Adakah ini petanda bumi semakin tua dan nazak gara-gara perubahan iklim dunia yang semakin tidak menentu.?
Banjir yang melanda beberapa buah negeri di Malaysia ketika ini boleh diibaratkan sebagai ‘wake up call’ kepada semua pihak. Apatah lagi apabila ia membabitkan beberapa kawasan yang sebelum ini dianggap ‘selamat’ daripada segala malapetaka seperti Lembah Klang tatkala musim tengkujuh datang menyinggah pada akhir tahun.
Pada waktu pasca-banjir seperti sekarang, ramai menjadi mangsa setelah kediaman, harta benda serta kenderaan tidak dapat diselamatkan.
Ia sekaligus membuatkan kita terfikir, adakah bencana yang lebih mencabar dan mungkin mampu meranapkan negeri-negeri di Malaysia bakal kita hadapi tidak lama lagi?
Muncul satu kajian yang dilihat relevan dengan situasi negara kita sekarang untuk diambil iktibar.
Ia merupakan kajian yang diluncurkan pada tahun 2019 oleh pihak Centre for Governance and Political Studies (CentGPS) di mana mereka menjangkakan Malaysia boleh tenggelam menjelang tahun 2050. Antara negeri yang berada dalam pemerhatian tersebut termasuklah Perlis, Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Sarawak.
Berikut merupakan antara poin-poin yang mereka senaraikan bagi mengukuhkan andaian tersebut.
Ads
Kajian baru menunjukkan bandar2 utama di 🇲🇾 akn berada di bawah paras air laut menjelang tahun 2050
— Centre for Governance and Political Studies (@CentGPS) November 6, 2019
Organisasi bukan kerajaan (NGO) ini telah menjalankan satu kajian simulasi digital yang dinamakan sebagai Digital Elevation Models (DEM) bagi menjangkakan bagaimana paras kenaikan air laut boleh mempengaruhi negeri-negeri tersebut di kawasan persisiran laut. Ia adalah menerusi ukuran peningkatan paras air laut menggunakan model Shuttle Radar Topography Mission (SRTM).
Di sebelah utara Semenanjung Malaysia, DEM mendapati ibu negeri Kedah, Alor Setar boleh menjadi sebuah pulau dan kawasan sekitarnya seperti Parit Buntar dan Taiping boleh tenggelam sekitar 30 tahun akan datang.
Malangnya, Lebuhraya PLUS yang menjadi nadi pengangkutan Utara-Selatan Semenanjung Malaysia juga dijangka lenyap selama-lamanya ditelan laut. Foto Via Centre for Governance and Political Studies (CentGPS)Foto Via Centre for Governance and Political Studies (CentGPS)Foto Via Centre for Governance and Political Studies (CentGPS)
Lokasi seperti Bagan Datoh, Teluk Intan dan Kuala Selangor pula berkemungkinan akan lenyap sementara Pelabuhan Klang boleh tenggelam ke bawah permukaan laut bersama-sama Muar dan Pekan.
Daerah Shah Alam yang terjejas akibat bencana banjir pada akhir tahun mungkin berdepan krisis kawasan darat yang semakin mengecil. Manakala Setia Alam, Subang Jaya, Kota Kemuning dan Sepang mungkin bakal menjadi lokasi bersebelahan pantai.
Ads
Foto Via Centre for Governance and Political Studies (CentGPS)
Di kawasan Pantai Timur pula, Kuala Terengganu dikatakan boleh mengecil menjadi pulau-pulau kecil, sementara lokasi Malaysia Timur seperti Kuching, Sarawak boleh berubah menjadi sebuah pulau.
*
Hasil kajian seperti ini yang melihatkan kesan perubahan iklim terhadap keadaan muka bumi dalam tempoh puluhan tahun lagi bukanlah satu ‘amaran baharu’. Rantau Asia Tenggara sebagai contoh kini semakin sedar akan kesan jangka masa panjang yang boleh melanda bandaraya utama di negara mereka seperti di Indonesia.
Selain itu, ekoran beberapa trilion tan ais yang telah cair di Greenland sejak 1994, paras laut yang semakin meningkat turut boleh menenggelamkan bandar-bandar seperti Mumbai, New York dan Amsterdam.
Diharap dengan terjadinya bencana banjir pada akhir tahun 2021 ini, kesemua pihak terutamanya kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri akan semakin sedar akan impak alam sekitar terhadap kemakmuran negara serta rakyat; DAN akan mengambil tindakan pantas dan efisien bagi mengelakkan lebih banyak bencana berlaku pada masa akan datang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam kesibukan kita mengharapkan bantuan daripada pihak kerajaan untuk kelangsungan hidup, jangan pula diabaikan bagaimana pula nasib haiwan-haiwan di luar sana.
Kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan ini bukan hanya dirasai oleh masyarakat Malaysia, namun organisasi seperti Zoo Negara Malaysia juga turut merasai tempiasnya. Jika sebelum ini mereka hanya bergantung sebahagiannya daripada pendapatan hasil jualan tiket, tetapi selepas perlaksanaan PKP ini sudah pasti membuatkan dana bagi menampung kebajikan haiwan di sana terjejas.
Justeru itu, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, korang boleh memberi sumbangan dengan menyertai kempen yang dianjurkan mereka, iaitu haiwan angkat atau adoption sebagai salah satu usaha bagi memastikan bekalan makanan, perubatan dan pengurusan haiwan di sana dapat diteruskan.
Korang boleh memilih sama ada ingin memberi sumbangan secara one off atau secara bulanan mengikut pakej yang disediakan. Individu yang memberi sumbangan akan dihadiahkan e-sijil yang akan turut dicatitkan dengan nama haiwan yang dipilih, malah nama korang juga akan dipamerkan di laman web Zoo Negara.
Antara haiwan yang boleh dipilih untuk dijadikan haiwan angkat ialah harimau bintang (Panjang), Singa (Samba), Orang Utan (Ben) dan Gajah (Sibol).
Katanya menerusi coretan di ruangan kapsyen, pelakon berusia 27 tahun itu sudah bertahun mencari rumah dan menunggu kelulusan daripada pihak bank.
Selain itu, dia juga pernah mengeluarkan banyak wang pendahuluan untuk menempah rumah, namun belum mempunyai rezeki.
“Bismillahirrahmanirrahim, macam mana ya nak mula? Rasa bersyukur tak terhingga sangat ini. Bertahun- tahun cari rumah. Bertahun juga la tunggu nama lepas di bank.
“Kenangan yang paling tak boleh Sweet lupa rasanya setahun itu memang kehulur kehilir dengan mama pergi tengok pameran rumah( terima kasih Mama untuk segalanya). Baik rumah baru atau rumah lama semua pergi tengok.
“Sampai rasanya banyak dah deposit kita keluarkan untuk tempahan. Tapi itu la, Allah kata bukan rezeki kan. Kita redha. Rumah ni pun, patutnya tahun lepas dapat kunci tapi Alhamdulillah, Allah dah tulis tahun 2024 tahun awak akan dapat kunci. Alhamdulillah sangat,” katanya.
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Adam Lee itu turut mendedahkan bahawa dia dan suami tercintanya sudah pun mempunyai perancangan untuk membeli rumah sebelum mereka berkahwin lagi.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata peminat dan rakan selebriti tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah buat Sweet Qismina.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika sebelum ini usahawan dan seorang pempengaruh paling diminati sejak kebelakangan ini tentunya ialah cef selebriti, Khairul Aming memilih kereta dari model kenderaan Perodua Bezza!
“So far I’m so happy with my Bezza. Bonet luas, legroom luas, minyak jimat. Barang-barang untuk shooting pun semua muat dalam itu.- Khairul Aming
Foto Via Produa
Terkini, kereta keluaran Produa ini betul-betul menjadi pilihan rakyat Malaysia selepas terbukti Perodua berjaya melepasi paras jualan 200,000 baru-baru ini apabila syarikat kereta kompak itu mencatatkan pendaftaran sejumlah 222,203 kenderaan antara Januari dan Oktober tahun ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, terdapat jurang pada jualan antara Jun dan Ogos tahun lalu berikutan penutupan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan untuk membendung kes Covid-19.
Menurutnya, bagi Oktober 2022, Perodua menjual 25,849 unit iaitu peningkatan sebanyak 5.0 peratus berbanding 24,626 unit yang dijual pada September 2022.
Model Perodua tiga teratas yang dijual pada Oktober ialah Bezza dengan 6,768 unit, diikuti Myvi (6,130 unit) dan Axia (4,989 unit).
*
Yela, dalam situasi dunia yang mengalami kegawatan ekonomi ini, kami pasti ramai yang sedang cuba untuk berjimat-cermat demi kelangsungan hidup. Kenaikan harga barang khususnya produk makanan dilihat sangat membimbangkan masyarakat dek kerana desakan hidup yang semakin mencabar. Jadi, pilihan kereta yang mesra kos perbelanjaan sara hidup pasti menjadi pilihan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usia nyata bukan faktor penentu kepada keinginan seseorang untuk mempunyai minda inovatif.Ia terbukti setelah empat murid daripada Sekolah Kebangsaan Shah Alam (SK Shah Alam)...