
Baru saja peminat happy mendengar berita ahli kumpulan EXO, Kai bercinta dengan Jennie Blackpink pada empat bulan lepas dan kini khabarnya pasangan ini telah pun berpisah.
Koreaboo melaporkan bahawa Kai dan Jennie masing-masing tidak bersedia untuk meneruskan hubungan ini kerana ingin memberi tumpuan kepada kerjaya mereka.
Pasangan ini dilaporkan bercinta pada sekitar Oktober tahun lalu apabila foto mereka berpimpinan tangan di sebuah taman telah pun tersebar.
Dan pada 1 Januari lalu, SM telah mengesahkan bahawa mereka telah secara rasmi menjalinkan hubungan cinta secara public.
Namun begitu, nampaknya hubungan Kai dan Jennie seperti tidak mampu untuk bertahan lama.
Walau bagaimanapun, SM telah mengeluarkan statement rasmi bahawa mereka telah pun berpisah secara rasmi.
Mungkin ramai yang frust dengan berita perpisah ini, tapi nak buat macam mana Jennie dah kembali SOLO.
Santesh Ubah Imej, Judika Tak Menyesal, Fans Sedih & Sukar Terima

Siapa sangka, daripada kedudukan teratas pada minggu pertama pertandingan, Santesh terpaksa menerima nasib disingkirkan pada minggu keenam.
Lumrah pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah. Namun, sukar bagi peminat Santesh dan penonton setia Big Stage 2019 untuk menerima penyingkiran mengejutkan itu.
Santesh bagaimanapun faham itulah adat pertandingan dan menerimanya dengan hati terbuka.
“Seseorang pernah memberitahu saya, dalam hidup ini kita tak akan sentiasa berada di atas. Ini hanyalah kegagalan dalam sebuah pertandingan.
“Pada masa hadapan, siapa tahu jika lagu nyanyian saya pula yang tak akan diterima oleh pendengar. Saya kira saya tenang untuk menerima keputsan seperti ini,” komennya selepas konsert Big Stage minggu keenam berakhir, lewat malam tadi.
“Apapun, saya tak menyesal menyertai Big Stage kerana pengikut saya di Instagram juga telah meningkat seramai 30,000 orang. Saya juga telah menerima banyak jemputan persembahan.
“Buat masa ini saya akan berehat sebentar bersama keluarga sebelum sambung bekerja.”
*
Bagi penyanyi dari Indonesia iaitu Judika pula yang merupakan juri Big Stage, dia mempunyai expectation yang tinggi terhadap Santesh.
“Di awal pertandingan dia seorang yang sangat bagus. Tetapi semakin lama prestasinya semakin menurun berbanding peserta lain.
“Itu adalah salah satu sebab saya pertimbangkan untuk menyelamatkan Dinda (Permata) semalam. Tentunya saya akan memilih peserta yang menunjukkan peningkatan pada setiap minggu,” katanya yang tidak menyesal menggunakan imuniti miliknya semalam.
*
Bukan saja peminat Santesh sedih dengan penyingkirannya. Mereka juga terkejut dengan imej baru Santesh yang memotong pendek rambutnya.
“Kamu sangat berbakat, kamu tak patut tersingkir. Wishing you good luck for the next journey.”
“Saya tonton Big Stage 2 pun disebabkan kamu.”
” It is okay, rezeki ada di tempat lain.”
REMAJA juga percaya Santesh akan pergi lebih jauh selepas ini. All the best bro!
Penjara 10 Tahun Menanti YouTuber Yang ‘Prank’ Plastik Daging Korban

Terlajak perahu boleh diundur terlajak laku, padah menanti. Ini peribahasa yang boleh digunakan untuk seorang YouTuber Indonesia apabila nak ‘prank’ tapi tak jadi!
Kini berlumba-lumba manusia buat pelbagai cara untuk jadi terkenal. Hanya berbekalkan beberapa video yang boleh menarik perhatian orang ramai, muat naik di laman sosial media atau platform YouTube, pasti ada mata-mata yang memerhatikan video anda sehingga menjadi tular.
Tapi yang tak bestnya kadang kala, perbuatan mereka ini tidak menjaga perasaan dan sentiviti masyarakat.
Hukuman penjara 10 tahun menanti YouTuber Indonesia jika didapati bersalah selepas melakukan prank daging korban.
Yang terbaharu di Indonesia, seorang YouTuber, Edo Putra bersama rakannya yang tidak didedahkan identitinya telah melakukan prank kepada dua wanita di sebuah kampung dengan memberikan dua plastik hitam yang kononnya berisi 5kg daging korban.
Namun, kedua-duanya diminta untuk tidak membuka plastik tersebut pada waktu tersebut. Apabila dibuka, beg plastik tersebut didapati hanyalah diisi dengan sampah yang mereka kutip di kawasan kampung.
Pada ketika itu jelas kelihatan riak kecewa pada wajah mangsa prank tersebut. Mereka kemudiannya kembali kepada mangsa dan memohon maaf sebelum menyerahkan sekitar RM144 kepada mangsa untuk membeli daging.
Video yang sudah dimuat naik di laman YouTube didapati mendapat lebih banyak tanda tidak suka daripada suka serta kritikan di laman komen disifatkan keterlaluan oleh orang ramai.
Menurut Ketua Komisioner Polis Palembang, Anom Setyadji, kedua-duanya sudah ditahan di bawah kesalahan Artikel 14 Kanun Jenayah Membuat Berita Palsu dan Masalah dalam Komuniti kerana melanggar etika kesopanan yang mana jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun.
So korang yang nak buat ‘prank’ tu fikir dulu sebelum buat apa-apa. Jangan fikir seronok tanpa memikirkan perasaan orang lain!
Ini Barulah Namanya ‘Sportsmanship’! Warganet Berterima Kasih Pada Atlet Greece

TAHNIAH Abdul Latif Romly setelah berjaya mempertahankan pingat emas bagi acara lompat jauh lelaki T20 yang pernah dimenanginya lima tahun lalu di Sukan Paralimpik Rio 2016
Latif cemerlang pada lompatan kedua dengan catatan 7.45 m dan ia kekal sebagai catatan terbaik terbaik pada perlawanan akhir tadi. Dengan itu, kem Malaysia menepati sasaran awal untuk membawa pulang tiga pingat emas daripada Tokyo 2020 menerusi dua pingat emas yang dituai sehari sebelum temasya melabuhkan tirai.
ARTIKEL BERKAITAN : Terbanglah Latif Romly Tanpa Tekanan – REMAJA
Tumpuan rakyat Malaysia juga terarah secara tidak langsung ke arah atlet Greece, Athanasuos Prodromou yang pulang dengan pingat perak. Ini susulan tindakan impulsif atlet berusia 27 tahun itu untuk menghulurkan bantuan kepada Latif selepas lompatan kelimanya.
Apabila Latif kelihatan seperti berdepan kecederaan, Athanasuos terlebih dahulu dilihat berlari dan memanggil pegawai perubatan. Sebelum paramedik sampai, dia sempat menyapa dan bertanyakan keadaan Latif.
Dia juga turut menyapu bersih kesan pasir yang masih melekat pada bahu dan rambut Latif setelah dia diletakkan ke atas kerusi roda.
Ternyata tindakan Athanasuos itu bukan saja membuktikan semangat kesukanan masih wujud dalam temasya sebesar Sukan Paralimpik ini. Misi memburu pingat emas nampaknya tidak sesekali mengaburi keprihatinannya terhadap rakan atlet lain.
Momen pendek namun bermakna itu sedikit sebanyak mengubati kekecewaan rakyat Malaysia daripada insiden melibatkan protes atlet Ukraine ke atas atlet lontar peluru, Ziyad Zolkefli tempoh hari.
BACA LAGI : “Kenapa Tidak Bantah Sebelum Acara Bermula?” Warganet Bantah Isu Teknikal Ziyad Zolkefli – REMAJA
Terima kasih Athanasuos Prodromou kerana mengembalikan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap semangat kesukanan sebenar di peringkat antarabangsa.