Usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM dilihat tampil dengan imej berhijab menerusi sebuah video di platform Instagram miliknya, hari ini.

Menurut anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri itu, dia bakal menunaikan ibadah umrah, pada awal bulan hadapan.

“Selamat pagi, comel tak? Banyak dm masuk kata cantiknya macam bidadari syurga. Tapi bagi saya apalah guna kalau kau cantik tapi tak dihargai. Manalah tahukan, betul-betul memang nak berhijab.

ARTIKEL BERKAITAN : “Anak Mama Pandai…” Kak KM Hadiahkan Anak Lelaki Kereta & Cek RM10,000 Sempena Keputusan SPM 6A

Kak KM Tampil Dengan Imej Berhijab Tuai Pujian Ramai, Bakal Tunai Umrah Bulan Depan

“Doakanlah saya. Saya sebenarnya bertudung ini sebenarnya saya nak pergi umrah. Insya-Allah pada 7 Julai ini,” katanya.

IKLAN

Dalam pada itu, Kak KM enggan berkongsi lebih lanjut mengenai sebab dia secara tiba-tiba mahu menunaikan umrah.

“Apa yang buatkan saya nak pergi, nanti saya cerita,” tuturnya lagi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan kata pujian buatnya kerana memakai hijab.

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN : Latar Belakang Keluarga Seni, Fitri Farok Cucu Kepada Normah Damanhuri & Anak Menakan Kak KM!

Kak KM Tampil Dengan Imej Berhijab Tuai Pujian Ramai, Bakal Tunai Umrah Bulan Depan

Selain itu, mereka turut mengharapkan Kak KM terus istiqamah dan segala urusannya untuk menunaikan umrah dipermudahkan.

IKLAN

“Cantik sangat sangat macam puteri Arab,” komen seorang pengguna.

“Ada maksud tersirat daripada Kak KM. Allahu, semoga di permudakan urusan umrah,” tulis pengguna lain.

“MasyaAllah, cantiknya Kak KM berhijab… semoga terus kekal istiqamah ya,” komen seorang lagi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram Kak KM

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI