Setelah perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri baru-baru ini, sudah tentu rakyat mengeluh dengan norma baharu yang perlu mereka patuhi ini.
Ada di antara peraturan tersebut telah menghalang mereka daripada melakukan rutin harian seperti bersenam di pusat kecergasan atau gym. Ini berikutan perintah penutupan pusat gimnasium dan kemudahan bersukan secara serta-merta.
BAGAIMANAPUN, ada berita baik untuk korang yang ingin mengeluarkan peluh.
Masjid Mukim Sri Aman, Pasir Putih di Kelantan kini menjadi masjid pertama yang menyediakan kemudahan tempat kecergasan atau gimnasium.
Gimnasium itu rasmi dibuka semalam dan tujuannya adalah untuk mempromosikan gaya hidup sihat di kalangan warga setempat dan para jemaah masjid.
Baru-baru ini, Sinar Harian
melaporkan, ketua takmir Masjid Mukim Sri Aman, Ab Razak Mat Saad berkata kemudahan gimnasium itu dapat dimanfaatkan sekitar 1,000 jemaah yang hadir ke sana.Selain itu, masjid ini turut menggunakan jurulatih khas bagi tujuan mengajar cara-cara menggunakan peralatan di sana.
Ab Razak berkata, kos untuk menyediakan gimnasium itu mencecah RM17,000 dan ia menggunakan duitnya sendiri sebagai permulaan.
Pengurusan masjid berharap ruang gimnasium ini dapat menarik lebih banyak anak muda untuk hadir ke masjid.
Bersukan demi kesihatan, tetapi jangan sesekali mengabaikan SOP yang ditetapkan okay. Harapnya dengan inisiatif ini lebih ramai anak muda dan remaja mengimarahkan masjid.
Sumber : Sinar Harian