Kalahkan Kate Middleton, Lady Amelia Windsor Kerabat Diraja Britain Paling Cantik

Share

Dalam drama bersiri The Crown di Netflix yang memaparkan kisah keluarga diRaja Britain, segala kemelut, kisah cinta dan juga kehebatan keluarga itu memberikan sedikit gambaran tentang apa yang terjadi di sebalik istana yang memaparkan kehebatan keluarga monarki tersebut.

FOTO VIA ABC NEWS

Populariti yang dikecapi seluruh dunia membuat keluarga diRaja ini dihormati ramai. Jika korang ingat Kate Middleton atau Meghan Markle paling cantik antara kerabat diraja Britain ini rupanya ada lagi cantik iaitu Lady Amelia Windsor. Tidak sepopular mereka tetapi rata-rata rakyat memilih wanita genit ini sebagai kerabat diraja Britain yang paling cantik kalau ditanya soal rupa paras.

ARTIKEL BERKAITAN : Diet Sihat Keluarga Diraja Britain, Dari Ratu Elizabeth II Hingga Ke Puteri Charlotte. Kita Pun Boleh Ikut!

Berbekalkan fizikal yang genit dengan berwajah bulat comel dan bibir mungil seksi, tidak hairanlah ramai terpesona melihat kecantikan semula jadinya. Tanpa sebarang solekan, Lady Amelia mampu menggugat mata kita yang memandangnya.

 

Dipetik dari Express

, walaupun Kate Middleton dan Meghan Markle mencetuskan banyak fenomena, tetapi Lady Amelia dianggap sebagai ‘paling cantik’ dikalangan diraja di Britain.

Untuk info, Lady Amelia Windsor merupakan cucu kepada Duke of Kent, dia juga merupakan anak sepupu kepada Ratu Elizabeth dan sepupu kepada Putera William dan Putera Harry.

Tidak seperti abangnya dia masih lagi dalam turutan keturunan diRaja kerana masih kekal bersama Church of England. Kini dia berada dalam kedudukan ke-39 untuk mewarisi takhta. Di antaa sepupu-sepupunya dia antara personaliti berprofil tinggi dan pernah berjalan di pentas fesyen Dolce & Gabbana. Merupakan graduan dari Universiti Edinburgh dia fasih berbahasa Itali.

 

Cipta Nama Dalam Dunia Fesyen

Lady Amelia merupakan model di bawah agenci terkemuka Storm Models, yang mengetengahkan bakat seperti Kate Moss dan Cara Delevingne.

Dari situ, dia aktif dalam pertunjukan fesyen Dolce and Gabbana, menjadi wajah solekan Illamasqua dan sering dilihat di barisan hadapan pertunjukan fesyen di seluruh dunia. Malah, bekerja di belakang tabir untuk jenama Azzedine Alaia dan Bvlgari.

 

Malah, Lady Amelia turut rajin mengemaskini kehidupan hariannya di akaun Instagramnya miliknya dengan jumlah pengikut sekitar 102,000. Di sana dia menggambarkan dirinya sebagai duta untuk beberapa badan amal alam sekitar.

Comel kan?

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana