mesti badan jadi lebih segar kan?
Selain menyegarkan badan, sebenarnya ada banyak manfaat yang korang peroleh sekiranya mengamalkan mandi ais ini. Amalan ini dikatakan boleh menghilangkan rasa bisa dalam badan, sakit kepala, susah tidur dan menghindarkan diri daripada gangguan makhluk halus.
Jom lihat perkongsian menarik daripada Juna Ameral ini tentang cara-cara untuk mandi ais. Apa-apa pun ini hanyalah sekadar ikhtiar yang boleh dilakukan, selebihnya kita tawakal pada yang Maha Kuasa.
Cara-cara:
- Beli sepaket ais dan masukkan ke dalam baldi, kemudian campurkan sedikit dengan air dalam baldi tersebut.
2. Perah limau nipis atau limau purut dalam empat atau lima biji.
Sebelum mandi, bacalah:
1. Al-Fatihah 3x
2. Al-Ikhlas 3x
3. Selawat 3x
Sebaiknya, baca ayat suci ini sebelum baldi dibawa masuk ke dalam bilik air. Setelah itu barulah anda mandi dengan air mandian tersebut.
Lebih baik jika air mandian ini digunakan pada bilasan terakhir. Mandi dulu dengan air biasa, kemudian baru mandi dengan air limau ini. Mula mandi daripada kepala, lebih kan siram di belakang tengkuk dan bahu.
Sekiranya ada gangguan, anda akan rasa seperti angin keluar dari belakang tengkuk. Badan dan kepala akan menjadi lebih ringan.
Jika anda sendawa atau muntah selepas mandi, dinasihatkan agar anda dapatkan rawatan Islam.Mandian ini hanya alternatif dalam merawat pesakit seperti buang angin bisa dalam badan. Disarankan mandi pada waktu selepas Subuh dan selepas Maghrib. Anda akan rasa kesegarannya.
InsyaAllah!
“Bertambah Baik, Masih Dalam Proses Pemulihan…” Ungku Ismail ‘Update’ Perkembangan Terkini Nad Zainal

Bagi pengikut setia dan rakan artis yang tidak putus mengikuti perkembangan pelakon berkaliber, Nad Zainal, yang telah dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri sejak 20 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Terbaharu, rakan pelakon drama Dendam Seorang Isteri itu yang juga aktres popular, Ungku Ismail, ada berkongsi perkembangan terkini Nad menerusi satu hantaran video yang dimuat naiknya di Instagram.
ARTIKEL BERKAITAN: Berjaya Kumpul Lebih RM43k! Tabung Kecemasan Nad Zainal Selesai Diserahakn Kepada Keluarga
Menurut pelakon naskhah popular Aku Yang Kau Tinggalkan itu, Nad masih dalam proses pemulihan dan dirinya juga perlu banyak berehat.
“Keadaan Nad bertambah baik, dia masih dalam proses pemulihan. Bagaimanapun, saya tidak mahu berkongsi perkembangan setiap hari kerana Nad perlu banyak berehat.
“Selain itu, atas permintaan keluarga juga, saya tidak boleh berkongsi secara terperinci tentang keadaannya sekarang ini,” katanya.
Dalam pada itu, Ungku turut memaklumkan Tabung Kecemasan Nad Zainal yang telah dilancarkan sebelum ini berjaya mengumpul sebanyak RM 270,000 hasil sumbangan orang ramai.
“Sebahagian wang tersebut digunakan untuk menampung kos rawatan hospital. Apa sahaja kos rawatan dan ikhtiar menggunakan wang sumbangan itu. Dalam hadis juga ada menyebut sedekah adalah cara ikhtir ketika sakit.
“Maka wang itu telah diinfaqkan atas nama Nad Zainal kepada rumah tahfiz, masjid serta golongan yang memerlukan.
“Wang selebihnya akan digunakan untuk menampung hidup Nad selepas keluar hospital nanti kerana dia tidak boleh terus berlakon dan dinasihatkan untuk berehat di rumah,” tambahnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Nad Zainal
Kalau Setanding 5 Lelaki Hot & Sado Ni, Mungkin 15,000 US Dollar Boleh Jadi Milik Korang

Siapa kata lelaki sado hanya pentingkan diri sendiri yang bersifat ‘vain’ je memanjang?
Tahu tak, dengan badan yang susah-payah lelaki buat itulah punca kepada rasa yakin diri mereka untuk berdepan dengan orang luar. Of course, faktor kesihatan diri sudah ada pada mereka kerana memiliki badan sihat.
Dan satu lagi kelebihan menjadi sado…? Mungkin korang berpeluang untuk memenangi wang tunai sehingga USD 15,000!
Tak percaya? Kami akan beritahu bagaimana cara untuk merebut peluang itu.
Tapi buat masa ini, kami nak ajak korang untuk mengenali 5 orang lelaki hot dan sado yang pernah menjadi sebahagian daripada pertandingan insan paling gagah di Asia Tenggara iaitu R U Tough Enough.

Setiap tahun, pertandingan yang dibawakan oleh Fisherman’s Friend dan KIX HD ni akan mencari peserta lelaki dan perempuan yang mempunyai kekuatan fizikal, mental dan emosi yang MAHA HEBAT. Penulis pernah melihat 2 edisi terdahulu, serius weh memang susah.
Tak percaya cuba tanya Dinesh Jared Sundram dari edisi 2014.
“Tahun lepas, saya tercedera sehingga memerlukan pembedahan pada lutut. Tapi saya masih habiskan cabaran. Just be really careful, kepada yang menyertainya pada tahun ini.
“Safety first okay.”
Leoniel DG pula dari edisi 2015.
“Saya banyak sertai marathon pada tahun ini. Sejak mula aktif dengan gaya hidup sihat sejak 2012, saya sekarang dah boleh berbangga apabila mampu menamatkan race pada kedudukan 5 terbaik di Asia Tenggara.
“I hope that will inspire you.”
Benny Yeoh! (2016)
“Tak ada istilah ‘lambat’ kalau nak sertai R U Tough Enough. Saya tahu ramai yang dah nantikan setahun untuk ia kembali dan ramai yang dah berlatih kuat.
“Enjoy and remember to have fun!”
Dan pemenang terbaru dari tahun 2017, Vincent Mallang Alfred.
“Sepanjang pertandingan, saya belajar untuk bijak membuat keputusan pada waktu getir, dan belajar mengambil tanggungjawab atas setiap keputusan.
“Kalau salah langkah, saya hanya boleh salahkan diri sendiri. Akhir sekali, ia mengajar saya untuk teruskan juga ke hadapan walau susah mana cabaran yang diberi. That is what we should apply in our daily life too.”
*****
Istimewanya pada tahun ini, jurulatih fitness Malaysia yang semakin popular telah dilantik sebagai duta R U Tough Enough? peringkat Asia Tenggara. WOW
Ishaq Vadillo pernah berdepan masalah kewangan keluarga dan perlu lakukan macam-macam jenis pekerjaan, sampailah dia menemui minat dalam bidang fitness.
“Challenge yourself. Mana tahu, korang dapat mencungkil skil dan bakat dalam bidang ini. Kalau nak berjaya kena ada kecekalan. Dan R U Tough Enough? adalah tempat paling perfect untuk kamu uji kemampuan diri,” katanya.
Jadi, bagi korang yang merasakan mampu untuk mencabar diri sendiri, sertainya dengan mengisi borang permohonan sekarang secara online di www.KIX-TV.com/tough.
Calon terpilih akan dipanggil untuk sesi ujibakat tertutup sebelum 4 orang finalis dijemput untuk mewakili Malaysia di Final Showdown pada 2 Disember nanti, di Sunway Pyramid.
Ada bran?
Anak Penjual Kuih & Goreng Pisang Calon Tunggal Peroleh 9A SPM 2020

Sebagai anak bongsu, tiada hadiah lebih mahal diberikan kepada ibu bapanya kecuali keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang membanggakan iaitu 9A. Sebagai satu-satunya calon tunggal memperoleh 9 A di mana dua darinya adalah A+ (Cemerlang Tertinggi) dan selebihnya A- di SMK Sri Pantai Kuala Lumpur, Adam Ibrahim bin Mohd Yusof, 18 tahun sama sekali tidak menyangka akan memperoleh keputusan sebegitu.



Lebih membahagiakan, walau ibu bapanya hanya menyara kehidupan dengan berniaga kuih muih dan goreng pisang berdekatan kediaman mereka di Kondo Rakyat, Bukit Kerinchi, jelas Adam dia bangga kerana usahanya selama ini berbaloi.
Apa yang mengharukan, ketika keputusan diumumkan di sekolahnya, Adam yang pada awalnya datang ke sekolah sendirian, kemudian pulang semula ke rumah untuk mengajak mengambil kedua ibu bapanya untuk sama-sama menyaksikan detik bersejarah berkenaan. Malah apa yang mengharukan saat namanya diumumkan sebagai calon tunggal memperoleh 9A, ibunya, dikenali sebagai Zabedah binti Kerot, 58 terus melakukan sujud syukur di kerusi di dudukinya dan hampir-hampir terjatuh sambil air matanya mengalir seolah tidak mempercayai keputusan diperoleh anaknya itu.
“Syukur pada Allah atas kejayaan anak. Saya tengah berniaga ketika Adam datang dan katanya cikgu suruh datang sekolah. Dia pecah rekod dalam keluarga memperoleh 9A,” katanya memaklumkan kesemua anak-anaknya masuk ke universiti dan berkata Adam bercadang untuk memilih menjadi doktor.
“Sebenarnya saya rasa terlalu sebak. Susahnya besarkan anak-anak dahulu tetapi dengan wang jualan kuih muih, bihun, nasi lemak inilah saya besarkan anak-anak hingga mereka mencapai apa mereka hajati. Itu yang rasa sangat sebak bila Adam peroleh keputusan baik dalam SPM. Syukur pada Allah. Adam memang banyak menolong di rumah. Tolong bungkus nasi lemak, sidai baju dan sebagainya. Dia anak yang baik,” katanya memaklumkan biasanya dia akan bangun jam 12 tengah malam menyiapkan kuih muih untuk jualan.
Malah ketika mengiringi anaknya ke pentas untuk mengambil slip peperiksaan dari YB Fahmi Fadhil, Ahli Parlimen Lembah Pantai selain Pengetua SMK Sri Pantai Kuala Lumpur, Ustaz Wan Zaidi Wan Mahmood, air matanya tidak henti mengalir.

Menjelaskan rahsia kejayaannya, kata Adam yang belajar di aliran Sains dia tiada cara khusus belajar sebaliknya hanya biasa-biasa.
“Biasanya lepas Isyak saya akan mulakan ulangkaji. Masa tidak menentu, adakalanya hingga jam 2 pagi. Tapi kalau penat sangat, saya akan tidur dahulu dan bangun pada jam 4 pagi untuk solat dan belajar sebelum terus ke sekolah,”katanya memaklumkan, ketika peperiksaan percubaan dahulu, dia hanya memperoleh 5A dan kerana itulah dia sama sekali tidak menyangka akan peroleh 9A hari ini. Malah kata Adam, dia akan bertemu guru kaunselor sekolahnya bagi membincangkan langkah seterusnya sebelum mengisi borang permohonan ke universiti.

Dalam pada itu, selain Adam, satu-satunya pelajar berbangsa Cina di sekolah tersebut, Queena Lim Min yang baru berpindah ke sekolah ini ketika pertengahan tahun tingkatan 4 dan belajar di kelas Akaun mengakui sedikit terkilan kerana memperoleh 8A dan 1 B+ bagi mata pelajaran Matematik Tambahan. Katanya dirinya memperoleh 9A ketika peperiksaan percubaan dan mengharapkan keputusan yang sama.
“Saya jangkakan akan peroleh 9A tapi sedikit saja lagi dapat B+. Memang rasa agak sedih kerana tak memperoleh keseluruhan A.
Biarpun satu-satunya pelajar berbangsa Cina tapi bagi Queena tidak pernah kekok bersekolah di SMK Sri Pantai Kuala Lumpur malah dia berkawan seperti biasa dengan pelajar lain.
“Saya baru berpindah di kawasan ini. Sebelum itu di sekolah lain tapi tiada masalah biar saya hanya seorang diri.Kawan-kawan juga baik dan kami saling bantu membantu,” katanya.

Dalam pada itu, semasa mengumumkan keputusan sekolah, Pengetua Ustaz Wan Zaidi berkata, dari 169 orang calon SPM, hanya 131 calon peroleh sijil penuh. Malah beliau mengambil pendekatan berbeza tahun ini apabila memanggil pelajar-pelajar SPM tahun ini untuk duduk sekali di dalam dewan kerana mahu pelajar melihat dan merasai perasaan calon mengambil keputusan masing-masing.
“Dapat apa pun keputusannya, itulah usaha kita semasa sekolah. Sebab itu tak boleh ponteng kelas, mesti lulus subjek Bahasa Melayu dan Sejarah, baru dapat sijil penuh. Yang dah lepas memang tak boleh menoleh ke belakang lagi tapi bagi yang mahu mengambil SPM tahun ini boleh jadikan pengajaran,”katanya dalam ucapan di hadapan ratusan pelajar.