Sejak di bangku sekolah lagi, kita di Malaysia telahpun didedahkan dengan sebab utama mengapa mereka perlu mengelakkan diri daripada terjerumus dengan budaya merokok.
Bagi segelintir golongan remaja yang telahpun bergelar perokok, mereka sememangnya telah memasang niat untuk menghentikan tabiat merokok kerana mereka sedar akan kesan jangka masa panjangnya terhadap kesihatan mereka. Namun, ia tidaklah semudah yang disangka memandangkan kandungan nikotin yang ada dalam rokok akan mengakibatkan seseorang ketagih terhadapnya.
Justeru, semakin ramai remaja mempertimbangkan alternatif bebas asap rokok (smoke-free alternatives). Di antara produk bebas asap rokok yang popular di pasaran kini termasuklah rokok elektronik (vape).
Namun, baru-baru ini satu kajian oleh Universiti Pittsburgh mendapati menghisap e-rokok berperisa pudina boleh merosakkan dan menganggu fungsi paru-paru menjadi lebih lemah berbanding perisa tanpa mentol, lapor United Press International (UPI).
Ads
“Ramai orang terutama belia, tersilap menganggap bahawa vape selamat sedangkan campuran vape tanpa nikotin pun mengandungi sebatian yang berpotensi merosakkan paru-paru.
“Hanya kerana sesuatu bahan itu selamat untuk dimakan, tidak bermakna ia selamat untuk disedut,” kata pengarang kanan Kambez Benam, profesor bersekutu di Bahagian Pulmonari, Alergi dan Perubatan Kritikal di Sekolah Perubatan Universiti Pittsburgh.
Dalam kajian tersebut, penyelidik menggunakan sistem robotik untuk meniru manusia menghisap vape dan pernafasan manusia.
Ads
“Robot vaping” dapat meniru suhu, kelembapan, isipadu sedutan dan tempoh perokok, sambil turut meniru corak pernafasan yang sihat dan berpenyakit sebagai tindak balas kepada tahap toksik paru-paru yang disebabkan oleh e-rokok.
Penyelidik mendapati cecair e-rokok yang mengandungi mentol menghasilkan lebih banyak zarah mikro toksik dalam paru-paru berbanding tanpa mentol. Di samping itu, kajian itu menganalisis rekod pesakit yang mengesahkan perbezaan fungsi paru-paru antara e-rokok mentol dan bukan perokok mentol.
Untuk info, antara 2.5 juta belia yang mengambil e-rokok pada 2022, perisa pudina dan mentol merupakan pilihan paling popular.
Ads
Apa-apa pun, sama ada amalan merokok atau vape, kedua-duanya memberikan kesan terhadap kesihatan individu. Elakkan merokok/vape jika tidak mahu berlaku kemudaratan di masa akan datang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sempadan negara akan dibuka semula pada 1 April ekoran negara telah memasuki Fasa ‘Peralihan ke Endemik’ yang telah diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini.
Pengumuman ini paling dinanti-nantikan rakyat Malaysia dan ia secara tidak langsung akan merancakkan semula ekonomi negara khususnya industri pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya adakah perlu kita menjalani kuarantin sebaik tiba di Malaysia selepas melancong? Nah, berita gembira untuk si kaki travel, korang tidak lagi perlu menjalani kuarantin setibanya pulang ke Malaysia.
Hal ini turut dikongsi oleh syarikat penerbangan tambang murah AirAsia yang sudah mula menawarkan penerbangan pergi balik ke negara-negara tersebut bermula 1 April ini.
Berikut antara senarai negara-negara yang korang boleh lawati tanpa perlu kuarantin.
1. Thailand
2. Indonesia
3. Vietnam
4. Singapura
5. Kemboja
6. Brunei
7. Maldives
8. Filipina
9. Sri Lanka
10. Laos
11. Australia
12. India
13. Bangladesh
Ha, mesti korang dah tak sabar nak ke luar negara kan?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Alat nyah kuman, iaitu Spray Gun atau Nano Mist Spray sering digunakan masa kini terutamanya di kedai-kedai dan rumah untuk membasmi virus COVID-19. Namun begitu, sedar tak sedar sebenarnya penggunaan penyembur ini mampu memberi kesan buruk buat manusia dan kehidupan kita.
Terbaru, Ketua Pengarah KKM, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu posting di Facebook Kementerian Kesihatan berkata larutan disinfeksi yang digunakan dalam semburan alat itu adalah bertujuan untuk nyahkuman di permukaan persekitaran sahaja.
Ini kerana sesetengah larutan disinfeksi berkenaan boleh menyebabkan iritasi pada mata, kulit, saluran pernafasan dan juga sistem pencernaan.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan keberkesanan penggunaan nano mist spray untuk disinfeksi bergantung kepada keupayaan alat tersebut untuk menghasilkan semburan yang sekata hanya pada permukaan, jenis dan kepekatan larutan disinfeksi yang digunakan serta tempoh masa pendedahan.
Pada masa ini, beberapa larutan disinfeksi sedia ada seperti larutan yang mengandungi alkohol 70%-90%, hydrogen peroxide, thymol, quarternary ammonia dan juga larutan berasaskan klorin berkesan bagi membunuh virus SARS-CoV-2 di permukaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meminta kerajaan mengeluarkan garis panduan yang jelas tentang pengunaan alat nyah kuman ini dan tak kurang juga mempersoalkan kenapa selepas dua tahun baru KKM mengeluarkan notis bahaya pengunaan nano mist spray ini.
Bila sebut Republik Rakyat Demokratik Korea Utara, kita selalu mendengar negara ini cukup terkenal dengan rejim kuku besinya, dengan menyekat segala bentuk kebebasan kepada rakyatnya.
So, kita sebagai remaja Malaysia harus bersyukur dan beruntung tau, di lahirkan dalam negara yang mementingkan kebebasan dan hak kesamaan. Dan ini termasuklah kebebasan untuk meminati dan fanatik terhadap industri K-Pop.
Berbeza bagi remaja di Korea Utara, apabila pemimpinnya Kim Jong Un baru-baru ini berkempen menentang genre muzik yang berasal dari Korea Selatan itu. Kim Jong Un menyifatkan K-Pop sebagai kanser dan mampu memberi ancaman kepada anak muda di negaranya.
Melalui media Korea Utara, Kim menyatakan bahawa generasi muda di negaranya telah meniru budaya jiran dan musuh mereka, Korea Selatan. Menurut Kim, gaya rambut, gaya bercakap, cara berpakaian, dan tingkah laku anak muda Korea Utara “diracuni” oleh Korea Selatan.
Kim menegaskan bahawa jika mereka membiarkan keadaan ini berlanjutan, Korea Utara akan runtuh seperti “dinding lembab”, lapor The New York Times.
Dia dilaporkan takut dengan pengaruh barat yang “meresap” ke dalam orang muda di negara Korea Utara, di mana katanya ia mampu menjatuhkan rejim Korea Utara.
The New York Times turut melaporkan bahawa Korea Utara meluluskan undang-undang baru Disember tahun lepas yang membolehkan hukuman 15 tahun dijatuhkan ke atas seseorang kerana menonton hiburan dari Korea Selatan.
Bukan itu sahaja, baru-baru ini, rejim Kim Jong-un telah menjatuhkan hukuman mati seorang lelaki di hadapan 500 orang, termasuk keluarganya sendiri hanya kerana menjual filem dan muzik dari Korea Selatan. Fuh…
Untuk pengetahuan korang semua, bukan hanya muzik, Korea Utara sangat terkenal dengan propaganda dan kaedah brainwash’ menerusi bahan bacaan, majalah, siaran media dan juga poster.
Sudahlah bahan bacaan dikawal selia, siaran televisyen juga dikawal sama. Rakyat Korea Utara hanya memiliki empat siaran rasmi dan siaran tersebut sahaja yang boleh mereka tonton serta yang dibenarkan oleh kerajaan mereka. Adoi…seksanya hidup macam tu!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...