‘Kak Long 7E’ Buat Hal Lagi, Kali Ini Video Hina OKU Pula?

Share

Belum pun reda isu mengenai ‘Kak Long 7E’ atau nama sebenarnya Wan Nor Baizura yang dijemput sebagai tetamu dalam program terbitan Al-Hijrah, terbaru wanita tersebut dikatakan sekali lagi telah mencetuskan kontroversi.

‘Kak Long 7E’ di Tv Al-Hijrah

Menerusi sebuah video yang tular di laman Facebook, dia sekali lagi menjadi bualan hangat pengguna media sosial hari ini apabila rakaman siaran langsung atau live

Facebook yang memaparkan tindakannya seolah-olah mengajuk cara berjalan seorang orang kelainan upaya (OKU).
Sumber : Facebook

Menerusi video tersebut, wanita berkenaan dilihat seperti mengulang balik komen yang dilontarkan oleh orang ramai sambil berjalan senget berserta melakukan riak wajah yang pelik.

Sehubungan itu, ramai yang mula mengecam tindakannya dan menganggap sebagai biadab kerana terlalu taksub mengejar populariti sehingga sanggup melakukan sesuatu perkara yang memalukan diri sendiri.

Video yang berdurasi 30 saat itu bukan sahaja telah ditonton oleh ribuan penonton malah turut dihujani dengan pelbagai komen yang mengecam tindakannya. Malah, ada yang berpendapat bahawa Baizura masih belum insaf dengan kejadian sebelum ini berikutan memuatnaik video seperti itu.

Namun tinjuan di laman Facebooknya, Kak Long menafikan dakwaan tersebut dan memohon maaf jika ada pihak yang terasa dengan gurauanya menerusi Facebook peribadinya.

Menurut wanita ini, dia tiada niat untuk menghina golongan OKU dan mengakui video yang dibuatnya itu hanyalah sekadar gurauan.

Tak cukup dengan itu, Kak Long turut meminta maaf atas ketelanjurannya itu dan berjanji tidak akan buat perkara seperti itu lagi.

Tak cukup dengan itu, Kak Long turut akui kecaman yang diterimanya ini sangat memberikan dia tekanan dan merasakan orang ramai gemar mencari kesalahannya.

Demi Allah saya takdak persendakan OKU. Saya gurau masa tu dalam live. Serba benda nak rakam. Kenapa bagi saya tekanan yang sangat kuat. Saya tak hina OKU, saya tak sebut nama siapa-siapa. Bakpe cari silap saya sokmo.”

Wanita ini juga turut meminta maaf secara terbuka kepada golongan OKU sekiranya pihak mereka terasa dengan video yang dibuatnya itu.

Hmm…kita doa yang baik-baik jela.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

.

Published by
Nana