Jika dahulu pelajar lepasan SPM berlumba-lumba cuba untuk mendapatkan tempat di institut pengajian tinggi, tapi kini tidak lagi apabila kaji selidik Jabatan Perangkaan mendapati kira-kira 390,000 atau 72.1 peratus pelajar lepasan SPM tidak mahu menyambung pelajaran.
Walaupun data tersebut adalah dari tahun 2019, tetapi trend ini dipercayai akan berterusan pada 2020 dan 2021. Menurut laporan Pembangunan Produktiviti dan Daya Saing (MPC), sebuah tinjauan dilaksanakan bagi mengukur prestasi pendidikan rakyat Malaysia mendapati hanya 22.1 peratus sahaja pelajar SPM melanjutkan pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi.
Hal ini jelas menunjukkan terdapat kesannya kepada produktiviti dan penyerapan tenaga buruh pada ekonomi kelak. Ini kerana ketiadaan kemahiran tinggi serta pengetahuan tertentu akan mendorong kepada kekurangan pakar dalam negara dan perkara itu akan menyukarkan pasaran buruh mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baharu bersama kadar gaji yang lebih tinggi.
Ia sekali gus dilihat akan menyebabkan produktiviti, inovasi dan daya saing buruh negara bakal merundum dan memberi kesan pada kualiti hidup masyarakat.
Hal ini adalah sangat membimbangkan dan diharap agar pihak yang bertanggungjawab menjalankan kajian atas sebab apa generasi ini tidak mahu menyambung pengajian mereka. Adakah disebabkan masalah kewangan untuk sambung belajar atau mungkin mereka lebih memilih untuk mencari wang?
Pelajar sekolah juga harus diberikan pendedahan awal tentang pentingnya untuk melanjutkan pelajaran selepas habis SPM. Kesemua pihak termasuk kerajaan, guru dan ibu bapa perlu mengambil perhatian akan isu ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Peminat novel thriller Ramli Awang Murshid mesti tak sabar nak menonton hasil garapan adaptasi Tombiruo di layar perak.
Namun, bagi mereka yang bertuah untuk menyaksikan preview filem ini, rata-rata daripadanya memberikan feedback positif walaupun ada segelintir penonton masih tidak berpeluang untuk membaca karya novel tersebut.
Sepertimana yang telah dikongsi oleh pemilik akaun Facebook Azzah Abdul Rahman, dia berpendapat bahawa tidak mungkin seluruh 500 muka surat teks pada novel dapat dimuatkan dalam 120 minit tayangan di pawagam.
Tidak semua adaptasi novel ke filem wajib meniru bulat-bulat daripada cerita asal. Ada yang Cuma ‘berdasarkan’ dan ada pula yang hanya ‘diinspirasikan daripada’.
Malah, penulis novel ini sendiri, Tuan Ramlee Awang Murshid (RAM) ketika ditemu bual dengan Sinar Harian turut menjelaskan bahawa, “Kalau mahu masukkan keseluruhan cerita seperti dalam novel mungkin agak mustahil. Jadi, kita sudah berikan sehabis baik agar TERAS cerita itu ada dalam babak-babak filem.”
Sumber Foto: Facebook Azzah Abdul Rahman
Jom kita baca review yang ditulis oleh saudari Azzah ini tentang filem thriller fantasi terhebat 2017 ini.
Tentang filem Tombiruo.
Saya mesti berterima kasih kepada Puan Sri Diah Shaharuddin atas peluang menyertai Gala Premiere yang diberikan kepada saya dan sahabat peminat RAM, Cikpuan Roziyah Mahamad.
Jujurnya, saya belum baca novel Tombiruo. Dan kalau diikutkan, faktor Zul Ariffin tidak cukup kuat untuk menarik saya ke panggung. (Saya belum pernah tengok satu pun lakonan beliau.) Tetapi, ini naskhah RAM, novelis yang amat-amat saya hormati – baik karyanya, mahupun peribadinya.
Jadi, sebagai penulis (belum layak rasanya untuk label diri sendiri ‘rakan penulis’ Tuan RAM, jauh benar!), dan sebagai pengharap setia pada kelainan dalam industri kreatif Malaysia, saya mesti beri sokongan!
Baik. Inilah pandangan saya sebagai penonton yang sangat cerewet memilih karya Melayu untuk ditonton.
• Saya harus beri markah penuh kepada semua babak pertarungan. Terima kasih kru produksi kerana menjadikan silat begitu indah dalam filem ini. *ovasi berdiri*
• Babak aksi juga hebat. Terutama sewaktu geng Wong diserang Tombiruo. Kenderaan pacuan empat roda berkejaran di kelok-kelok sempit pergunungan Keningau. Lain seriaunya berbanding menonton Evo berlumba di LPT!
• Negeri kegemaran saya, Sabah… aduhai, indahnya digambarkan dalam filem ini! Pundung Ejim di atas pokok, dengan latar belakang Gunung Trusmadi, breathtaking. Saya beberapa kali tersenyum-senyum melihat visual alam yang dipaparkan, dan berbisik kepada diri, ‘Ini sangat Sabah! Ini sangat Malaysia!’
• Kesan khas, terutama babak peluru dan dedaunan mengering di hujung-hujung cerita. Terlupa seketika yang sedang berteriak itu Nabila Huda dan yang di sebalik topeng itu Zul Ariffin, pelakon Malaysia.
Ini pula perspektif saya sebagai penonton filem yang tidak membaca novel dan hanya tahu sedikit asas cerita Tombiruo.
• Jalan cerita banyak berbeza berbanding novel. Saya tiada masalah. Plot versi filem sudah cukup baik. (Spiderman sebelum Marvel x Sony juga begitu.)
• Saya melihat Ejim dan hutan sebagai dua semangat yang bersatu. Hutan melindungi Ejim sebagai bayi yang teraniaya, dan Ejim melindungi hutan apabila dewasa.
• Seberkuasa manapun Tombiruo, ada ayah yang mempengaruhi pertimbangannya. Tetap ada yang di atas untuk membimbing. Kalau mahu sebut tentang elemen kekeluargaan dalam filem Tombiruo, saya pilih ini yang mengesankan.
• Pembalakan haram – sesuatu yang agak sinonim dengan Sabah. Begitu juga keplastikan golongan politik dan orang-orang kaya yang tamak. Saya fikir, ini sebenarnya isu utama yang mahu Tuan RAM ajak pembaca dan penonton renungkan.
•Bonding Ejim dengan Amir, saya rasakan lemah, tidak begitu dibangunkan. Jadi, perubahan yang agak tiba-tiba pada hujung cerita.
• Unsur thriller kurang thrilling. Ada, sedikit, dan boleh diperbaiki lagi.
• Saya sedikit terganggu oleh kewujudan Wan Suraya di babak akhir dalam hutan. Kau tak ada pun tak apa, cik. Dan kalau perlu ada pun, tak perlulah di tengah-tengah begitu. (Okey, saya memang mudah jengkel jika ada perempuan sibuk menempel di tengah lelaki-lelaki yang sedang sibuk bekerja (baca: bertarung).
• Ada kalanya saya rasa seperti terlalu banyak watak. Dalam novel, ya, indah apabila banyak watak kerana novel perlukan sub-plot. Namun filem umpama cerpen. Apabila terlalu banyak watak, jadi limpahan. Terutama apabila watak itu ditampilkan seperti penting, tetapi karakternya tidak membantu perjalanan plot pun.
• Saya memerhati topeng yang melindungi wajah Tombiruo. Saya gembira kerana ukirannya tidak sempurna seperti topeng yang dijual di kedai-kedai souvenir.
• Semasa acara memperkenalkan barisan pelakon, the one and only Hasnul Rahmat beberapa kali mengulang supaya, “Tontonlah filem, dan bacalah bukunya.” *tabik hormat*
Saya dan rakan-rakan sempat bercakap-cakap seketika dengan Tuan RAM selepas tayangan. Beliau berkata, “Ini yang pertama, tentulah ada kekurangannya.”
Kemudian saya teringat harapan beliau di pentas sebelum tayangan bermula, “Kepada semua pembaca novel Tombiruo, diharap menyokong filem ini. Sebab ini adalah impian saya. Dalam bahasa tulisannya, ibarat saya tertidur di dunia, terjaga di kayangan.”
Jadi, kepada RAMFC dan pembaca novel Tombiruo, rendahkan ekspektasi, masuk panggung dengan gelas yang kosong, tonton dengan sudut pandang seorang penyokong sejati. Ini adalah impian besar dan hasil kerja keras penulis kesayangan kalian.
Sumber Foto: Facebook Azzah Abdul Rahim
Secara peribadi, wujudnya filem ini sahaja sudah cukup buat saya berpuas hati. Selain disebabkan ini sebuah adaptasi novel yang hebat, genrenya juga berbeza daripada yang sering disebut sebagai kononnya ‘genre kegemaran penonton Melayu.’ Dan itu yang masyarakat kita perlukan hari ini.
Saya beri 4/5 bintang untuk filem ini. Sila pergi tonton bermula 12 Oktober nanti.
(Saya fikir, kedua-dua naskhah novel dan filem mampu pergi jauh merentasi benua)
Guminavo zou diau! / Saya cinta kamu!
Jadi apa lagi, kepada semua peminat novel Tombiruo: Penunggu Rimba, jangan lupa saksikan filem ini di pawagam berdekatan bermula 12 Oktober nanti.
Nama pun Malaysia, tentu saja kita kaya dengan kepelbagaian bangsa, budaya dan agama.
Seorang gadis berbangsa India dan beragama Hindu bernama Divya Darshini menjadi perhatian warganet baru-baru ini selepas lancar membaca surah-surah dalam Al-Quran.
Gadis India bernama Divya Darshini yang tular membaca surah A-Quran. Foto Via Murai.my
Hal ini selepas video live beliau di media sosial TikTok bersama memperlihatkan Divya membaca iqra dan kemudian meneruskan membaca surah An-Naas. Malah, ramai terpegun selepas Divya membaca surah tersebut kerana kelancarannya membaca surah itu.
Untuk info, Divya membuat live di tiktok bersama seorang wanita Melayu dan kemudiannya bertanya surah paling panjang yang dihafal. Kemudian Divya membaca surah Yaasin dan menyatakan itu surah terpanjang yang dia hafal.
“Dulu masa kecil kalau i nampak hantu, dalam hati automatik keluar ayat Kursi.”, kata Divya secara spontan.
Menurut gadis berbangsa India ini lagi, beliau sering membaca surah Kursi jika takut terlihat hantu sewaktu kecil dahulu dan masih ingat sehingga sekarang.
Netizen Kagum Dan Mendoakan
Rata-rata warganet terkejut dan kagum dengan hafalan Al-Quran gadis ini. Malah tidak kurang juga yang memuji kecantikan dan mendoakan agar gadis ini diberikan hidayah dan petunjuk.
Foto Via Tiktok
Wah bagusnya gadis ini, bukan calang-calang orang tau mampu hafal surah Yasin tu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai dalam kalangan kita yang sering mengeluh jika dikenakan denda. Apatah lagi jika denda itu membebankan seperti bayaran RM1,000 jika melanggar SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan sempena musim wabak Covid-19.
Lain pula caranya di Aceh, Indonesia.
Menurut rakan media di CNN Indonesia, sesiapa yang mengabaikan perlaksanaan SOP di sana akan diwajibkan membaca al-Quran!
Pihak berkuasa di sana masih menetapkan denda dari segi teguran dan amaran bertulis. Bagi pusat perniagaan yang ingkar, lesen perniagaan mereka boleh ditarik semula.
Bagi masyarakat Aceh yang ingkar pula, mereka diwajibkan untuk membaca kita bermula hari Selasa lepas.
Jurucakap pemerintah Aceh iaitu Saifullah Abdulgani berkata, berat atau ringan denda yang dikenakan bergantung kepada tahap ingkar perintah SOP yang dilakukan oleh pesalah. Walaupun mungkin tidak disukai semua orang, namun penetapan denda secara tegas ini perlu untuk melindungi masyarakat sejagat.
Untuk pengetahuan korang, Aceh telah merekodkan 547 kes dan 21 mangsa yang maut akibat jangkittan Covid-19. Buat masa ini, rakyat di sana tidak dibenarkan merentas daerah berlainan di Aceh tanpa surat tugasan dan keterangan perjalanan oleh pihak berkuasa, swasta ataupun ketua kampung.
Onz juga kan denda membaca al-Quran. Pahala pun dapat hee..
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B sekali lagi mencuri perhatian ramai di media sosial selepas tampil dengan imej berhijab.
Menerusi...