Kai Exo Bakal Jalani Latihan Ketenteraan Mulai Esok, Ini 5 Fakta Menarik Mengenainya!

Share

“Kebahagiaan kami telah dirampas….”

Itulah yang dikatakan oleh peminat tegar ahli kumpulan kumpulan K-Pop terkenal, Kai apabila agensinya mengumumkan bahawa penyanyi tersebut akan memulakan perkhidmatan tenteranya mulai esok (11 Mei).

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli BTS Sah Jalani Latihan Ketenteraan, Bermula Dengan Jin

Menurut agensi penyanyi tersebut, SM Entertainment mengumumkan bahawa Kai akan menerima latihan asas ketenteraan, dan kemudian berkhidmat sebagai pekerja perkhidmatan awam.

Bagi mereka yang kurang mengenali Kai atau mahu tahu lebih lagi mengenainya, berikut merupakan 5 fakta menarik berkaitan penyanyi lagu Rover ini:

Kai ialah duta Gucci global pertama Korea

Pada tahun 2019, Kai EXO telah dilatik sebagai Duta Global Korea pertama bagi jenama fesyen mewah global Gucci. Bahkan beliau pernah berkerjasama dengan jenama itu untuk mengeluarkan koleksi kapsul edisi terhad yang menjadikannya selebriti Korea pertama yang pernah berbuat demikian. Koleksi Kai x Gucci berkisar tentang obsesinya terhadap anak patung beruang (teddy bear

), maka motif tersebut dicopkan pada beg tangan bermonogram, barangan kulit, kasut dan pakaian.

Sebaik sahaja koleksi itu dilancarkan, ianya terjual hampir serta-merta. Memang sold out terus! Menurut Lyst, ianya juga menyumbang kepada peningkatan dalam carian untuk Gucci sebanyak 264 peratus, sekaligus membuktikan lagi kuasa pengaruh Kai terhadap industri fesyen.

Merupakan BFF kepada Shinee Taemin

Persahabatan akrab dua penyanyi terkenal ini bermula dari zaman remaja lagi, ketika mereka masih lagi bergelar pelatih (trainee) di syarikat tersebut. Dari awal persahabatan lagi, mereka dikenali sebagai duo yang pakar menari dan sering berlatih menari bersama-sama apabila ada masa lapang.

Selama bertahun-tahun, Kai dan Taemin sering dilihat keluar makan bersama dan berjalan-jalan lewat malam oleh Dispatch dan peminat.

Mempunyai latar belakang tarian Balet & Jazz

Penyanyi berusia 29 tahun itu sering dilabelkan sebagai salah seorang penari terbaik dalam sejarah Industri Pop Korea. Namun tahukah anda, beliau telah dilatih dengan elemen tarian Balet dan Jazz dari usia semuda 8 tahun lagi.

Maka, tidak hairanlah apabila penonton yang menyaksikan persembahannya sentiasa terpaku dengan lenggok tariannya yang ‘soft but impactful’.

Mempunyai kulit sawo matang yang menawan 

Berbeza dengan majoriti penyanyi K-Pop yang berkulit cerah, beliau memiliki kulit sawo matang yang cukup menawan sekali.

Meskipun industri hiburan Korea terkenal dengan ‘beauty standard’ yang sangat rigid, kehadirannya sebagai idola K-Pop berkulit sawo matang berjaya membuktikan bahawa warna kulit bukan penentu kecantikan dan bakat seseorang itu.

Sering disamakan dengan beruang

Dek kerana similariti fizikal dan wajahnya yang menyerupai beruang, peminat mula memanggilnya dengan nama haiwan tersebut dan akhirnya dia sendiri menerima hakikat tersebut.

Kini dia sering dilihat memakai pakaian yang mempunyai logo beruang, memanggil dirinya beruang dan sebagainya. Bahkan nama kelab peminatnya ialah erigoms, di mana ‘gom’ bermaksud ‘beruang’.

BACA LAGI: Angkara Obses Dengan Jimin BTS, Pelakon Kanada Meninggal Dunia Selepas Jalani 12 Pembedahan

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

KREDIT FOTO: Kosmo, Berita Harian

Published by
Adriana Syaurah