Baru-baru ini, menerusi sidang khas Majlis Keselamatan Negara yang dikendalikan oleh Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob beberapa sektor perniagaan peruncitan dimaklumkan boleh dibuka seperti biasa berkuat kuasa semalam 10 Februari 2021.

Antara sektor perniagaan peruncitan ini termasuklah kedai barangan pakaian terpakai ataupun bundle. Hal ini sudah tentu cukup mengembirakan terutamanya “kaki menyelam” atau orang yang suka barangan terpakai ini.

 

10 Kedai Bundle Popular Wajib Dikunjung Di Sekitar Klang Valley

Bersempena pembukaan semula semua kedai bundle ini, kami senaraikan beberapa kedai bundle popular yang patut korang kunjungi disekitar KL dan Selangor.

Syaratnya, korang kena gigih sikit la nak pilih dan padankan ikut kesesuaian. Kalau dapat yang kena dengan taste korang, confirm orang tak sedar yang sebenarnya baju korang pakai tu hanya berharga RM5.

 

1. Baden Baden Bundle

Ikut SOP ya guys

A post shared by Baden Baden Bundle (@badenbadenbundle) on May 3, 2020 at 7:01am PDT

Waktu operasi: Setiap hari, 10 pagi – 10 Malam

Lokasi/Cawangan: Setapak, Gombak, Seksyen U3 Subang, Taman Maju Jaya Petaling Jaya, Jalan Sungai Keranji, Port Dickson Batu 4 Dan 8, Tanjung Malim, Taman Indah Batu Gajah dan Masjid Tanah

2. JBR Bundle

Waktu operasi: Setiap Hari, 10 pagi – 10 malam

Lokasi/Cawangan: Klang, Sri Damansara, Balakong, Shah Alam, Hulu Langat, Kanchong Darat, Banting, dan Kajang

Ads

3. Brick & Bundle

Jersey from japan

A post shared by Brick & Bundle (@brickandbundleonline) on Feb 27, 2020 at 7:39pm PST


Waktu operasi: Setiap hari, 10 pagi – 11 malam

Lokasi/Cawangan: Sungai Chua Kajang

4. OKGO Store


Waktu operasi: Selasa – Ahad, 12 tengah hari – 7 petang

Lokasi/Cawangan: Subang Jaya

5. Family Bundle

Waktu operasi: Setiap hari, 10 pagi – 10 malam

Ads

Lokasi/Cawangan: Kuala Lumpur, Selangor dan Perak

6. Bandoru Store

View this post on Instagram

🇲🇾🎊🎉✨!!MERDEKA SALE!!🎊🎉✨🇲🇾 KITA PANJANGKAN LAGI SAMPAI HARI MALAYSIA ATAS SEBAB SAMBUTAN YANG HANGAT DARI RAKYAT MALAYSIA. _ Sempena Merdeka yang Ke-63 ni kita orang ada DISKAUN 20% untuk KAZOKU MEMBER dan 10% NON-MEMBER. Jangan risau buat yang non-member boleh terus register KAZOKU MEMBER terus dari cashier kaunter kita orang. Merdeka Sale bermula dari 29 OGOS – 16 SEPT 2020! _ Cuma untuk Merdeka ni sangat special sebab apa??? SEMUA outlet kita TOP-UP dengan barang-barang yang HOT! BERJENAMA! BERKUALITI!. Macam biasa FRESH HAND-PICKED dari kita orang!🤩🤩🤩🤩 _ Kepada yang tak dapat nak ke outlet, korang boleh juga shopping di bandorustore.com dan juga shopee.com.my/bandorustore _ apa lagi tunggu, JOM SELAM! kang melepas tak dapek den nak nolong.😆 _ #Merdeka #MalaysiaPrihatin #MerdekaMoment #BandoruMalaysia #JapanPreLoved #BandoruMerdekaSale

A post shared by Bandoru Store (@bandorumalaysia) on

Waktu operasi: Setiap hari, 10 pagi – 10 malam

Lokasi/Cawangan: Shah Alam, Cheras, Bangi, Ipoh, Johor Bahru, dan Tesco Seremban 2

7.Klumby

Waktu operasi: Setiap hari

Lokasi/Cawangan: Tiada, kedai dalam talian (online)

Ads

8. Buntil Nostra Supply

Waktu operasi: Setiap hari, 3 petang – 12.20 pagi

Lokasi/Cawangan: Batu 10 Kuala Lumpur

9. Jalan Jalan Japan

UPDATE: JJJ is pleased to announce that starting from 4th September all JJJ Stores operation hour from 10:00am – 10:00pm.

Posted by Jalan Jalan Japan on Thursday, 3 September 2020

Waktu operasi: Setiap hari, 10 pagi – 10 malam

Lokasi/Cawangan: One City Sky Subang Jaya, KIP Mall Bangi, M3 Taman Melati, Shamelin Mall Cheras dan Rawang

10. 2nd Street

https://www.instagram.com/tv/CELk7TxB871/?utm_source=ig_web_copy_link

Waktu operasi: Setiap hari, 10 pagi – 10 malam

Lokasi/Cawangan: Subang Jaya, Bandar Utama dan KLTS

So, tak rugi pun beli di bundle ni tapi pastikan korang pandai menyelam. Kebanyakkan barang-barang dan baju  terpakai ini masih cantik dan elok.

 Apa tunggu lagi, lets la serbu kedai bundle ini pada hujung minggu nanti tapi SOP dan keselamatan diri jangan dilupa. Kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan, ingat tu!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI