Kain Telekung Tak Tahan Lama? Remaja Ni Senaraikan 4 Kesilapan Semasa Membasuh

Share

 

Siapa tak kenal dengan jenama telekung premium, Siti khadijah? Kebanyakan Muslimah di Malaysia dan negara serantau mengidam-ngidamkan telekung daripada jenama tersebut kerana fabriknya yang diakui lembut, sejuk dan selesa untuk dibawa beribadah.

 

Namun, satu perkongsian Twitter telah menarik perhatian REMAJA baru-baru ini. Kongsi pemilik akaun yang wajar kami sembunyikan identitinya ini, dia telah membeli telekung hitam dengan perincian lace daripada jenama tersebut.

Namun selepas memakai dan membasuhnya untuk beberapa kali, dia mendapati kain serta warna telekung tersebut tak tahan lama malah luntur.

 

Melalui thread yang berantai, seorang remaja pula berkongsi mengenai kesilapan yang sering kita lakukan semasa membasuh telekung. “Tak kiralah telekung jenama premium atau tak, berwarna putih, hitam dan sebagainya. Cara basuhan telekung ni sama je seperti nak membasuh tudung favourite korang.”

Ini adalah antara kesilapan yang sudah ‘terbiasa’ kita lakukan. Opps, jangan salahkan jenama itu ini lagi selepas ni okay.

Siti Khadijah Original Pre Order. RM599

 

Siti Khadijah Blackout Kekwa Swarovski. RM329

 

01

Masukkan terus ke dalam mesin basuh

Sebaiknya, rendamkan dahulu kain telekung ke dalam baldi berisi air dan sedikit pencuci (sama ada serbuk ataupun cecair) untuk semalaman.

Dengan cara ini, mudah untuk kita menggosok apa-apa kesan kotoran yang terlekat padanya, terutama di bahagian ‘kritikal’ seperti lace

.

 

02

Campurkan telekung air & bahan pencuci

Iya, kita nak cepat. Tapi bahan pencuci perlulah larut di dalam air dahulu untuk mengelakkan telekung bercapuk. Itulah yang kita selalu lihat pada kain telekung berwarna gelap.

Semasa menuang pelembut atau pewangi fabrik pula, jangan gunakan kuantiti yang terlalu banyak. Takut tekstur telekung menjadi terlalu lembik pula.

Siti Khadijah Sulam Naura. RM499

 

03

Boleh kalau gunakan mesin basuh tetapi..

Dah beli telekung premium tapi malas nak basuh guna tangan pula.. *facepalm*

Sebaiknya telekung bermanik atau dengan perincian lace, kerawang, jalur riber dan sebagainya dibasuh mengunakan tangan agar tiada isu manik tercabut atau warna baju terlekat pada telekung, contohnya.

Namun jika kita ingin juga menggunakan mesin basuh, masukkan kain telekung ke dalam beg khas untuk basuhan mesin. Setidak-tidaknya kain tak mudah rosak.

 

04

Matahari tengah terik, jemur!

Hhm, korang tahu kan akibat menjemur apa-apa jenis pakaian termasuklah telekung di bawah sinaran yang terlalu terik?

Warna kain akan mudah luntur dan kadangkala bercapuk. Lebih elok jika ia dijemurkan di bawah teduhan.

 

Jadi apabila korang dah penjagaan telekung yang betul, tak perlulah lagi takut nak beli telekung premium seperti Siti Khadijah. Jaga je dengan elok, mesti boleh pakai untuk jangka masa yang panjang.

 

Published by
FZ