IBU negara Malaysia, Kuala Lumpur menduduki tangga ke-18 secara global sebagai bandar raya terbaik untuk tahun 2024. Perkara itu dicapai berdasarkan tinjauan global yang dilakukan baru-baru ini.
Menurut Britons Ranking, Kuala Lumpur menjadi antara bandar raya yang menyerlah dalam senarai 37 bandar raya di seluruh dunia yang termasuk dalam senarai berkenaan.
Kuala Lumpur telah menewaskan bandar-bandar popular lain seperti Abu Dhabi (tangga ke-21), Dubai (tangga ke-31) dan Las Vegas (tangga ke-37).
Sementara itu, Sydney menduduki tempat pertama, diikuti dengan Cape Town di tangga kedua dan Chicago ketiga.
Manakala negara Asia lain pula adalah Kyoto (ke-4), Singapura (ke-5), Tokyo (ke-8), Bangkok (ke-12), Ho Chi Minh (ke-17), Hong Kong (ke-19) dan Hanoi (ke-23).
Senarai bandar terbaik 2024
Untuk info, penilaian itu dilakukan oleh lebih 1,800 responden yang menilai pengalaman mereka mengembara dunia di luar Eropah sejak tiga tahun lalu.