Memelihara haiwan peliharaan merupakan salah satu cara untuk kita menghilangkan stres bila dah seharian penat bekerja/belajar.
Kucing adalah antara favourite pet yang selalu menjadi kegilaan masyarakat Melayu. Lagi pula kalau gebu, yang penakut kucing pun rasa nak gomol-gomol je.
Kalau tengah serabut otak tu cuba la layan si bulus ni. Confirm hilang stres!
Tapi baru-baru ini satu kajian daripada Colorado State University, Amerika Syarikat mendapati wanita lebih cenderung untuk memilih berpasangan dengan lelaki yang tidak membela atau menyukai kucing.
Dalam kajian ini, responden ditunjukkan dengan empat set gambar membabitkan dua lelaki berbeza.
Setiap lelaki mempunyai dua keping gambar, satu memegang kucing dan satu lagi berseorangan.
Sejumlah 38 peratus wanita mengatakan mereka akan keluar dengan lelaki yang tidak memegang kucing, manakala 37 peratus mengatakan mereka akan mempertimbangkan untuk mempunyai hubungan serius dengan lelaki tersebut.
Namun lain kisahnya apabila responden ditunjukkan dengan gambar lelaki yang sama, tetapi memegang kucing.
Hanya 33 peratus wanita mahu keluar dengan lelaki tersebut, manakala 14 peratus pula mengatakan mereka tidak akan mempertimbangkan sebarang hubungan serius dengan lelaki itu.
"Lelaki yang memegang kucing dipandang kurang maskulin dan tidak sesuai dijadikan teman lelaki," rumus kajian itu.
Seramai 708 wanita berusia antara 18 dan 24 tahun mengambil bahagian dalam eksperimen yang dijalankan dalam talian itu.
Namun terdapat kemungkinan dapatan kajian ini berubah mengikut stereotaip budaya masyarakat.
"Penting untuk kita mengetahui ada kemungkinan wanita di Amerika Syarikat lebih menyukai anjing (dog person) dan bukan kucing (cat person).
"Jika benar, tidak hairanlah mereka merasakan lelaki yang sukakan kucing kurang maskulin."
Tapi kajian ini tak semestinya betul, ramai je gadis yang suka lelaki pencinta kucing kan?
Sumber : Astro Awani