Pelakon sensasi, Fathia Latiff tampil menafikan dakwaan ramai bahawa dirinya tidak lagi mengamalkan ajaran Islam.
Pelakon naskhah hit Ariana Rose itu berkata, tuduhan dirinya kini sudah murtad yang dibuat warganet hanya berdasarkan video di TikTok adalah satu dakwaan yang tidak berasas.
ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Sampai Aku Keluar Agama Sebab Korang…” -Fathia Latiff
“Saya masih mengamalkan ajaran Islam, tetapi mereka membuat andaian dari komen-komen di TikTok yang tidak benar dan tanpa berasas.
“Kafir adalah kata-kata yang kasar, bukan sahaja dalam kalangan Muslim tapi penganut agama lain,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram.
Dalam pada itu, aktres berusia 37 tahun itu turut menegaskan semua perkongsiannya adalah cara menzahirkan luahan, bukan meminta ditafsirkan khalayak.
“Semua video TikTok saya adalah pandangan saya sendiri, cara saya mengekspresi diri dan netizen tidak pernah memberi kesan kepada kehidupan saya,” ujarnya.
Sebelum ini, Fathia di aplikasi berkenaan menzahirkan rasa kecewa dengan sikap segelintir warganet yang didakwa telah menyakitinya sehinggakan dia memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan menjadi asbab dirinya keluar agama Islam.
Menerusi hantaran tersebut, dia meluahkan rasa bengang apabila kerap menjadi bahan kutukan netizen sehingga menganggu keadaan mentalnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Fathia Latiff