Kai Dan Jennie Khabarnya Putus Hubungan Selepas 4 Bulan Bercinta

Share

Baru saja peminat happy mendengar berita ahli kumpulan EXO, Kai bercinta dengan Jennie Blackpink pada empat bulan lepas dan kini khabarnya pasangan ini telah pun berpisah.

Koreaboo melaporkan bahawa Kai dan Jennie masing-masing tidak bersedia untuk meneruskan hubungan ini kerana ingin memberi tumpuan kepada kerjaya mereka.

Pasangan ini dilaporkan bercinta pada sekitar Oktober tahun lalu apabila foto mereka berpimpinan tangan di sebuah taman telah pun tersebar.

Dan pada 1 Januari lalu, SM telah mengesahkan bahawa mereka telah secara rasmi menjalinkan hubungan cinta secara public.

Namun begitu, nampaknya hubungan Kai dan Jennie seperti tidak mampu untuk bertahan lama.

Walau bagaimanapun, SM telah mengeluarkan statement

rasmi bahawa mereka telah pun berpisah secara rasmi.

Mungkin ramai yang frust dengan berita perpisah ini, tapi nak buat macam mana Jennie dah kembali SOLO.

 

Published by
Noor Ain Norman