Kain Kafan Tenun Golongan Bangsawan, Harga Kayangan RM219 Semeter

Share

Dengan lambakan pelbagai jenama dalam pasaran, usahawan perlu lebih kreatif supaya produk mendapat sambutan bagi melonjakkan perniagaan.

Kain kafan sinonim dengan warna putih oleh masyarakat kita dan ianya digunakan untuk membalut badan jenazah. Tapi korang tahu tak rupanya pakaian ‘terakhir’ kita di dunia ini juga mempunyai gred yang berbeza mengikut kasta.

ARTIKEL BERKAITAN : “Meninggal Pun Kos Tinggi” Noorkhiriah Tampil Beri Bantuan Uruskan Jenazah

Kain kafan tenun atau Tope yang berasal dari Kabupaten Jeneponto dipamerkan di Jakarta Convention Center [SuaraSulsel.id/Lorensia Clara Tambing]
Hal ini selepas salah seorang tukang kain kafan di Indonesia tular selepas dipercayai menjual kain kafan yang berharga 750,000 (RM219) semeter.

Menurutnya, kain kafan atau dipanggil ‘Tope’ oleh penduduk tempatan mempunyai kelainan tersendiri. Ia berasal dari Kabupaten Jeneponto, Sulawesi Selatan.

Menurut laporan Suara.com, kain tope itu pada waktu dahulu memang digunakan untuk membalut jenazah golongan bangsawan.

Walau bagaimanapun, disebabkan ianya mahal, penduduk setempat mula beralih kepada penggunaan kain kafan putih biasa. Kini, kain kafan tenun atau tope ini dijual di pasaran namun kini digunakan untuk membuat selendang, beg, kipas dan baju.

Kini, kain tersebut kembali popular dan menjadi pilihan para pereka fesyen di negara seberang untuk digunakan dalam pembuatan busana wanita. Difahamkan, harganya mahal kerana ia diperbuat daripada kapas asli yang dipintal menjadi benang.

Malah, setiap kain juga memerlukan tempoh lebih kurang dua bulan untuk disiapkan.

Peniaga kain kafan atau tope di pameran kraf tangan tersebut, Suryani mengatakan dia mahu mengembalikan semula kegemilangan kain tenun berkenaan kerana ramai masyarakat Indonesia sendiri tak tahu bahawa wilayah Jeneponton mempunyai tradisi kain kafan tenun ini.

Sayangnya kalau kain secantik ini dijadikan kain kafan.

BACA LAGI : Individu Ini Kongsi Prosedur Bawa Pulang Jenazah Dari Luar Negara

Sumber: Suara.com

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Published by
Nana