Biar diuji dengan kesakitan namun semangatnya untuk belajar amat dipuji. Tiga tahun berturut-turut Nursyafiqah pengidap kanser tulang tahap tiga cuba untuk mengambil ujian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) namun masalah kesihatan ternyata menghalang niatnya itu.

Jika sebelum-sebelum ini keadaan kesihatannya merosot dan kali ini Nursyafiqah perlu menerima hakikat kanser tulang dihidapinya semakin merosot sekaligus memaksa kaki kanannya dipotong bulan lalu.

Dalam laporan Harian Metro, hasrat penghidap kanser tulang untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini sekali lagi terbantut apabila keadaan tidak mengizinkan selepas menjalani pembedahan memotong kaki kanannya bulan lalu.

“Kaki Terpaksa Dipotong”, Remaja Hidap Kanser Tulang Akur Gagal Ambil SPM Kali Ke-3

Ini adalah tahun ketiga di mana Nursyafiqah Syamsul Akhmar, 19, terpaksa melupakan hasrat menduduki SPM selepas dia disahkan menghidap penyakit itu pada 2017.

Ads

Menurut ibunya, Saedah Mohd Said, 45, kaki kanan anaknya terpaksa dipotong bagi menyelamatkan nyawa Nursyafiqah selepas tahap kesihatannya kian merosot.

“Sebelum ini, dia ada menjalani kimoterapi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) tetapi kurang berkesan dan kaki kanannya perlu dipotong. Kini dia diberikan kaki palsu untuk melakukan rutin harian.
“Buat masa sekarang dia cuba menyesuaikan diri dengan kaki palsu itu dan masih menggunakan tongkat untuk berjalan,” katanya ketika ditemui di rumah di Perumahan Kos Rendah peringkat tiga dan empat di sini, semalam.

Ads

“Kaki Terpaksa Dipotong”, Remaja Hidap Kanser Tulang Akur Gagal Ambil SPM Kali Ke-3

“Kaki Terpaksa Dipotong”, Remaja Hidap Kanser Tulang Akur Gagal Ambil SPM Kali Ke-3

Beliau berkata, anaknya sentiasa berharap untuk menduduki SPM namun terpaksa melupakannya untuk tahun ini kerana perlu menjalani rawatan susulan di HKL.

Ads

Katanya, penyakit dihidapi Nursyafiqah mula dikesan pada bahagian tulang lutut serta paha apabila anggota itu membengkak sejak berada di tingkatan lima hingga memaksanya bercuti dan tidak ke sekolah.
“Saya terkedu apabila doktor mengesahkan anak perempuan saya menghidap kanser tulang tahap tiga dan tidak dapat diselamatkan lagi,” katanya.

Saedah berkata, Nursyafiqah juga anak kedua daripada tiga beradik itu kini memerlukan penjagaan rapi termasuk perlu kerap ke HKL bagi mendapatkan rawatan susulan.

“Sebagai suri rumah saya hanya bergantung kepada pendapatan suami untuk menampung perbelanjaan ke HKL. Suami Yusri Mohamed, 39, hanya bekerja sebagai pembantu kedai makan selain dia turut menghidapi penyakit asma yang kronik,” katanya.

Justeru, orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada Nursyafiqah boleh menyalurkan sumbangan ke akaun 6913061808 Public Bank.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI